Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

WELCOME BACK TO SCHOOL !


Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pelajar yang dikasihi.
Macam mana cuti? Seronok?
Tahniah kerana awak dapat hadir ke sekolah pada hari ini.
Beri tepukan untuk diri kamu sendiri yang hadir ke sekolah pada hari ini. 
BEGITULAH AYAT YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH PENGETUA PADA ESOK PAGI !

Kakak kakak, abang abang, adik adik sekalian sudah bersedia nak sekolah ?
Mesti excited gila kan, ye la korang pergi sekolah bukan nak belajar tapi nak jumpa kawan kann ?
Nak gossip gossip, macam lah aku tak tahu.
Dulu aku macam tu tapi sekarang entah la macam tak ada mood pun ada.
Nak berubah tapi takut tak boleh. Ye lah kan dah biasa gossip dengan kawan.
Aku harap je lah yang esok aku tak akan buka apa apa gossip dan aku nak tutup mulut je.

Untung ah abang aku dah habis sekolah.
Start esok aku kena pergi sekolah sorang sorang lepas ni.
Kalau datang lambat, dah tak ada alasan nak bagi :( *sadlife*
Itu sebab aku harap sangat dapat masuk asrama.

Anyway aku kesian dekat kawan aku yang start sekolah harini, nasib baik gua tak duduk Kedah lagi, kalau tak memang cuti tak cukup lah.
Untung ahh dekat kawan aku yang sekolah dekat MRSM tu kannn.
Start sekolah 7 haribulan.
Ini tidak adil tidak adil bagiku !
Tapi takpe ada masa nak kacau kawan aku yang akan balik maktab minggu depan.
'
Pasti ada pertanyaan begini bila naik sekolah kann?
''Macam mana cuti awak? Best?''
Masa tadika dengan sekolah rendah kalau cikgu tanya macam tu memang aku semangat lah nak jawab.
Ye lah dulu masa kecik kecik asal cuti parents aku bawa berjalan pergi Cameron, Pangkor, Langkawi, Genting, P.Pinang dan banyak lagi lah tempat pelancongan.
Lagipun dulu gua duduk dekat utara sana, memang ada kesempatan kot nak berjalan.
Sekarang dah duduk Johor, memang tak ah kann, tak ada langsung tempat yang menarik bagi aku.
Bila cikgu atau kawan kawan aku tanya macam tuh aku cuma jawab "Duduk rumah besarkan badan je"

Tak apa lah kan nanti ada rezeki dapat juga gua berjalan macam dulu.
Sekarang gua tengah tunggu keputusan untuk masuk sekolah teknik, harap harap dapat.
Doakan aku tauuu !
Sayang korang :*




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

3 comments to zeeQa:

Syazwani MS said...

Tak sabar kan nak naik sekolah? :)

MeiNa said...

selamat bersekolah ! ;)

red jambu said...

blajar leklok oke.. D: