Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

WORDLESS WEDNESDAY #7




















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

YEAYY HEADER BARU !!


Ha, cun tak header baru zeeqa 
Dah 8 bulan zeeqa tak tukar header baru harini zeeqa tukar.
Lagipun header baru zeeqa ni zeeq dapat hadiah dari follower blog zeeqa.
13.4.2013 zeeqa ada buat Giveaway sempena birthday zeeqa.
Siapa yang ada join tu dia tau lah tu.
So ada la beberapa blogger yang buat entry khas yang buat zeeqa terharu.
Ada yang bagi pantun, ada yang edit gambar, ada yang bagi ucapan dan ada yang bagi header dekat zeeqa.
Thank you sangat sangat.
Header yang dia bagi cantik dan ada satu kotak kosong so zeeqa tambahkan la gambar zeeqa dengan abang zeeqa dekat header tu 
Header ni telah dihadiahkan oleh seorang blogger yang bernama Nasuha.
Korang boleh view blog dia > DI SINI <
So banding bandingkan lah header lama zeeqa yang lama lama atau baru yang lagi cun.
Ada lagi header tapi kebanyakkan ada dekat laptop akak so aku show dekat korang yang ni je lah 

JUN 2013- OKTOBER 2013





OKTOBER 2013 - NOVEMBER 2013



1 DISEMBER 2013-17 JULAI 2013

17 JULAI 2013 HINGGA ZEEQA BUAT HEADER BARU

Okay jam dah pukul 7 so get ready nak berbuka.
Selamat Berbuka Puasa 





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

MARTABAT PUASA


Macam biasa setiap hari Jumaat sekolah zeeqa ada Bina Sahsiah.
Semalam ada tapi zeeqa masuk lambat sebab ada pengawas kena tunggu.
Masa zeeqa masuk semua tengah baca Yaasin lagi berapa muka surat je nak habis, zeeqa rasa rugi sangat tak dapat baca sama sama semalam.
Lepas baca Yaasin, ustazah bagi la tazkirah pasal MARTABAT PUASA.

Martabat Puasa ada tiga.
Sat lagi zeeqa bagitau apa martabat puasa tu.
Lepas korang baca, korang fikirlah.
Kedudukan korang sekarang ni dekat martabat mana satu.

1.  Martabat orang Mubtadi ( Umum )

Puasa sekadar menahan diri dari tidak makan dan minum tanpa menjaga adab-adab berpuasa

2.  Martabat orang Mutawassit ( Khusus )

Menahan segala anggota yang enam daripada mengerjakan yang haram

  • Menahan dua mata daripada yang haram seperti melihat perempuan yang hilat.
  • Menahan lidah daripada mengumpat dan berdusta.
  • Menahan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan mendengar orang mengumpat.
  • Menahan tangan daripada mencapai / mengambil yang haram.
  • Menahan kaki daripada berjalan kepada tempat yang haram.
  • Menjaga kemaluan 

Mungkin inilah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya:

"Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Tetapi sesungguhnya puasa itu menahan diri daripada berkata-kata yang tidak sopan, perbuatan yang sia-sia dan keji." ( Riwayat Ibnu Khuzaimah )

Dan berkata orang-orang Mutawassit kepada orang-orang Mubtadi;

"Hanya payah ( penat / lelah ) berlapar dan dahaga sahaja,  tiada faedah pada berpuasa ( yakni tidak dapat mengasuh dan mendidik jiwanya daripada memelihara anggota zahirnya )

 3.  Martabat orang-orang Muntahi (  Khowasul-khusus )

Berpuasa dengan cara mengawasi ( memelihara ) hati daripada bercita cita untuk mendapatkan kemuliaan dunia dan menahan ( mengawasi ) hati daripada teringat kepada yang lain selain ALLAH Taala.

Dah baca? Jadi korang dikalangan martabat yang mana? Agak agak korang bahagian yang mana satu. Muhasabah lah diri di Bulan Ramadhan 






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

KAWAN SAMPAI SYURGA






YaAllah sebak bila baca cerpen ni.
Seriously aku teringin nak ada kawan macam tu.
Mengajak aku berhijrah kepada lebih baik.
Moga moga suatu hari nanti kita juga akan mendapat kawan seperti itu.
Amin :)











TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

RAHSIA AURAT SEMPURNA



Harga : RM 16.00
ISBN : 978-967-86-0419-2
Halaman : ~ 272
Berat : 300 gm
Tarikh Terbit : 31 Mei 2013
Kategori : Agama

Sinopsis
Trend masyarakat hari ini yang terlalu moden membuatkan batasan aurat semakin dipandang remeh. Umpamanya, lelaki dan wanita tanpa segan silu bercampur gaul, menjadikan ipar duai seperti adik-beradik dan menganggap tunangan sebagai mahram. Tidak juga dinafikan, ada segelintir individu telah terpengaruh dengan imej-imej dari barat yang dianggap sebagai simbol kemajuan.

