Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

HYE 2013 !



Assalamualaikum blogger !
How are you?
Cis, dah buat sampai 7 entry baru aku nak tanya khabar korang.
Lepas update senarai pemenang then review blog dyorg pergh memang penat.
Kena hadapi line yang begitu slow.
Anyway aku nak ucap Happy New Year !

Apa azam aku untuk tahun 2013?
Entah lah aku pun tak tahu sebab azam aku selama ni semuanya hangat hangat tahi ayam je.
Menyampah pula nak fikir pasal azam baru.
Tapi aku macam tak rasa kot dah masuk 2013.
Nak bagitahu birthday aku 13.4.2013. Nanti wish kita eh :p
Apa apa pun aku cuma harap 10 benda yang aku harapkan akan terjadi untuk tahun ni.

Þ If aku dapat kelas sains atau teknikal aku nak belajar betul betul, dah tak nak main main tapi kalau dapat masuk sekolah teknik, aku nak pergi sebab aku mohon bidang yang aku suka.

Þ Aku nak simpan duit sebab nak beli phone baru, bila aku kira bajet aku akhir tahun 2013 baru boleh dapat phone tu.

Þ If aku tak dapat beli phone tu, aku nak simpan duit tu untuk pergi jumpa kawan kawan lama aku. Izzatul cakap lepas SPM nak buat reunion. Rindu dekat dyorg semua :*

Þ Aku nak jadi seorang yang pemaaf dan seorang yang tidak mudah mengikut perasaan.

Þ Aku akan cuba jadi anak yang baik dan solehah. *Kalau akak aku baca mesti dia gelakkan aku*

Þ Aku nak jadi seorang yang pendiam dan tak nak banyak bunyi masa dekat sekolah. So korang jangan tanya kenapa aku tak banyak cakap lepas ni.

Þ InsyaAllah lepas ni aku akan aktif berblogging balik. Last year PMR aku terpaksa tinggalkan segalanya tapi result aku hampeh, tak dapat juga 8A.

Þ Aku nak jadi pelajar terbaik dekat sekolah, HAHA *tipu je* Datang sekolah pun pukul 7.30 ada hati nak jadi pelajar terbaik, PUIHH !

Þ Aku harap tahun ni dapat jumpa WALAWEI CREW terutama sekali ANAS dengan NICK *berangan lebih*

Þ Lastly, aku punya azam. nak jadi seorang blogger yang terkenal *aku ni betul betul kuat berangan* tapi kan kalau tak dapat pun aku tak kisah janji aku terkenal dekat akhirat dengan pahala yang aku ada. Cehwahh ! Aku tau semua orang pun nak juga macam tu kann. So, kita terus berdoa dekat Allah agar dia ampunkan dosa dosa kita pada masa lalu dan jauhi lah laranganNya ^^



Ha, dah tau kan apa yang aku nak sangat tahun ni? Kalau salah satu dari tu tercapai itu pun dah buat aku begitu happy sangat. Aku harap apa yang aku nak tercapai. AMIN !





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: