Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

AKU BOLEH HIDUP TAK ADA PHONE !


Assalamualaikum adik adik, abang abang, kakak kakak yang comel.
Ha, nampak phone yang cikai tu?
Ayat yang bombastik yang aku selalu guna Phone Baling Anjing.
Sekarang aku dah 15tahun 9bulan so aku tak perlukan phone.

Aku start pakai phone masa darjah 6 then form 1 aku tak pakai, form 2 aku pakai, form 3 jarang pakai sebab aku kena kongsi phone dengan abang aku and now da tak pakai langsung.
Maybe aku tak akan pakai phone sampai la aku masuk U.
Aku pakai pun parents aku punya.
Tu pun kalau aku nak online and nak buat important call je.

Kalau aku pakai phone tapi tak topup setahun apa guna kan, baik tak payah pakai.
Satu lagi aku ni jenis malas nak charge phone, hohoho
Lagipun aku masih boleh hidup kalau tak ada phone.
Cuma aku tak boleh hidup kalau tak ada twitter, blog dengan facebook
Tapi aku pun tetap tak boleh hidup kalau tak ada Allah dalam hati aku.

lagipun banyak kebaikkan dan juga keburukkan yang boleh korang dapat kalau guna phone.
Anyway korang yang pakai phone tu aku ada sediakan satu tips.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

HAPPY TIME !


Heyy youu.
Nampak koala atas tu.
Sekarang ni aku tengah happy gila.
Kalau boleh nak je aku lompat  sorang sorang dalam bilik macam gambar tu, haha.
Tak memasal aku di cop gila dengan family aku, haha >.<

Harini aku happy sangat sebab aku dapat tengok muka someone tu lama lama.
Bila dia pandang tempat aku, aku cepat cepat pandang tempat lain.
Macam korang tak pernah je kann tyengok muka crush korang macam tu.

Lagipun, aku rasa sekejap je aku angau dengan budak tu, nanti dah tak.
Sebab aku still tunggu FF.
Sampai sekarang aku tak tau cerita pasal dia.
Lagipun this year dia SPM so aku tak nak ganggu.
Biar la dia fokus untuk SPM.

FF pernah bagitau yang dia pernah baca blog aku and I hope entry ni dia akan baca.
So ni pesanan buat FF
Aku saja guna warna merah sebab aku tau kau suka warna merah kan.


Belajar rajin rajin and jangan lupakan aku okay. Even kita tak tau apa status kita, aku anggap kau sebagai kawan sampai la aku tau status kita sama ada still couple atau putus. Anyway, aku doakan kau akan jadi ahli forensik yang berjaya. ヅ 











TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

JOM MASUK U !

*abang aku yang baru lepasan SPM*

Assalamualaikum dan salam maghrib !
Now aku tengah tengok Setia Hujung Nyawa.
Apa tunggu lagi buka la TV3.
Tengok cerita ni jangan sampai tak solat maghrib okay :)

Actually entry ni khas untuk kakak abang yang lepasan SPM, STPM and pelajar sekolah menengah.
Tadi aku tengah selongkar folder abang aku dekat laptop tetibe terjumpa jadual Karnival Jom Masuk U.
Aku pernah pergi karnival ni masa form 1 sebab time tu akak aku baru lepas habis SPM.
And now abang aku pula baru lepas habis SPM.

Karnival ni akan diadakan 13-14 APRIL di area Johor.
13 April birthday aku kot.
If abang aku ajak ayah aku pergi Karnival ni, ada peluang la aku nak mengajak parents aku celebrate birthday aku.
muehehe >.<
Korang yang nak tau jadual untuk Karnival ni, boleh klik gambar tu untuk nampak lebih jelas okay.
And ikut zon masing masing okay.
kalau aku nak pergi kena ikut zon 11 sebab tu paling dekat dengan rumah aku, muehehe ><






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

BRACES !



Assalamualaikum and good evening uolls,
Ha nampak gambar tu?
Dulu aku teringin nak pakai, haha
Tapi tak pakai pun sebab gigi aku dah cantik.