Apakah faktor yang menyebabkan gejala mendedahkan aurat seperti ini semakin kritikal?Adakah disebabkan mereka keliru tentang konsep aurat atau sengaja tidak mempedulikan kewajipan menjaga batas-batas aurat sebagaimana yang ditetapkan syarak? Situasi yang berlaku ini sebenarnya mampu mengundang mudarat sama ada kepada lelaki dan wanita.

Aurat Sempurna menghuraikan kemusykilan yang dialami oleh masyarakat dengan menerangkan aurat antara lelaki dan wanita, keluarga, kanak-kanak, ipar duai dan banyak lagi. Jadikan buku ini sebagai rujukan peribadi anda demi membina peribadi unggul seperti Rasulullah SAW.

Antara kandungan menarik:

• Hukum Lelaki Melihat Ketika Bermuamalah
• Batas pandangan Antara Suami dan Isteri
• Hukum Bersalam Dengan Wanita Tua
• Hukum Perempuan Keluar Bekerja
• Batas Ketika Bersama Tunangan
• Aurat Antara Lelaki dan Wanita
• Hukum Melihat Lelaki Lembut
• Hukum Lelaki Melihat Wanita
• Adab Bersama Lelaki Ajnabi
• Aurat Ketika Solat





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

CINTAKU BUKAN MURAH



Harga : RM 26.00
ISBN : 978-983-124-880-5
Halaman : ~ 700
Berat : 500 gm
Tarikh Terbit : 25 Jun 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Bagi Nadra, jadi isteri Raqib tidaklah sesusah mana. Tak perlu dilayan macam putera raja. Makan disuap tidur didodoi pun tidak. Pendek kata, Raqib memang suami yang sempoi. Yang sukarnya bila jadi cucu menantu bekas Leftenan Kolonel Tuan Haji Yunus. Tak habis-habis mengungkit, kononnya, dia tak pandai buat air kopi. Badannya macam papan lapis dan muka pula pucat tak berdarah. Sabar sajalah...

Dan yang lebih payah, bila jadi kakak ipar Idlan. Umur baru 16 tahun, kerenahnya sangat menyakitkan hati. Sungguh, Nadra buntu! Apa lagi yang tak kena dengan Idlan? Maka berperang psikologilah antara kakak ipar dan adik ipar. Kejap-kejap hati Nadra dilapah Idlan. Kejap-kejap, hati Idlan pula yang dicelur. Si datuk, sesekali jadi nasi tambah. Namun perang mereka, perang mulut. Tak ada senjata, tak ada yang cedera tapi bisanya tetap tusuk sampai ke hati.

Soalnya, siapa yang menang? Nadra, Idlan atau Tuan Haji Yunus? Dan Raqib... harus berpihak pada siapa? Bagi Nadra, dia tidak meminta yang lain. Hanya secebis kasih Idlan dan simpati Tuan Haji Yunus yang sangat mahal, sama macam harga cinta Raqib. Sama ada murah atau mahal, Nadra harap cinta itu jadi miliknya!





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

ALLAH TIDAK PERNAH JAUH



Harga : RM 19.90
ISBN : 978-967-86-0412-3
Halaman : ~ 368
Berat : 350 gm
Tarikh Terbit : 25 Mac 2013
Kategori : Ad Deen


Sinopsis
Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman.

Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.







TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

SAKITNYA CINTA



Harga : RM 27.90
ISBN : 978-967-0535-37-1
Halaman : ~ 672
Tarikh Terbit : 15 Julai 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Kegagalan cinta pertama membuatkan hati Neor tertutup pada cinta. Selepas memenangi rancangan realiti tv tempatan, Neor melangkah menjadi pelakon, menyanyi untuk drama dan ? lem serta mencipta lagu. Ditakdirkan dia berjumpa dengan Mutiara, seorang peguam syariah. Senyuman dan matanya mirip Fifei. Buat kali pertama selepas putus cinta, Neor jatuh cinta lagi. Perkenalan singkat itu akhirnya diakhiri dengan perkahwinan tanpa sempat mengetahui dan mengenali kerjaya dan keluarga masing-masing. Selepas berkahwin barulah diketahui latar belakang Mutiara dan Kristal Ezeti. Neor tidak menyangka keluarga Mutiara tidak menyukainya kerana dia seorang artis. Lebih malang, gosip-gosip liar telah menyebabkan rumah tangga mereka berantakan. Mutiara menerima tamparan dahsyat kerana bapanya mendesaknya supaya bercerai dengan Neor. Neor akhirnya dapat menjejaki Fifei yang mencipta lagu untuknya dan mahu menyambung cintanya dengan bekas kekasihnya itu. Namun, bagaimana dengan tunang Fifei dan perasaan cinta sahabatnya, Kristal Ezeti? Mahukah Fifei memutuskan pertunangannya dengan Firdaus dan mampukah Kristal Ezeti memendam perasaannya demi kebahagiaan Neor? Tak mustahil sahabat yang kita sayangi itu melahirkan rasa cinta yang sejati.

