Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

KEM PENGAWAS

Assalamualaikum stalker .
Tadi aku baru balik dari kem pengawas .
Serius penat gila sebab last week english camp 
minggu ni kem pengawas .
Dua dua kem 2 hari 1 malam .
Tapi untuk english camp juga aku kasi 5 STAR .
Kem pengawas ni 3 STAR . Sikit kann ?
Nak tau kenapa sikit je ?
Sebab aktiviti , makan , minum semua tu tak menarik enlish camp .

Sebenarnya aku bukan pengawas , aku ni  cuma pelajar biasa  .
Pengawas sekolah aku tak ramai ,
so cikgu offer pelajar biasa untuk join kem ni .
Aku pun pergi je lahh .
Saja tak nak duduk rumah .

Hari Jumaat tu aku sampai pukul 3lebih sepatutnya dalam 2.30 kena sampai .
Aku lambat sebab abang aku .
Biasa la lelaki kena pergi sembahyang jumaat .
Aku tunggu punya tunggu , rupanya abang aku dengan bestie dia pergi belanja barang dapur .
Balik rumah sempat makan , mandi , kemas baju dan duduk depan laptop .
Gila kann abang aku ?
Mak aku bebel kat dia , dia just buat bodoh .

Da la pergi jalan kaki , sumpah penatt , nasib baik rumah dekat je dengan sekolah .
Sampai je sekolah , aku pergi la tandatangan untuk menunjukkan yang aku ni datang .
Lepastu dengar la bebelan fasilitator .
Dah bagi bagi kumpulan , pergi solat , makan semua tuhh .
Aktiviti time malam , menyakitkan hati .
Sebab time tu kena pergi jumpa kawan minta maaf .
Serius , aku nangis .

Pagi tadi lagi best , aktiviti dia kepit belon yang berisi air dekat leher .
Lepastu kita kena pas pas dekat kumpulan kita .
Dah macam lesbian time tuhh .
Lepas tu kiteorang kena tutup mata kecuali ketua , jalan keliling sekolah .
Sebab kiteorang kena cari abang faci tu tanpa melihat apa apa .
Aku masuk dalam longkang steady gila .
Kena simbah dengan air lagi steady .
Budak budak kumpulan aku semua jerit bagai nak rak .
Bukan kumpulan aku je , kumpulan lain pun sama .

Lepas da jumpa abang faci tu , kiteorang punya aktiviti duduk dekat padang .
Yang ni best sebab seorang dalam kumpulan tu kena duduk dekat tengah tengah padang .
Ketua yang tadi kena cari dengan keadaan yang bertutup mata .
Kumpulan aku , aku yang kena duduk kat tengah tengah padang .
Memang best la , yang ketua kumpulan aku pusing pusing mencari aku .
Lepas dah jumpa , kiteorang pergi makan lagi .
Lepas makan , dapat rehat 1jam .

Yang time rehat ni memang best lahh .
Aku cadang nak pergi lompat jauh dekat padang .
Maklum la minggu depan da start lawann .
Sampai je dekat tempat lompat jauh , pasir dia kasar , aku tak jadi lompat .
Aku suruh lah kawan aku yang lain lompat sebab aku nak lari 25 pusingan trek larian 200m .
Cuba korang kira , tempat yang aku lari tu trek dia 200m .
Kalau 25 pusingan , da 5000m .
Kawan aku da bebel bebel takut aku pengsan tapi aku buat tak tahu je .
Aku still hidup sampai sekarang . Terer tak aku ?
Actually tak terer mana pun aku ni . Setakat lari , jog , lari , jog memang lah boleh kann .
Ada budak budak yang aku memang kenal main bola , bila bola sampai kat aku , aku sepak je lahh .
Tapi tak masuk gol pon sebab terlalu kuat sangat aku sepak .
Dah lama tak main bola sekali bola da ada kat kaki , aku macam nak main je lagi .
Tapi aku lupakan niat tu dan terus berlari .

Lepas tu aku pergi mandi , kemas kain baju nak balik .
Time last tu , kiteorg pergi solat dulu pastu baru la start balik majlis penutup .
Lepas dah popet popet , sijil da kasi , hamper da kasi , kiteorg pun pergi bergambar .
Lepas tu bagi bagi isi yang ada dalam hamper dan bersurai .



Aku tau entry ni panjang , kalau yang baca sampai habis tu .
TERIMA KASIH BANYAK BANYAK .
Yang baca sekerat pun , TERIMA KASIH SIKIT SIKIT oke .









TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

MAKIN MEROSOT

Assalamualaikum stalker yang gedikk .
Harini aku sedihh sangat .
Sebab result aku .
Haritu aku ada kasi tahu result aku cuma 1A2B4C .

Sedih kan result aku , turun mendadak .
Daripada 3A4B1C dpt la 1A2B4C .
Tadi semua cikgu kelas 3PK1 dengan 3PK2 ada mesyuarat tentang kiteorang .
Waktu aku jalan sorang sorang ,
ada lah beberapa orang cikgu tanya kenapa aku merosot .

Yang hanya aku buat senyum dan berkatakan tak tahu .
Aku tak bersedia nak cerita kat orang lagi kenapa aku jadi macam ni .
Tunggu hati aku terbuka untuk cerita , baru aku cerita ya cikgu ku sayang .
Apa apa pun aku dah start DATING dengan buku untuk dapatkan straight A .

Harini punn last aku ngadap blog , twitter , facebook dan seangkatan dengannya .
Aku kena ngadap buku aje .
Mak aku punn dah membebel .
Tapi bapa aku cakap RELAX laa .
Itu ayat yang paling aku suka .

Tapi aku da janji dengan diri aku .
Nak 8A , paling kurang pun 4A4B .
Aku nak korang doakan untuk aku bolehh ?
Cehh ,, sekurang kurangnya doakan aku lulus cemerlang dalam PMR je .
Tak payah panjang panjang pun .

Last sekali aku nak ucapkan HAPPY FATHER'S DAY kat semua ayah yang ada dekat dunia .
Aku tau da terlambat 3 hari .
Sebenarnya aku tak wish lagi kat bapa aku sebab english camp haritu la .
Esok pagi nak wish bapa aku da pergi kerja and hari ni ,
baru la aku dapat jumpa dia .
Nak ajak dia keluar , aku belanja , dia bayar , haha .
Ikhlas dari anakmu , haha .

Oke la , aku da nak chaww sebab mak aku da bebel bebel.
♥ Bye bye korangg . Sayang korang 




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

ENGLISH CAMP


Hye everybody ? How are you ?
Ceh , aku nk speaking omputeh pulakk .
Apa apa pun , aku punya english dah oke la sikit .
Daripada tak oke langsung kann ?
Korang ingat lagi entry aku yg dari permulaan sampai akhir aku tulis in english ?
Kalau tak ingat meyh sini baca

Actually , zeeqa baru balik dari english kem .
Mak aihh , penatt gila kott .
Tapi best sebab ni first camp yang aku pergi memang BEBAS gila .
Kau ada ? Tak ada kan ?
Semua kem yang korang pergi kena ikut peraturan yang terlalu ketat kan ?
Tapi kali ni aku buat sekolah macam rumah aku .
Lagipun aku tak kisah kott , tu sekolah aku and tahun ni last aku kat situu so aku buat la macam rumah sendiri .
Bak kata pepatah , rumahku sekolahku , hhaha .

Kem ni just 2days 1night .
Tapi dalam masa yang singkat tu kteorg dpt belajar macam macam perkara .
Tapi nak kenal kenalan tak sempat sangat .
Yang budak lelaki aku kenal AKIM , FARID , AMIR , NAZMI dengan ARISZ .
Yang perempuan pulak aku kenal MAI , MINA tu je kott .

Tengok  , nama budak budak kumpulan aku pun aku tak kenal sebab diorang macam sombong sikit la .
Nak bincang apa pun dengan budak budak sekolah diorang je .
Aku terkejut dengan satu benda sebab ada la beberapa orang yang pergi kem tu macm lembut sikit la kan .
Tak gentle kott .
Tapi best juga la kawan dengan budak budak nyah sikit ni , hhaha .

FARID , AKIM dengan ARISZ tu memang gila gila lahh kan .
Peramah kott , dengan semua orang pun dyorg main bedal je .
Macam bestie abang aku .
Aku tanya si farid tu form bape . Dia cakap form 4 .
Aku tak caya gak lahh kan sebab pendek , hahha .
Lagipun si farid ni memang perangai dia sebiji dengan bestie abang aku .


Photo
Ni group aku . Group yang tak ada semangat , hhaha . Sory der , memang kenyataan right ?

Ni zombi , hahha . Budak sekolah aku panggil dia zombi , nama dia JAKE







Aku mengaku , yang gambar ni aku cover cunnn . hahha

Aku tak sempat nak upload gambar yang lain sebab ada hal penting so korang pandai pandai tengok dekat facebook aku ok . 