Aku ada kawan yang pakai, sekali je aku tengok. 
Tu pun sebelum aku pindah.
Aku rasa sebab dapat 5A masa UPSR sebab tu kot mak dia kasi dia pakai braces.
Anak bongsu, bnak apa semua dapat.
Sekarang da form 4 mesti gigi dia dah cantik macam aku.
Perasan je aku. Haha

Tadi masa latihan merentas desa, aku sembang dengan budak kelas 4sains.
Budak cina tu pakai braces.
Lagipun gigi dia serius tak cantik.
Nasib baik laki bukan perempuan.
Kalau tak tak laku lah kau, muehehe >.<

Aku tanya dia "Tak sakit ke pakai braces?"
Then dia cakap "Gigi tak sakit tapi poket sakit"
Mula mula aku blur gila bila dia ckp mcm tu, 5minit kemudian baru aku boleh tangkap apa dia cakap, haha.
Lembab kan aku ni.


Aku ingatkan dekat korang yang nak pakai braces tu, fikir betul betul.
Jangan pakai braces tanpa nasihat daripada doktor, nanti ada kanser kang baru tau.
Satu lagi, kalau gigi dah cantik jangan nak menggatal pakai braces lagi.
Tak baik ubah ciptaan Tuhan kalau benda tu dah cantik.
Ada faham ?






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

ATOK SEDANG MEMBEBEL !



Assalamualaikum uolls.
Harini aku nak review blog ATOK SEDANG MEMBEBEL 
Blotg kak mira ni aku jumpa masa form2 kot.
Tak silap aku asa tu aku beli majalah YEZZ
Lepas je baca pasal kak mira dalam majalah tu, aku terus ambil laptop and then search blog dia.

Blog dia yang dulu dengan sekarang lain.
Dulu dia pakai template biasa je, sekarang dah pakai blogskin.
Tapi aku rasa, blog kak mira yang dulu lagi ceria dari sekarang.
Sebab sekarang kak mira dah jarang update blog.

Kalau nak diikutkan sebelum dia masuk matrik, setiap kali aku blogwalking, aku mesti terjah blog dia.
Nak tau perkembangan terbaru lah kononnya, muehehe.
Tapi sekarang, hmmm.
Maybe sekarang ni kak mira busy or susah nak dapat internet.
Nevermind la.
Aku harap cuti sem nanti, kak mira boleh ceriakan semula blog kak mira.

Last but not least, zeeqa doakan kak mira akan menjadi accountant yang berjaya. Amin 






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

JOZAN JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012



Assalamualaikum and good morning ! Ha, korang tengok maharaja lawak mega tak? Aku tak tengok, aku tak ada astro *tipu je*. Actually aku tidur awal semalam. Aku mengantuk gila kot tapi bangun je pagi tadi, aku tgk dyorg tweet JOZAN JUARA. Ohyeahh, aku tak payah tengok dah tau siapa juara. Haha.
Meskipun kesihatan Johan tidak mengizinkan, dengan semangat juang yang tinggi dia mampu mempersembahkan lawak yang cukup bagus dan kemenangan ini pasti menjadi hadiah paling bermakna buat JOZAN.
“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di atas sepanjang saya tiada dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya dan membenarkan saya keluar.”- JOHAN
Berikut merupakan senarai penuh kedudukan pemenang untuk MLM musim kedua sebentar tadi:
Juara : JOZAN (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro)
Naib Juara : JAMBU (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-3 : SHIRO (Membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-4 : BOBO (Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro)
Tempat Ke-5 : SAY WHO (Membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro)

TAHNIAH ZEEQA UCAPKAN KEPADA JOZAN !





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

BAHAYA AMALAN MENGOREK TELINGA



Assalamualaikum and good morning guys !
Harini zeeqa nak share sikit pasal bahaya mengorek telinga.
Kenapa bahaya? Baca dekat bawah ni.

Kebiasaannya korang mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas atau pin rambut berwarna hitam kann ?
Kalau betul, kita geng, muehehe XD
Hentikan segera amalan ini kerana ia membahayakan telinga korang. 
Para doktor juga tidak menggalakkan korang memasukkan apa apa objek ke dalam lubang telinga.
Sekiranya korang memasukkan objek ke dalam telinga korang, risiko menyebabkan terjadinya masalah pendengaran adalah tinggi.

Cara terbaik untuk membersihkan telinga adalah menggunakan kain yang lembap.
Kalau rasa rasa tak nak jadi pekak ke apa, hentikan lah amalan ni dengan segera okay !
Aku pun dah berhenti cuma aku korek telinga sebulan sekali je.
Bukan macam korang, kalau boleh tiap tiap hari nak korek telinga kann?