“Dalam masa yang tak sampai sejam awak dah jatuh cinta? Apa makna cinta pada awak?”- Kristal Ezeti

“Dia kata dia paling sayang Ira, katanya tak akan jatuh cinta pada wanita lain. Tapi Ira pernah baca kenyataan dia, dia pernah bercinta sebelum ini. Konon perempuan itu cinta pertamanya. Dia kecewa ditinggalkan.”- Mutiara

“Tapi saya cemburu kalau awak baik pada lelaki lain, kalau nanti awak berkahwin dengan lelaki lain, bukan saya.”- Neor





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

AWAK SUDI TAK? LIZA NUR



Harga : RM 18.90
ISBN : 978-967-0535-31-9
Halaman : ~ 448
Tarikh Terbit : 17 Julai 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Cahaya Iris memperlekehkan cinta kerana marahkan ayahnya yang mempunyai tiga orang isteri. Ilham Kausar pula obses dengan cinta sehingga sanggup menamatkan riwayat hidup sendiri. Pertemuan pertama mereka tercetus sewaktu Cahaya yang baru kematian ibu kandungnya, menyelamatkan Ilham kerana menyangka lelaki itu lemas. Apabila mengetahui yang Ilham cuba membunuh diri, Cahaya berang dan terus melangkah pergi tanpa menyedari yang dia telah tertinggal diarinya. Setahun selepas insiden itu, Cahaya merayu untuk tinggal bersama datuknya di Kyushu kerana tidak tahan diseksa ibu tirinya, Latifah. Cahaya pulang untuk memungut memori lamanya bersama arwah ibunya, Masaki selepas sepuluh tahun menetap di kota matahari terbit. Keadaan memaksa Cahaya membantu adik tirinya, Anees dan mendekatkan dia dengan adik-adik tirinya yang lain. Dalam masa yang sama, dia dipertemukan kembali dengan Ilham yang kini sudah bergelar seorang doktor. Ilham cuba menyunting Cahaya untuk menjadi suri hidupnya tetapi ditolak mentah-mentah. Sifat tidak mudah mengalah Ilham mencetuskan pelbagai adegan lucu dalam hidup Cahaya. Mampukah Cahaya mencantumkan kembali keluarganya yang berpecah-belah dan saling membenci? Mampukah dia percaya pada cinta semula?





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

KAK YONG THE DAUN & GIFTS - KUSYI HIRDAN




Harga : RM 15.00
ISBN : 978-967-0535-20-3
Halaman : ~ 256
Tarikh Terbit : 14 Julai 2013
Kategori : Teen@Prima

Sinopsis
Saidatul terasa pelik apabila mamanya, Puan Kamariah bersungguh-sungguh menyuruh dia bekerja di kedai bunga The Daun & Gifts. Dia yang mulanya tidak merancang untuk bekerja pada cuti semester ini, hanya menurut kemahuan Puan Kamariah.

Setelah beberapa minggu bekerja di situ, Saidatul mudah menyesuaikan diri. Dia juga sangat disayangi majikannya, Puan Sofiah. Walau bagaimanapun, kebaikan Puan Sofiah sering membuatkan Saidatul tertanya-tanya mengapa Puan Sofiah begitu baik terhadapnya

Namun, kegembiraan Saidatul bekerja di The Daun & Gifts tidak lama apabila papanya kisab lama keluarga mereka sehingga menyebabkan Saidatul melarikan diri.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan Saidatul melarikan diri? Adakah Saidatul akan kembali pulang ke pangkuan keluarganya?




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

TAK MENGAPA SAYANG - MASTURA ABDULLAH



Harga : RM 19.90

ISBN : 978-967-0535-27-2
Halaman : ~ 544
Tarikh Terbit : 20 Jun 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Setelah kematian ibu bapa, Atirah dan adik-adiknya disisihkan penduduk kampung kecuali Hajah Asmah yang sentiasa mengambil berat tentang anak yatim piatu itu. Bagi menampung hidup, Atirah akhirnya telah berjaya mendapat pekerjaan di sebuah butik milik Hajah Fatimah. Layanan mesra Hajah Fatimah terhadap Atirah telah mengundang kebencian di hati Irdina, anak bongsu wanita itu. Pertemuan dengan Badli, anak sulung Hajah Fatimah telah mengukir lembaran baru buat Atirah. Badli yang pada mulanya seorang buaya darat dan mempunyai ramai teman wanita telah memilih Atirah sebagai suri hidupnya. Namun demikian, Atirah tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki itu biarpun Badli telah berusaha menambat hatinya. Badli juga ikhlas mencintai Atirah meskipun isterinya itu selalu dingin. Kemalangan di laut telah menyebabkan Badli hilang tanpa dapat dikesan. Kehilangan Badli telah menumbuhkan perasaan rindu yang sukar digambarkan. Adakah Atirah dapat bertemu dengan Badli semula?