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

SEBULAN LAGI

Assalamualaikum ^^
Hari ni nak cerita pasal puasa .
Lagi sebulan je kott nak puasa dan lagi sebulan juga nak TRIAL PMR .
Dah la trial seminggu sebelum cuti raya .
Okey takut tau.
Itu je yang aku tau tapi belajar main main lagi .

Korang semua dah ganti puasa belumm ?
Aku dah lama ganti .
Raya kedua last year aku dah start puasa ganti dengan puasa enam sekali .
Rajin kan aku ?
Sebenarnya aku tak suka tertangguh , lagi pun time raya kan macam macam makan so nak jaga badan punya pasal , aku puasa lahh .

Dalam minggu ni aku puasa 4 hari sebab teman akak aku .
Cuma hari isnin dengan hari ni(khamis) aku puasa sunat macam biasa .
Hari ni aku tak sahur , time buka semalam pun makan sikit je pastu da tak makan .
Time belajar aku rasa penat sangat .
Masa kelas muzik lagi lahh , da la balik pukul 3 .
Cikgu cakap muka aku pucat .
Sedikit punya ceria , dia bole cakap muka aku pucat , haha .

Dia ingat aku sakit .
Cikgu mana tak risau kalau anak murid dia muka pucat , tak pasal pasal jatuh pengsan .
Menyusahkan aje .
Lebih baik dia tanya sebelum aku pengsan .
Bila aku tengok cermin , betul betul muka aku pucat .
Apa apa pun aku berjaya bersabar sehingga berbuka .
Siap bole round satu taman naik fixie .
Yang tak ada bla , abang aku suruh aku duduk depan dia kayuh fixie kesayangan dia tuhh .
Awesome ^^

Dah masuk topik lain dah kann , haha
Apa apa pun , I hope u all yang tak ganti puasa lagi .
Ganti cepat cepat oke , tak baik berhutang dengan ALLAH .
Kalau korang berhutang dengan aku , aku tak kisah sebab aku akan halal kan segala galanya .
Kalau kalau zeeqa tak sempat nak cakap sehari sebelum bulan RAMADHAN , zeeqa nak cakap something kat korang .

SELAMAT BERPUASA . Banyak banyakkan berzikir , solat , berdoa , baca Al-Quran dan seangkatan dengannya untuk mendapat pahala yang lebih oke . Last sekali jangan gedik gedik tinggal puasa oke .








TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

KENANGAN MANIS , MASIN , PAHIT , PAYAU , TAWAR , MASAM DAN MACAM MACAM LAGI


     

Assalamualaikum ^^
Sihatt ?
Dah dapat result exam ?
Aku dah , result aku untuk pertengahan tahun 1A 2B 5C .
Terukk kann ? Tapi aku tak nak menonjol sangat takut PMR nanti tak dapat 8A .
Yang A tu tentu la Bahasa Melayu . Yang B pulak Kemahiran Hidup dengan Agama . Yang C tu pandai pandai fikirla .

Aku begitu BANGGA sebab sivik aku dapat A , haha .
Haritu korang ada baca kan aku punya cerita pasal result sivik ?

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal periksa .
Korang dah baca itu tajuk .
Panjangkan ?

Sebenarnya aku nak cerita kat korang apa yang jadi kat aku masa dekat sekolah .
Aku pergi sekolah pukul 7.40 pagi , lambat kan ?
Budak tak ada disiplin la kononnya .
Aku sampai sekolah , cikgu disiplin suruh kutip sampah .
Aku malu sebab hari ni aku sorang je datang lambat .
Kalau ramai ramai aku tak malu , aku lagi suka .
Sebab ada geng , haha .
Lepas kutip sampah , aku pergi tapak perhimpunan . Nak pergi beratur la .
Time tu la kenangan PAHIT , PAYAU , TAWAR yang aku pernah alami , haha .

Lepas sampai je dekat barisan kelas aku .
Tetibe pula cikgu cakap pasal bulan CEGAH BULI DAN VANDALISME .
Dalam bulan tu ada 2 pertandingan .
Menulis esei dengan melukis poster .
Aku masuk dua dua .
Kononnya nak tunjuk bakat , eh silap nak famous , haha .
Untuk poster aku kalah , ala maklum la aku pelajar muzik bukan seni .
Korang tengok entry aku pasal TAK ADA SIVIK tu kan .
Mana ada PENDIDIKAN SENI kan kann?

