Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

TRAVEL BINA INSAN


ALHAMDULILLAH travel bina insan sudah berakhir.
Mesti pelik pebenda aaa travel bina insan ni, hahaha.
Actually travel ni between aku dengan hanis je sebab hanis ada temuduga dekat UPSI untuk diploma teater dengan diploma bahasa inggeris so aku ni kan kawan yg baik so aku bawa la dia pergi, lagipun aku ada kenalan dekat sana so senang sikit la.
Nak cerita dari awal sampai akhir sebab travel ni bagi aku menyeronokkan sebab first time naik bas pi keluar dari johor, berdua dengan kawan.

Aku kan kerja dekat terminal kulai so pengurusan beli tiket menjadi lebih senang.
Hari yang nak pergi tu, petang lepas balik kerja aku terus beli tiket bas nasib baik banyak kosong.
Tapi aku beli, dari kulai pergi pudu. Kalau aku straight pergi plaza tol tanjung malim, mahal tambang dia.
Kalau kulai ke plaza tol malim rm70 lepastu nak balik johor kena ambil bas dkt teluk intan tu pun tambang rm40 ke atas so total seratus lebih tauu.
Bila fikir balik baik ambil bas dari kulai pergi pudu rm40. Dari pudu nak ke johor pun rm40.
Lagi jimat la sebab total rm80 je kan.

Bertolak dari kulai pukul 11,30 malam, kiteorg naik bas supernice, selesa sangat sangat, kerusi dia pun besar. Memang NICE.
Sepanjang perjalanan, dia cuma berhenti 2 kali je, satu dekat yong peng, satu lagi dkt plaza tol mana ntah tak ingat tapi da sampai kl la masa tu.
Pukul 4 kiteorang da sampai Pudu, bangun je dari tidur, turun dari bas diserang terus oleh pekerja pekerja teksi "dik nak pergi mana? nak naik teksi?" tambang teksi kan mahal memang tak la aku nak naik teksi.
Nak tak nak kena menunggu sampai pukul 7 untuk pergi tanjung malim.
Duduk merempat dekat tangga jejantas tau lepastu aku pandang sekeliling, nampak mcd, apa lagi ajak hanis pi sana.
Sementara nak pukul 6, nak tunggu surau dekat utc pudu tu buka, aku dgn hanis pun pi tidur jap kat mcd.
Lepas da siap solat pesemua pi kaunter tiket tanya tiket balik johor and kiteorg dpt tiket untuk 11.30 malam, tak fikir apa apa terus beli sebab selamat, takut kalau lambat ke apa, tiket habis ke kann.
Tapi sayangnya tak ada tiket masuk kulai, semuanya turun larkin dengan skudai, nak turun kulai kena pergi TBS, tapi tak apa la kan turun skudai pun skudai bkn jauh noh.

Bila da pukul 7.30, naik bas pergi tanjung malim, bas SKS, tambang rm7.60.
Dalam bas tu hanya ada pemandu bas, aku dan hanis, lawak gila, perjalanan selama 1 jam dia bawa kiteorg berdua je.
Tapi tak apa aku bersyukur sebab tak ada orang lain memang bas tu kiteorg yg punya la nak gelak ke apa kann.
Sampai je tanjung malim jiran lama aku ambil then bawa pi upsi tu, rupanya upsi tempat hanis temuduga betul betul depan kedai makan jiran aku.
Sampai je situ, kiteorg pi jumpa guard tu tanya pasal bangunan tu, ada 3 bangunan dan semuanya jauh jauh.
Yg kiteorg datang naik bas ni memang kena MENAPAK la pergi setiap bangunan dengan matahari terik huhh.
Nasib baik temuduga pertama untuk bahasa inggeris (ujian bertulis) dekat bangunan yang dekat dgn guard then temuduga teater bangunan dia jauhh sangat, penghujung aaa dekat dgn pintu keluar bahagian selatan ke jadah ntah. Lepastu patah balik temuduga untuk bahasa inggeris (lisan) dekat bangunan yg dekat dengan pintu keluar bahagian timur,
Ha kau rasa ???
Memang menapak la dengan matahari terik.

Dalam pukul 3.30 gitu da habis lepastu balik semula dekat kedai jiran aku duduk rehatkan badan jap.
Dalam pukul 5 gitu jiran aku tu hantar balik pudu, aku minta hantar dekat stesen bas je tapi dyorang da baik sangat hantar pi pudu so memang aku hulur aje laa duit minyak rm20.
Untuk pengetahuan la, jiran aku tu lelaki, anak jiran lama aku dulu dekat ipoh.
Yang sorang sebaya akak aku, yg sorang sebaya abang aku, adik dia sebaya aku.
Aku ingatkan adik dia tu ada rupanya tak ada, nasib baik tak kekok dengan abang dia yang dua org tu.
Sampai je pudu i say goodbye to them dan nak je aku cakap "kau buat aku suka dekat kau pula" hahah
Dulu muka tak macam gitu maybe dulu budak hingusan aje sekarang da pandai bergaya, da ensem kahkahkah.
Sampai je pudu ayah call suruh tukar bas ambil yg awal tapi aku lambat 10 min wehh, bas tu da bergerak.
Ok takpe nak tak nak 11.30 malam gak la kan balik jb.

Sebelum tu sempat mandi, makan, solat, tidur jap, da pukul 10 gitu baru turun tunggu dekat platform 15.
Perjalan pergi dan balik tak sama, pergi ada berhenti, sampai pun 4 jam.
Balik langsung tak ada berhenti, bawa laju sampai 3 jam je.
Sampai je johor, aku dengan hanis turun skudai, lepastu lepak mamak sementara nak tunggu bas tambang lalu pukul 5.
Pukul 5,35 gitu gak la baru gerak kulai lepastu turun depan hsptl kulai.
Masa tu tunggu pula ibu ambil,
Bila ibu da sampai akhirnya TRAVEL BINA INSAN antara aku dan hanis berjaya sampai ke puncak.
Dan kami selamat sampai dan balik dan pandai jaga diri di tempat orang.
ALHAMDULILLAH ,



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*