Nak tau cerita lebih lanjut? So tunggu apa lagi, dapatkan novel Tak Mengapa Sayang dipasaran !



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

JIKA KAU ADA - DYZA AINUN



Harga : RM 27.90

ISBN : 978-967-0535-29-6
Halaman : ~ 656
Berat : 0 gm
Tarikh Terbit : 19 Jun 2013
Kategori : Novel

Sinopsis

SETELAH meninggalkan anak kesayangannya Puteri, Jija aka Qalisya terus ke Kota London semula. Dia terpaksa tinggalkan Puteri kepada Zharul demi keselamatan anak dan suaminya itu. Semuanya kerana ugutan seseorang yang mahu membuat onar dalam keluarganya. Jija tidak sanggup melihat penderitaan Zharul lalu memilih untuk meninggalkan suaminya.Namun, di Kota London hatinya tetap merindui Zharul dan Puteri. Begitu juga Zharul, hatinya begitu sedih ditinggalkan oleh isteri tercinta. Namun, dia juga terpaksa merahsiakan identiti sebenar Jija agar isterinya itu sentiasa selamat. Harish pula mulai menjejaki Qhalisya hingga ke Kota London. Hatinya sudah tersadung dengan cinta setelah ditinggalkan oleh Elina yang mencuranginya. Sedang Zharul rindukan Jija, hatinya tercalar saat Puteri tiba-tiba hilang. Andainya dia diculik, kenapa tidak ada sesiapa pun yang menuntut wang tebusan? Ke manakah Puteri?Apakah yang akan terjadi kepada JIja. Mampukah perkahwinannya bersama Zharul bertahan? Bagaimana pula Harish? JIKA KAU ADA mengungkap segalanya.

Nak tau cerita lebih lanjut? So tunggu apa lagi, dapatkan novel Jika Kau Ada dipasaran !




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

DULU BENCI, SEKARANG SUKA - ROSE ELIZA




Harga : RM 27.90
ISBN : 978-967-0535-28-9
Halaman : ~ 736
Berat : 0 gm
Tarikh Terbit : 18 Jun 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Benci! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu. Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu. Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh. Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain bertekad untuk mengundur diri. Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta setia di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?

Nak tau cerita lebih lanjut? So tunggu apa lagi, dapatkan novel Dulu Benci Sekarang Suka dipasaran !



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

RINDU AWAK 200% - LIYANA ZAHIM



Harga : RM 23.00
ISBN : 978-983-124-882-9
Halaman : ~ 608
Berat : 600 gm
Tarikh Terbit : 20 Julai 2013
Kategori : Novel

Sinopsis

Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Nak tau cerita lebih lanjut? So tunggu apa lagi, dapatkan novel Rindu Awak 200% dipasaran !





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

CINTA SEPARUH MATI - DURRAH FATIHA



Harga : RM 19.90
ISBN : 978-983-124-884-3
Halaman : ~ 496
Berat : 500 gm
Tarikh Terbit : 20 Julai 2013
Kategori : Novel

Sinopsis
Wardah seolah-olah melarikan diri daripada Faisol sebaik sahaja dia pulang dari Melbourne, Australia setelah empat tahun melanjutkan pengajian di sana. Dia tidak mahu lelaki itu tahu di mana dia berada atau apa yang dilakukannya. Malah, rahsia dia bersama rakan baiknya, Hazimah di pusat perlindungan itu harus disimpan kemas.

Faisol tidak berputus asa. Pencariannya tidak mengenal erti lelah. Akhirnya, mereka dipertemukan secara tidak sengaja. Konon Wardah mahu menyembunyikan identiti diri. Mudah sahaja Faisol mengecam gadis itu. Daripada suara dan gaya, dia sudah tahu itulah kekasih hati yang dicari-cari selama ini.

Hubungan terputus bertaut semula sehingga mereka berjanji untuk sehidup semati. Namun ada pula halangannya. Kemunculan Nora dan kemarahan Datin Rahmah, ibu Faisol memberatkan lagi duka lara yang ditanggung oleh Wardah. Apatah lagi, kedua-duanya sudah mengetahui dia memerlihara seorang bayi itu!

Nak tau cerita lebih lanjut? So tunggu apa lagi, dapatkan novel Cinta Separuh Mati dipasaran !




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*