Masa cikgu umumkan pemenang untuk menulis esei , aku tengah sembang .
Sembang punya sembang cikgu sebut nama aku .
Aku dapat JOHAN . Aku tak percaya gak la , kawan aku yang menulis esei punya hebat yang ada 500 lebih patah perkataan boleh dapat nombor 3 .
Aku yang 300 patah perkataan je boleh JOHAN .
Bangga ni , haha .
Kenangan MANIS kott , tak pernah aku menulis esei dapat JOHAN .

Tapi kan , aku tengok kawan kawan aku tu .
Diorang macam tak senang la tengok aku menang sebab time diorang tanya aku hantar esei ke tak , aku cakap la tak hantar sebab tarikh tutup dah tamat .
Lepas habis tarikh tutup , aku baru la pergi hantar kat cikgu . Kononnya merayu lah kann .
Aku pun tak kasi tahu langsung dekat diorang .
Bila kita dah busy benda yang tak penting mana lahh nak ingatt .
Tadi pun aku rasa serba salah pun ada .
Tapi ada aku kisahh ? Nak buat sesuatu mesti mengikut kehendak kita sendiri bukan ikut kawan kannn ?
Memang kenangan paling MASAM betul time tuh .

Tinggal kenangan MASIN dan MACAM MACAM kann ?
Yang ini aku nak cerita tapi takutt .
Tak pe eh korang ,lagipun kalau aku cerita korang bukan nak baca punn .
Kita cerita lain kali eh sayangg .
Sayang awak semua ketat ketat .












TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

AKU MEMANG TAK ADA SIVIK

Assalamualaikum ^^
Hari ni maybe last kott aku dapat bergayut dengan lappy .
Sebab cuti dah habis so kena la bergayut dengan buku pulakk kann .

Korang dah dapat result exam harituu ?
Aku belum lagi tapi aku da cek secara online tapi cikgu tak masukkan lagi .
Tak sabar nak tahu result confirm aku banyak D .
Soalan peringkat negeri kann , susah gila babengg .

Oke , harini aku just nak show off result sivik aku kat korang .
Tengok bawahh nie .


*tekan gambar untuk nampak lebih jelas

Terer kan sivik aku ?
Tu first time kott sivik aku dapat C
Abang aku cakap tu la contoh contoh orang yang tak ada sivik .


*tekan gambar untuk nampak lebih jelas

Yang kat atas ni result awal tahun haritu .
Markah sivik aku tak ada beza kott .
Abang aku cakap jawab tutup mata pun boleh dapat A tapi aku ,
jawab buka mata tak boleh dapat A .

Sudah terang lagi bersuluh yang aku sebenarnya TAK ADA SIVIK , haha
Lagipun cikgu ajar sivik aku buat tak tahu je .
Aku tak ambil berat pun pasal subjek ni sebab bagi aku subjek ni senang .
Bila exam , hambekk kau . 
Tak dapat A langsung .

Sebelum korang kutuk aku , aku nak bitau korang sesuatu yang penting . Sebenarnya aku bukan nak show off kat korang result subjek lain oke , aku punya niat nak show off kat korang result sivik aku sebab aku tak nak korang jadi macam aku . Sivik korang mesti A ye sayang . Jangan jadi macam aku , memang aku da tak ada sivik , hahha . Belajar bersungguh sungguh untuk mendapat kejayaan ye babe . Lastly , thank you so much sebab da tekannn , pandai pandai la fikir ye sayang sayang semua :D





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

Saya Mahu Follower Tegar !

Assalamualaikum ^^
Haritu Hana ada jemput zeeqa join segmen dia so zeeqa pun join lah .
Orang dah ajak tak baik tolak tolak , muehehe .
Kalau korang nak join jugaa , tekann banner dekat bawah tuhh oke ^^v





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

WORDLESS WEDNESDAY #2


Semua cerita ada kat sini oke >> (AKU GEMUK SEBAB BANYAK MAKAN)




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1st Giveaway by Dhia Johary


Assalamualaikum ^^

Tadi blogwalking , tetibe aku terperasan satu GA  . Dengan ikhlasnya , saya syahirah haziqah  ingin mengjoinkan diri dalam 1st Giveayay by Dhia Johary
*klik banner kalau nak join
 *Apa kata kalau korang join sekaki bigfoot . Mana tahu , korang yang bertuah ! Ape lagi ? UPDATE cepat yer :)
Sebelum mengakhiri kata kata untuk entry giveaway ni , aku bermohon sangat sangat agar pak cik random kasi aku menang , muehehe :*  
Syarat syarat dan cara cara nak join korang boleh lihat sendiri dekat owner punya blog >sini<


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG (BLIN.GD)


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

I MISS YOU


To all my ex boyfriends ::

I hate seeing all your Facebook updates , it brings back memories .
But I could never delete you either.
Tipu je kot , haha .

