Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015


Yeayy akhirnya aku sampai juga PBAKL 2015.
Setelah bertahun lamanya aku impikan untuk ke sana akhirnya aku dapat pergi.
Memandangkan 1/5/2015 hari pekerja merupakan last day aku bekerja so aku terus beli tiket bas pergi sana, aku kan kerja dekat terminal bas so senang nak berurusan untuk beli tiket bas.
Kali ni aku pergi sana turun dekat TBS, aku bertolak pukul 12 tengah malam sampai pukul 4 pagi memang berkampung dkt TBS sementara nak tunggu LRT pukul 6 pagi.
Oh lupa nak bagitau, ayah tak nak hantar aku tau so aku paksa abang aku teman aku pergi sanaa tauu.
Terima kasih abangku sayang sebab teman adikmu yang tercinta, hahahaha.

Jam da pukul 6 lebih so aku dgn abang aku beli tiket bas untuk balik.
Kiteorg balik hari tak ada nak tidur hotel, tak ada bajet.
Bas balik johor pun aku ambil bas paling akhir pukul 12 malam juga.
Lepas beli bas terus beli token la kan nak naik lrt, pagi pagi macam biasa la semuanya tak sesak da tengah hari semuanya sesak.
Kiteorg pergi cari PWTC dulu tau, sesat juga, hahah jalan kaki wehhh memang tak nampak dgn penatnya lagi, duhhh.
Pukul 7 lebih kiteorg jumpa PWTC lepastu aku dgn abang aku pergi la cari makan area sogo.

Aku rasa banyak kedai mamak yang buka masa tu, dengan hujan renyai renyai, nak menangis aku time tu sbb aku tak makan dkt kedai mamak so aku layankan aje abang aku makan dekat mamak dgn perut berbunyi.
Jalan punya jalan baru perasan KFC, asal aku buta sangat sebab masatu aku tak pandang kiri tauu, so dalam 9 lebih aku baru dapat mengenyangkan perut aku.
Lepastu makan punya makan da pukul 10 lebih, singgah sogo jap, ada sale tapi masalahnya aku tak berkenan langsung dengan baju kat situ sebab aku cari baju lengan panjang dan besar.
Lepastu jalan je la area situ beli tudung, teman abang aku beli baju.

Da puas shopping kiteorg patah balik pergi PWTC sampai dalam tengah hari masa tu rasa nak pengsan sebab ramai sangat orang, da mula sesak dan bertolak tolak.
Tapi aku suka sebab masih ada lagi orang nak pergi pesta buku, siapa kata budaya membaca kurang, no aku tak rasa kurang.
Kalau kurang tak ada orang yang pergi pesta buku tu, mesti tak sesak macam tu.

Lepas da beli buku pesemua, aku dgn abang aku jalan jalan dengan zharfan.
Memandangkan zharfan da pindah KL so suruh la dia bawa kiteorg jalan jalan sebab masih awal lagi.
Masa maghrib tu baru la sedar nak balik sebab da malam kan, sampai dkt tbs dalam pukul 8 lebih.
Tidur jap dekat surau, pukul 10 lebih baru turun dekat tempat tunggu bas, sambung tidur dekat situ dan bas datang awal dalam pukul 11 lebih.
Malam tu memang ramai yang tak balik johor so aku suruh abang aku duduk kerusi depan, hahaha.
Bas transnasional sempit, bas super nice, yellow star tu besar sikit tapi mahal ler harganyaa.
Nak berjimat punya pasal naik je la bas yang sempit, hahahaha.
Sampai kulai pukul 4 pagi dan aku berasa gembira sebab akhirnya aku dapat beli buku yang aku nak dan hajat aku selama 3 tahun nak pergi pesta buku tercapai juga.
Yeayyyyyy.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*