Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

NEW SUBJECT !


Assalamualaikum !
Awal tahun merupakan hari hari TENSION aku tau tak.
Belum masuk pertengahan tahun, aku dah tension macam ni.
Sebagai budak kelas Sains Teknikal aku ambil Fizik, Kimia, Add Math dengan Akaun.
Kalau diikutkan aku nak ambil Lukisan Kejuruteraan sebab nak jadi engineer tapi ramai sangat budak kelas aku yang ambil terus tak jadi ambil.

Lagipun kelas aku yang ambil akaun semuanya perempuan, majoriti pelajar cina.
Melayu ada dua orang je. Tu pun aku dengan Elma. Pelajar india sorang.
Kesian kann.
Tapi aku fikir balik aku nak tambah subjek.
Aku nak ambil Tasawwur Islam dengan Perdagangan.
Sebab aku lebih minat ke arah tu, lagi lagi perdagangan.
Mula mula aku nak belajar secara personal dengan cikgu atau pun budak budak yang ambil subjek tu, kalau aku boleh bawa aku nak inform dekat cikgu yang aku nak tambah subjek masa form 5 nanti.


Cakap pasal tension ni sebenarnya aku faham semua yang aku belajar setakat ni tapi aku tak boleh nak ikut sangat cara cikgu tu mengajar sebab tu aku rasa tension.
Tapi aku akan cuba sedaya upaya nak sesuaikan diri dengan cara cikgu mengajar.
Ye la kan lain cikgu lain caranya.
Yang pasti aku tak nak main main lagi, kalau aku tak faham, aku nak terus cari cikgu yang boleh bantu aku untuk mengajar apa yang aku tak faham.

Aku nak tebus balik kesalahan aku masa PMR.
InsyaAllah aku boleh dapat 10A masa SPM 2014 nanti.
AMIN !





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

Pak Det said...

All the best....Study smart....

My recent post : Jom Sertai : Projek Bloglist 2013 MQ-Network