Actually i miss my grandfather so much
He died 3 months ago .
Although he was already dead but he was still in my memory .
Because I was close with him since year 6 .
He died because sakit tua .
Time tu I lived with him for a month .
And we go to the durian orchard together .
I miss a moment with him .
I hope his soul be blessed and he is calm there .


I know my english so so so bad because there is rojak language in my entry .
But I still try . Sorry oke :') 
I MISS YOU GRANDFATHER





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

FREEBIES CUTE CURSOR

Assalamualaikum korang .
Zeeqa taknak cakap banyak sebab sakit tekak , muehehe .
Zeeqa just nak kasi cute cursor kat korang semua .

http://1.bp.blogspot.com/-tOcqBx493Qs/TjKlTvLpWpI/AAAAAAAABb8/xlyxjgqLE2k/s1600/greymoustache.png
http://3.bp.blogspot.com/-boIcCmgUuvU/TjKlT1xIzrI/AAAAAAAABcA/tjw0UdV8LUc/s1600/handcursor.gif
http://3.bp.blogspot.com/-QO4mjXWYUiQ/TjKlUPMbKBI/AAAAAAAABcE/3J3rYiU1kJs/s1600/mustache.png
http://3.bp.blogspot.com/-1JGQYsENLfA/TjKlUygYGxI/AAAAAAAABcQ/9lJPjV_nV6E/s1600/rainbowhand.gif
http://1.bp.blogspot.com/-nY97Lxzau7I/TjKlUlUiqXI/AAAAAAAABcM/EHrUqSaDn7k/s1600/mustache2.png
http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur
  http://cur.cursors-4u.net/food/foo-4/foo348.cur
 http://cur.cursors-4u.net/user/use-1/use67.cur

 http://cur.cursors-4u.net/others/oth-4/oth305.cur
http://cur.cursors-4u.net/cursors/cur-2/cur168.cur


 cara nak masukkan cursor ni , tengok dekat >sini<


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

TUTORIAL CUTE CURSOR

Assalamualaikum ^^
Korang sihat ? Tak sihat pergi makan ubat cepat cepat oke .
Hari ni zeeqa nak kasi cute cursor dekat korang semua .

1. Dashboard >> design >> page elements >> add gadget >> HTML/Javascript

2. korang copy then paste code bwh nie dekat dalam gadget tuh
<style type="text/css">body, a, a:hover {cursor: url(url cursor), progress;}</style><a href="url cursor" target="_blank" title="Cool Cursor!"><br /></a>


Yang warna merah tu korang letak url cursor yang korang nak guna .






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

TUTORIAL FLOAT WELCOME NOTE



Assalamualaikum ^^
Dah lama kott tak buat tuto ni .
Aku tahu ini sudah lama tapi bagi new baby yang comel comel yang baru mula berblogging ni .
Boleh la try oke .




1. design >> edit html >>tick expand widget templates

2.  tekan F3 dan cari <head>


3. copy and paste code ini kat atas  <head> yang korang cari tadi :
 <div style=' position:absolute; top:0px; left:50px;'><img src='url image'/></div><div style=' position:absolute; top:28px; left:62px;'><center>Your welcome note</center></div>


4. Save! ^^

Freebies Welcome Note

http://4.bp.blogspot.com/-zqIjxEVW52E/Tkc5LWtlQLI/AAAAAAAABQw/H5kzavJS0D4/s320/blueupdates.png


http://2.bp.blogspot.com/-AVvpdmyep1E/Tkc5L4FVv5I/AAAAAAAABQ0/Blc-2gJxkko/s320/pinkupdates.png


http://3.bp.blogspot.com/-Oz69vlwXvHU/Tkc5MSr9mII/AAAAAAAABQ4/-t2DbtHkik4/s320/greyupdates.png


http://1.bp.blogspot.com/-0LjFTP7TUeI/Tkc5Ml8301I/AAAAAAAABQ8/7eGVzI49zPI/s320/purpleupdates.png


http://1.bp.blogspot.com/-WjM_ErR0uVo/Tk4bDqkT_EI/AAAAAAAABgA/UNTLfUYtJTQ/s1600/note1.png

http://2.bp.blogspot.com/-blWPXC2vWQ4/Tk4bDOKlGdI/AAAAAAAABf8/io-5ZVHT1FA/s1600/note3.png

 
http://4.bp.blogspot.com/-dd1RLvy1XMI/Tk4bD6Mh9jI/AAAAAAAABgE/8AwIWl8sa68/s1600/note2.png



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*