Untuk maklumat lanjut pasal kebaikan atau keburukkan mengorek telinga,
korang boleh klik >DEKAT SINI<





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

PROBLEM AGAIN !



Assalamualaikum !
Harini aku memang tak ada mood.
Banyak sangat masalah yang aku hadapi.
Masalah aku sendiri pun tak selesai ni lagi tambah dengan masalah kawan aku, kakak aku.
Hmmm.

Tapi setakat ni, aku berjaya selesaikan masalah orang je, masalah aku tak selesai lagi.
Makun bertimbun masalah aku ni tau tak.
Lagipun aku tak ada cerita dekat siapa siapa pasal masalah aku.
Pendam je yang aku mampu buat.
If aku cerita dekat orang pun, macam dyorang boleh tolong selesaikan je.
Aku hanya mampu berdoa dekat Allah dan minta petunjuk dariNya.

Sejak masuk form 4, macam macam benda yang berlaku.
Dengan pelajaran lagi, hal peribadi lagi.
Ayoyo, penat tau tak.
Kadang kadang aku malas nak fikir pasal semua ni.
Setiap kali je aku ingat pasal benda ni, aku apa lagi.
Baring atas katil, tarik selimut. Tidur ~

Itu je la salah satu cara yang boleh buat aku lupa pasal masalah aku.
Tak payah nak fikir, tidur je terus.
Aku selalu doa yang masalah ni akan selesai cepat tapi aku tau Allah nak uji aku.
Nak tak nak aku kena hadapi juga.
Yang aku mampu buat BERSABAR ~
Aku harap lepas ssemuanya dah selesai, tak ada lagi masalah yang timbul.
Amin ~





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

PING PONG




Assalamualaikum ^^
Oh yeah harini aku dapat pengalaman baru.
First time aku main pingpong kot.
Dah la tak pernah main tup tup kena lawan.
Wakil untuk rumah merah lah kan.

Aku menyesal gila angkat tangan masa cikgu tanya siapa rumah merah.
Aku kena paksa masuk pingpong.
Aku cakap dekat cikgu yang aku tak pandai main pingpong then hizami, putra dengan cikgu pun cakap 'libas je'
Aku pun bagi je la nama.
First time main, aku rasa best kot.
Aku masuk tu pun, tak tahu syarat dia macam mana.
Macam mana boleh dapat mata semua tu.
Aku ikut je cakap dyorg, main libaas je.
Menang tak menang aku kisah apa.

First round aku menang.
Lawan dengan rumah kuning.
Second round, aku kalah lawan dengan kak nazerah.
Kak nazerah rumah biru, dia memang terer, tadi dia dapat nombor 2.
 Kalau second round tu aku fokus mesti da dapat masuk semi final.

Time tu aku tak dapat nak fokus sebab perut aku dah kenyang sangat then aku nampak someone dekat situ.
Setiap kali pandang muka budak tu terus hilang fokus aku.
Anyway, next year aku nak cuba lagi masuk pingpong.
Harap harap next year kalau aku masuk lagi, aku boleh menang.
Amin ~




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

KEPUTUSAN PALING BODOH

Nampak tak?

Assalamualaikum semua.
How are you?
Dah berapa hari tak update blog, banyak homework kot.
Sampai tak sempat nak update blog.

Ha, korang ingat tak yang pasal tawaran pergi Vokasional yang aku dapat tu?
Kalau tak ingat atau belum baca lagi boleh baca balik >DEKAT SINI<
Aku tak terima pun tawaran pergi Kolej Vokasional Lebuh Cator.
Aku rasa ni keputusan paling bodoh yang pernah aku buat.
Dah peluang depan mata belajar 4 tahun terus dapat diploma tak payah ambil SPM  tapi aku tak terima.

Bila aku fikir balik, macam bodoh bodoh bodoh bodoh sangat keputusan aku ni.
Aku macam dah sia sia kan peluang yang ada depan mata.
Aku rasa aku tak dapat nak fikir betul betul sebab keputusan masuk vokasional ni keluar lambat then ada berapa hari je untuk fikir.

If result dia keluar sebelum naik sekolah, confirm lah aku pergi tapi keluar masa dah start sekolah.
Aku dah biasa dengan keadaan nak jadi seorang pelajar form 4, dah biasa kan diri belajar kimia, fizik, add math dengan akaun tak alih alih dapat tawaran pergi vokasional.
Aku rasa macam sayang gila kot nak pindah.
Rasa nak teruskan je sampai la SPM.

Tapi satu je yang aku kena ingat sampai SPM habis.
Aku kena pandai ambil risiko sebab makin lama semua subjek makin susah.
Susah nak dapat A tapi senang nak dapat G if aku tak belajar betul betul.
So, korang doakan zeeqa yang terbaik okay.
Sayang korang :*





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

FREEBIES KALENDER 2013 KAWAII


Assalamualaikum !
Disebabkan aku baru lkena twitlimit, aku terus blogwalking.
Kebetulan aku memang dari dulu suka blogwalking dekat blog abang Wan Hazel ni.
So aku nak share Freebies Kalender 2013 Kawaii yang abg wan buat.
Kretif gila kot. Cantik sangat.
One more dekat setiap bawah kalender bulanan tu abang wan dah taruk beberapa hadis Al-Quran yang berguna untuk kita semua.









Kata kata terakhir abang wan untuk entri dia pasal freebies kalender ni ::




OK... Terima kasih semua.. Kongsi kongsi dengan rakan rakan FB yang lain k.. Boleh klik Like untuk entri ini dan bagi sesapa nak Follow Blog Wan dipersilakan jugak...Terima kasih..






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

TOP 5 ABPBH 2012



Assalamualaikum sayang sayang sekalian!
Ha ABPBH 2012 tahun ni zizan bertanding dalam 8 kategori termasuk undian secara online tu.
Aku semangat gila nak undi zizan ni so apa tunggu lagi weh beli Berita Harian, undi zizan je tau yang lain tak payah undi okay  ‏

Berikut merupakan senarai penuh Top 5 ABPBH 2012:

Artis Baru Lelaki Popular
Aiman Hakim Ridza
Izzue Islam
Jimmy Palikat
Shah Iskandar
Taiyudin Bakar

Artis Baru Wanita Popular 
Ainan Tasneem
Emma Maembong
Hanez Suraya
Nad Zainal
Wawa Zainal

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Black/Malique
Hafiz/Adira
Jimmy Palikat/One Nation Emcees
Mojo
Sleeq/Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Black
Faizal Tahir
Hafiz
Hazama

Penyanyi Wanita Popular
Jaclyn Victor
Najwa Latif
Shila Amzah
Stacy
Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Beto Kusyairy
Fahrin Ahmad
Johan As'ari

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Izzara Aishah
Nabila Huda
Neelofa
Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Bront Palarae
Shaheizy Sam
Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani
Maya Karin
Nora Danish
Neelofa
Yana Samsuddin

Artis Komedi Lelaki Popular
Angah
Jepp
Johan
Nabil
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Aliza Abdullah @ Enot
Didie Alias
Jihan Raja Lawak
Noorkhiriah
Sharifah Shahira

Pengacara TV Lelaki Popular
Dato' AC Mizal
Awal Ashaari
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular
Adibah Noor
Didie Alias
Fara Fauzana
Neelofa
Sharifah Shahira

Penyampai Radio Lelaki Popular
AG
Faizal Ismail
Halim Othman
Johan
Nabil

Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana 
DJ Lin
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura

Kategori Online
(Peminat boleh mengundi secara online di http://www.facebook.com/abpbh bermula 10 Januari 2013)

Watak Jahat Dalam Filem atau Drama Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Bront Palarae
Sofi Jikan
Zizan Razak

Gandingan di Layar Serasi
Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
Adi Putra & Nora Danish
Aiman Hakim Ridza & Izzara Aishah
Johan & Zizan Razak
Shaheizy Sam & Yana Samsuddin

Watak Animasi Tempatan Popular
Anak-Anak Sidek
Boboiboy
Upin & Ipin
Kacang
Usop Sontorian

Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial
Aaron Aziz
Shila Amzah
Stacy
Yana Samsuddin
Zizan Razak

Artis Lelaki Stailo
Aaron Aziz
Adi Putra
Awal Ashaari
Shaheizy Sam
Zizan Razak

Artis Wanita Stailo
Lisa Surihani
Melissa Francis
Nora Danish
Stacy
Yana Samsuddin

Artis Asia Paling Popular
Aaron Aziz
Big Bang
Shila Amzah
Super Junior
Zizan Razak

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

AKHIRNYA DAPAT JUGA TAPI ...

Alhamdulillah

Assalamualaikum batch 97's !
How are you?
So dah check permohonan ke Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional?
Siapa yang tak check lagi boleh check >DEKAT SINI<

Aku rasa macam nak pergi tapi tengok gaya ayah aku macam tak kasi pergi.
Tapi aku cuba nak buat rayuan dekat area Johor atau Melaka.
Harap harap boleh la buat rayuan.

Lagipun kalau aku pergi vokasional, aku tak payah ambil SPM so aku tak kisah sangat la dapat tempat yang jauh sebab belajar 4 tahun kot.
Anyway aku dah tengok yuran dia, untuk baju koperat + buku dan yang berkaitan dengan koperasi semuanya RM150 dan untuk yuran untuk asrama RM 425 bagi aku sebab ayah aku punya gaji bawah RM 4999.
Kalau parents gaji atas RM 5000 dyorang punya yuran asrama RM 925.
Total semua sekali ayah aku kena keluarkan untuk aku RM 575.

Tadi aku pergi rajinkan diri search pasl KV Lebuh Cator.
Lepas aku search macam nak pergi tapii.
Entah lah nak terima ke tak tawaran ni
Lagipun aku tak tanya ayah aku pasal ni, cuma aku tengok gaya dia macam tak kasi je.

Aku tengah buntu sangat sangat sekarang ni. Hmm.
Korang tolong aku please, bagi cadangan dekat aku, patut terima atau tak.
Kalau aku tak terima nanti menyesal pula :(






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

NEW SUBJECT !


Assalamualaikum !
Awal tahun merupakan hari hari TENSION aku tau tak.
Belum masuk pertengahan tahun, aku dah tension macam ni.
Sebagai budak kelas Sains Teknikal aku ambil Fizik, Kimia, Add Math dengan Akaun.
Kalau diikutkan aku nak ambil Lukisan Kejuruteraan sebab nak jadi engineer tapi ramai sangat budak kelas aku yang ambil terus tak jadi ambil.

Lagipun kelas aku yang ambil akaun semuanya perempuan, majoriti pelajar cina.
Melayu ada dua orang je. Tu pun aku dengan Elma. Pelajar india sorang.
Kesian kann.
Tapi aku fikir balik aku nak tambah subjek.
Aku nak ambil Tasawwur Islam dengan Perdagangan.
Sebab aku lebih minat ke arah tu, lagi lagi perdagangan.
Mula mula aku nak belajar secara personal dengan cikgu atau pun budak budak yang ambil subjek tu, kalau aku boleh bawa aku nak inform dekat cikgu yang aku nak tambah subjek masa form 5 nanti.


Cakap pasal tension ni sebenarnya aku faham semua yang aku belajar setakat ni tapi aku tak boleh nak ikut sangat cara cikgu tu mengajar sebab tu aku rasa tension.
Tapi aku akan cuba sedaya upaya nak sesuaikan diri dengan cara cikgu mengajar.
Ye la kan lain cikgu lain caranya.
Yang pasti aku tak nak main main lagi, kalau aku tak faham, aku nak terus cari cikgu yang boleh bantu aku untuk mengajar apa yang aku tak faham.

Aku nak tebus balik kesalahan aku masa PMR.
InsyaAllah aku boleh dapat 10A masa SPM 2014 nanti.
AMIN !





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

JOM MENDERMA UNTUK ANAK ANAK YATIM



Assalamualaikum wahai rakayatku yang comel !
Harini patik nak mengajak kamu semua untuk membuat kerja amal.
Actually aku nak ajak korang menderma untuk rumah anak anak yatim iaitu Rumah Amal Kasih Bestari di Shah Alam.
Apa salahnya kita belanjakan sebahagian harta kita kepada orang yang memerlukan.
Sekurang kurangnya dapat la menambahkan pahala korang tapi dengan niat ikhlas bukan untuk menunjuk nunjuk.

Sebuah hadis yang direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim, Asma' r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata.

Nafkahkanlah dan jangan kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan (tidak mengeluarkan) untuk kamu. Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu dalam bungkusan sehingga menyebabkan Allah memutuskan berkat dan kesuburannya


Sebenarnya aku tau pasal ni masa blogwalking.
Tetiba jumpa blog Kak Nadia
Niat akak Nadia ni sebenarnya nak bantu anak anak yatim yang berada di Rumah Amal Kasih Bestari.
Event ni akan berlangsung pada 24.2.2013.
Jadi kak Nadia memerlukan sedikit sebanyak sumbangan daripada korang.
Tidak kira la kalau korang nak derma RM 1 pun janji duit yang korang derma tu halal dan niat korang untuk mendermaadalah ikhlas.

Untuk maklumat lanjut korang boleh lah pergi sendiri ke >BLOG KAK NADIA<
Atau pun korang boleh contact dia sama ada di email atau facebook dia

TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

ANUGERAH JUARA LAGU 27 !



Assalamualaikum uolls!
Sebelum tu undi aku dekat Social Media Awards boleh tak? thankyouu sangat sangat kalau boleh.
Tadi tengok Anugerah Juara Lagu tak?
Mesti lah tengok kannn.
Grafik dia smart gila.
Tahun ni persembahan finalis AJL27 gempak sangat sangat.
Tapi masa umumkan pemenang tak gempak pun, macam tak ada debaran.

Aizat dah kuruskannnn and dia dah ensemm.
Rambut Amy Search dengan Hazama macam spider punya kaki, haha.
Aaron Aziz dukung Adira, tau dah korang mesti jealous kannn.
Mojo punya persembahan, teringat zaman kegemilangan Mozart yang aku belajar masa Muzik.
Shila Amzah punya puisi tu untuk Sharnaz,korang kena fahamm tu, lol XD

Sebanyak 12 lagu dipertandingkan.

Idola – Azlan & the Typewriter
Pelangi Senja – Stacy
Terukir Di Bintang – Yuna/Aizat
Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
Ombak Rindu – Hafiz & Adira
Tanpamu – Amir Jahari
Lagu – Bedroom Santuary
Teman Pengganti – Black & RJ
Ku Akui – Hafiz
Simetri – Hazama & Amy Seach
Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
Patah Seribu – Shila Amzah

Tahniah kepada semua yang menang, yang tak menang jangan sedih sedih.
Tahun depan cuba lagi.
Korang yang tak tengok AJL tadi meh sini I bagitahu siapa yang menang okay.

Persembahan Terbaik  Teman Pengganti – Black & RJ
Vokal Terbaik  Ku Akui – Hafiz
Tempat KETIGA  Ku Akui – Hafiz
Tempat KEDUA  Idola – Azlan & the Typewriter
Tempat PERTAMA  Terukir Di Bintang – Yuna/Aizat




TAHNIAH KEPADA YANG MENANG !




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

THANKYOU FOR EVERYTHING !



Assalamualaikum !
Harini aku tak tahu nak cerita apa tapi hari jumaat haritu aku rasa sedih sangat.
Kecik hati gila kot masa tu.
Aku rasa nak menangis, meraung, menjerit semua lah.
Sampai sekarang aku tak boleh lupakan.
Aku rasa macam diri aku ni dah tak diperlukan lagi.

Korang bayangkan lah orang yang korang rapat tiba tiba pinggirkan korang.
Macam mana korang akan rasa, sedih kan?
Macam tu la yang aku rasa sekarang ni.
Tadi aku tweet pasal semua ni tiba tiba air mata aku nak jatuh.
Aku tahan tapi .....

Aku tak pernah menangis sebab dipinggirkan tapi kali ni aku da tak boleh tahan.
Aku rasa macam nak bla je dari hidup dyorang cepat cepat.
Aku harap sangat dapat tawaran masuk sekolah teknik.
Kalau tak dapat aku tetap nak pindah juga.
Aku rasa macam malas dah nak sekolah dekat situ lagi.

Sedih sangat sangat bila fikir kan semua benda ni.
Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku selama 3 tahun.




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

HARI KEDUA SEKOLAH !


Assalamualaikum !
Macam mana sekolah? Okay ?
Hari kedua sekolah ni rasa penat tapi not bad lah.
Duduk kelas Teknikal macam entah lah tak tahu nak cakap apa.
Maybe selama cuti sekolah ni aku rasa macam tak selesa dengan dyorg bila dah jumpa,

Belajar? Aku dah start belajar cuma subjek Sejarah dengan Addmath.
Jadual dah dapat tapi entah lah macam tak suka dengan jadual tuh.
Lagipun aku rasa sekarang ni aku hidup macam dalam dunia aku sendiri,
Lagipun aku lagi suka hidup macam tu daripada terlalu banyak cakap.
Korang mesti dah ada homework kann?
Aku tak ada lagi. Jealous takk? haha

Korang yang ada homework tu aku syorkan korang siapkan lah dekat sekolah.
Masa cikgu tak masuk kelas guna la peluang tu siapkan homework, tak payah nak bergossip sangat.
Bila dah siap homework dekat sekolah, nanti korang balik rumah boleh mengadap blog, twitter, facebook dan seangkatan dengannya selama mana pun boleh tanpa memikirkan homework korang yang berlambak tuu =D





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

FIRST DAY SEKOLAH


Assalamualaikum pelajar sekolah sekalian !
First day sekolah, alhamdulillah pagi pagi dah hujan.
Pagi pagi gua dah jadi model, pastikan masuk dalam majalah sekolah tau cikgu :p

Cikgu cakap batch kiteorang mencipta rekod orentasi satu hari je.
Tak best kott tapi aku tetap tak rasa yang aku dah form 4.
Masa orentasi  aku, soleha dengan zerit pergi pejabat ambil surat pindah sekolah untuk soleha.
Lepastu tawaf satu sekolah.sampai lah cikgu nak bagitahu kelas apa yang kiteorang masuk baru pergi balik legaran merak.
Kalau duduk dekat situ, tak ada siapa kot nak dengar cikgu cakap apa, semua sibuk bergossip.

Aku dapat kelas TEKNIKAL, okay lah not bad.
Aku kena ambil Kimia, Fizik, AddMath dengan Akaun.
Maknanya aku akan ambil 10 subjek kot.
Semua subjek yang aku suka tapi cikgu yang ajar memang aku kurang suka.
Nak je minta tukar cikgu tapi macam boleh je.
Tapi takpe la nak pandai punya pasal aku sanggup belajar dengan semua cikgu yang aku kurang suka tuh =))



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

WELCOME BACK TO SCHOOL !


Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelajar yang dikasihi.
Macam mana cuti? Seronok?
Tahniah kerana awak dapat hadir ke sekolah pada hari ini.
Beri tepukan untuk diri kamu sendiri yang hadir ke sekolah pada hari ini. 
BEGITULAH AYAT YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PENGETUA PADA ESOK PAGI !

Kakak kakak, abang abang, adik adik sekalian sudah bersedia nak sekolah ?
Mesti excited gila kan, ye la korang pergi sekolah bukan nak belajar tapi nak jumpa kawan kann ?
Nak gossip gossip, macam lah aku tak tahu.
Dulu aku macam tu tapi sekarang entah la macam tak ada mood pun ada.
Nak berubah tapi takut tak boleh. Ye lah kan dah biasa gossip dengan kawan.
Aku harap je lah yang esok aku tak akan buka apa apa gossip dan aku nak tutup mulut je.

Untung ah abang aku dah habis sekolah.
Start esok aku kena pergi sekolah sorang sorang lepas ni.
Kalau datang lambat, dah tak ada alasan nak bagi :( *sadlife*
Itu sebab aku harap sangat dapat masuk asrama.

Anyway aku kesian dekat kawan aku yang start sekolah harini, nasib baik gua tak duduk Kedah lagi, kalau tak memang cuti tak cukup lah.
Untung ahh dekat kawan aku yang sekolah dekat MRSM tu kannn.
Start sekolah 7 haribulan.
Ini tidak adil tidak adil bagiku !
Tapi takpe ada masa nak kacau kawan aku yang akan balik maktab minggu depan.
'
Pasti ada pertanyaan begini bila naik sekolah kann?
''Macam mana cuti awak? Best?''
Masa tadika dengan sekolah rendah kalau cikgu tanya macam tu memang aku semangat lah nak jawab.
Ye lah dulu masa kecik kecik asal cuti parents aku bawa berjalan pergi Cameron, Pangkor, Langkawi, Genting, P.Pinang dan banyak lagi lah tempat pelancongan.
Lagipun dulu gua duduk dekat utara sana, memang ada kesempatan kot nak berjalan.
Sekarang dah duduk Johor, memang tak ah kann, tak ada langsung tempat yang menarik bagi aku.
Bila cikgu atau kawan kawan aku tanya macam tuh aku cuma jawab "Duduk rumah besarkan badan je"

Tak apa lah kan nanti ada rezeki dapat juga gua berjalan macam dulu.
Sekarang gua tengah tunggu keputusan untuk masuk sekolah teknik, harap harap dapat.
Doakan aku tauuu !
Sayang korang :*




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

HYE 2013 !



