Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

FREEDOM


Tak tau nak mukadimah macam mana sebab da lama tak update blog.
Last update pun masa nak puasa haritu.
Nampak tak betapa sibuknya aku untuk SPM ?? LOL
YAYYYYYY ! 24/11/2014 berakhirnya kertas kimia dan berakhirnya SPM dan aku BEBAS.
Classmates aku ada lagi satu paper, apa apa pun bye bye korang, aku nak enjoy dulu sebab 7/12 nak kena pergi PLKN.

Nak cerita dari first exam sampai la subjek yg ke sembilan.
First subject macam biasa la BM dulu.
BM macam grrrr semua spot yg aku dapat haprak tak keluar langsung.
Nasib baik aku ada buat satu latihan ni, soalan dia sama dengan BM kertas 2.
BM kertas 2 tak ada masalah cuma masalah kertas 1, hahaha
Kertas 1 tak cukup masa, da la satu perenggan satu muka surat lenguh tangan dan kepala duk fikir ayat untuk bahagian B.
Apa apa pun BM je kot yang aku rasa boleh la capai target yang aku nak.

Hari kedua exam BI.
Aku dapat satu spot dari andrewchoo, ada laman web korg pi aa cari.
Spot yg aku dapat tu lebih kurang je dengan apa yang keluar.
Cuma biasa la aku ni tak suka menghafal so tak ada masa nak menghafal karangan.
Dari dulu sampai sekarang aku rasa macam bodoh gila kalau hafal karangan.
Bukan apa cuma macam nanti terlalu terikat dgn karangan yg dihafal tu.
Kalau bodoh macam aku ni, tak pandai nak adjust memang aaa sia sia je hafal, lol.
Yang aku buat cuma baca karangan tu kalau ada keluar senang aaa nak jadi kan point ke apa.

Hari ketiga paper math.
Ha yang ni ramai yang sakit hati.
Well kita ni generasi KBAT so memang kalau boleh semua soalan nak di-KBAT-kan.
Aku buka twitter macam macam jenis tweet pasal math paper 2.
Durian, Nangka, Roket padahal jalan kira sama je cuma soalan tu dia buat panjang panjang tu pasal semua orang jadi blur nak jawab soalan tu.

Hari keempat paper agama.
Agama kertas 1 hahahha, aku keluar awal sebab semalamnya aku pi tengok wayang cerita ouija.
Da tengok wayang memang buku tak pegang la kan.
So tak tau da nak jawab apa, aku terus keluar pi library.
Masa tu aku baru cover balik untuk agama kertas 2.
And kertas 2 alhamdulillah dapat jawab dengan tenang, aman dan damai.
Tajuk spot agama yang aku dapat memang semua keluar tapi serupa kena baca semuanya so better takyah la nak spot bagai.

Hari kelima exam sejarah kertas 1 & 2.
Sejarah kertas 1 okay la.
Masuk je sejarah kertas 2, semua calon SPM 2014 menangis.
Semua yang di spot cuma beberapa je yang masuk.
Buka twitter ramai gila kecewa sebab tamadun hwang ho tak masuk, lol.
Lepastu ada aaa yang tweet gabungan soalan sejarah dengan math
SO bersabar la wahai calon SPM 2014.
Nak buat acaner kita kena terima hakikat yang kita ni memang generasi KBAT.

Hari keenam exam sejarah kertas 3.
Okay paper paling senang, jawapan semua telah diberi oleh cikgu cikgu.
So menyalin je la dan berharap dapat 20% untuk sejarah kertas 3.

Hari ketujuh paper akaun.
Ini yang nak menangis gila ni.
Akaun kertas 1 senang sebab tu aku dapat 30 ke atas.
Akaun kertas 2 memang cari pasal ke acaner ni.
Majoriti jawapan semua tak imbang.
Ramai gila tak jangka soalan macam gitu nak keluar.
Da biasa buat latihan soalan bentuk lain tiba SPM soalan dia bentuk lain.
Memang ternganga je aaa.
Dan aku berjanji lepas ni aku memang da tak nak da libatkan diri dalam akaun ni.
Taknak ambil akaun da, menyusahkan hidup.

Hari kelapan paper addmath.
Addmath paper 1 senang, semangat nak jawab sampai tak cukup masa.
Sampai je paper 2, aku boleh lupa nak buat bahagian C tu macam mana then soalan index number tu aku tak sempat buat sebab da habis masa.
Nak tak nak redha je la, harapkan dapat credit je la addmath ni.

Hari kesembilan paper fizik.
Fizik paper 1 okay la sebab masih boleh usha jawapan org sebelah,
Aku tau bukan aku sorang je buat, ramai yang buat.
Nak nak bila orang sebelah tu budak pandai kann.
Paper 2 duduk diam diam termenung dulu, selak selak kertas, tidur.
Hampir satu jam gak.
Tersedar je dari tidur terus boleh buat.
Paper 3, yang bahagian eksperimen menyesal gila tak buat soalan sbp sebab soalan dia lebih kurang.
Pastu dalam buku latihan aku pun soalan dia sama juga. Haihh menyesal.

Hari kesepuluh dan merupakan hari terakhir paper kimia.
Paper 1, macam fizik juga la taktau jawapan usha je la orang sebelah punya jawapan.
Paper 2, aku keluar awal satu jam dan aku jawab mana yang aku tauu.
Malas aku nak duduk lama lama dalam tu kalau da tak tau sangat baik aku keluar awal, aku pi hafal eksperimen untk paper 3.
Masa paper 3, okay la boleh buat lepastu yang paling best aku keluar keluar tgk bilik 2 semua da keluar, masuk je bilik 3, aku fatiha dgn sue yin org terakhor keluar.
Fizik masih okay lagi sebab masa fizik paper 3, setiap bilik masih ada lagi penghuni.
Tapi kimia tinggal bilik 1 je la yang keluar lepat tepat 3.30.
Lepasni aku memang da taknak da ambil apa apa bidang yang berkaitan dengan fizik, kimia && akaun.
Addmath je yang tetap di hati.



Lastly aku nak ingatkan dekat batch yang akan datang.
Korang da tak payah beli buku past year, semuanya da tak ada guna da.
Sebab banyak da berubah.

YANG PALING PENTING JANGAN PERCAYA SOALAN SPOT.
BELAJAR SEMUA TAJUK, KUASAI SEMUA.
BARU BOLEH JAWAB.

Dan calon SPM 2014 takyah fikir pasal benda da lepas.
LET IT GO *nyanyi lagu frozen* (( lagu dekat blog aku pun lagu frozen ))
Sekarang yang dapat PLKN first intake tu da boleh fokus untuk PLKN pula okay.







TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*