Assalamualaikum blogger !
How are you?
Cis, dah buat sampai 7 entry baru aku nak tanya khabar korang.
Lepas update senarai pemenang then review blog dyorg pergh memang penat.
Kena hadapi line yang begitu slow.
Anyway aku nak ucap Happy New Year !

Apa azam aku untuk tahun 2013?
Entah lah aku pun tak tahu sebab azam aku selama ni semuanya hangat hangat tahi ayam je.
Menyampah pula nak fikir pasal azam baru.
Tapi aku macam tak rasa kot dah masuk 2013.
Nak bagitahu birthday aku 13.4.2013. Nanti wish kita eh :p
Apa apa pun aku cuma harap 10 benda yang aku harapkan akan terjadi untuk tahun ni.

Þ If aku dapat kelas sains atau teknikal aku nak belajar betul betul, dah tak nak main main tapi kalau dapat masuk sekolah teknik, aku nak pergi sebab aku mohon bidang yang aku suka.

Þ Aku nak simpan duit sebab nak beli phone baru, bila aku kira bajet aku akhir tahun 2013 baru boleh dapat phone tu.

Þ If aku tak dapat beli phone tu, aku nak simpan duit tu untuk pergi jumpa kawan kawan lama aku. Izzatul cakap lepas SPM nak buat reunion. Rindu dekat dyorg semua :*

Þ Aku nak jadi seorang yang pemaaf dan seorang yang tidak mudah mengikut perasaan.

Þ Aku akan cuba jadi anak yang baik dan solehah. *Kalau akak aku baca mesti dia gelakkan aku*

Þ Aku nak jadi seorang yang pendiam dan tak nak banyak bunyi masa dekat sekolah. So korang jangan tanya kenapa aku tak banyak cakap lepas ni.

Þ InsyaAllah lepas ni aku akan aktif berblogging balik. Last year PMR aku terpaksa tinggalkan segalanya tapi result aku hampeh, tak dapat juga 8A.

Þ Aku nak jadi pelajar terbaik dekat sekolah, HAHA *tipu je* Datang sekolah pun pukul 7.30 ada hati nak jadi pelajar terbaik, PUIHH !

Þ Aku harap tahun ni dapat jumpa WALAWEI CREW terutama sekali ANAS dengan NICK *berangan lebih*

Þ Lastly, aku punya azam. nak jadi seorang blogger yang terkenal *aku ni betul betul kuat berangan* tapi kan kalau tak dapat pun aku tak kisah janji aku terkenal dekat akhirat dengan pahala yang aku ada. Cehwahh ! Aku tau semua orang pun nak juga macam tu kann. So, kita terus berdoa dekat Allah agar dia ampunkan dosa dosa kita pada masa lalu dan jauhi lah laranganNya ^^



Ha, dah tau kan apa yang aku nak sangat tahun ni? Kalau salah satu dari tu tercapai itu pun dah buat aku begitu happy sangat. Aku harap apa yang aku nak tercapai. AMIN !





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

FINALLY !



Assalamualaikum blogger !
Jyeahh !!
Akhirnya, siap juga aku review blog pemenang pemenang segmen aku.
Lepas ni tinggal nak buat header pula.
So, korang yang menang header tu cepat sikit bagi saiz header korang.
Minggu ni aku free sikit sebab next week maybe dah dapat buku teks then mesti homework belambak!

Sepanjang gua nak buat entry ni memang kena sabar sebab mak gua tak bayar internet lagi.
Memang slow macam siput wohh !
So, come here tengok blog mereka yang telah di review oleh aku ^^
.
.
.
.
.











TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

REVIEW BLOG #5



Blog yang cantik dan simple.
Bila aku tengok dia punya entry bulan 12, penuh dengan bermacam macam giveaway.
Hope atiqah menang.
So, kalau korang tak tahu nak tag siapa, boleh lah tag atiqah confirm dia join. HOHOHO
Anyway atiqah dah menang segmen aku.
Rezeki blog dia di review oleh aku. muehehe ^^


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*