Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55




Assalamualaikum
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ! Pejam celik pejam celik negara kita dah menyambut merdeka yangg ke 55 . Siapa yg birthday dia harini mesti bangga kan ? Maklumla anak merdeka . Apa apa pun aku tak ada feeling nak melaungkan MERDEKA kuat kuat . Lepas PMR baru ada feeling nak laungkan MERDEKA kuat kuat .





Apakah yang dimaksudkan dengan  Hari Kemerdekaan ?


Kemerdekaan bermaksud kebebasan untuk memisahkan diri kita dari ideologi peribadi dan intelek mencabar diri kita untuk melihat secara keseluruhan sesuatu isu dan mencari penyelesaian sebenar untuk kebaikan semua.


Kita sebagai rakyat Malaysia semestinya menghargai jasa jasa pejuang negara yang telah berusaha keras membebaskan MALAYSIA . 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


 



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Hey orang di Luar Sana ?
Tadi zeeqa blogwalking , tetiba pula ternampak Entry nie :D !
So zeeqa ambil keputusan untuk join .





Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Hadiah #1 dan #2 adalah tertakluk kepada availability warna
hehe :)
Rasa macam tak sabar lak nak tengok siapa yang menang and dapat Gift nie ^^
huhuhuhu
Zeeqa ke ?
Atau korang ?
Sama  sama kita nantikan oke ? :)




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

SELAMAT HARI RAYA




Assalamualaikum ^^

Da lama tak jenguk blog ni . Korang sihat ? Korang puasa penuh ke tak ni ? Yang penuh tu meyh sini datang rumah aku , aku kasi duit raya . Yang tak penuh pun jemput juga la datang . Dont worry duit raya tetap ada . Memandangkan baju raya aku tahun ni warna hijau ,tulisan untuk entry ni colour hijau :D

Apa apa pun aku macam tak caya ahad ni da nak raya . Aku rasa baru je semalam puasa . Dekat facebook da ramai yang duk tayang baju raya dyorang . Tak suprise la baju raya korang tu kalau da tayang dulu kt semua org . First time aku dapat baju raya warna hijau , bangga tauu , bhahaha .

Actually , aku baru habis trial rabu haritu and seriously aku memang tak ada mood nak raya . Penat tau tak aku habiskan masa aku dengan buku and stay kat sekolah sorang sorang sampai petang . Semalam aku baru betul betul balas dendam , lepas solat subuh aku terus tidur sampai zohor . Mak aku bebel dekat aku tapi aku buat tak tahu je . Nanti raya zeeqa minta maaf tau :D Harini pula , satu rumah tak bangun sahur sebab penat . Family aku tiap tiap tahun mesti ada je hari yang tak sahur . Tapi harini aku tak penat la sebab da biasa tak makan , nak nak aku dapat ngadap laptop dari pagi sampai malam .

Memandangkan esok last puasa aku nak cakap awal awal la dulu sebab ajal maut semua kat tangan Allah kan . So , aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah dekat korang semua , status aku dekat facebook ada buat korang terasa and kalau aku tak layan korang dekat twitter dengan facebook sory tau , bukan tak nak layan tapi busy sedikit . Hari ni pun last terawih , jom kita ramai ramai penuhkan masjid dan surau macam malam ramadhan haritu oke .

Raya ni aku ada azam . korang ada ? Mesti ada kan ? Azam korang mesti nak duit raya banyak kann .
Nak tau azam aku untuk raya ni ? Baca ni .

➜ nak duit raya banyak banyak , umur aku baru 15tahun patut dapat duit raya , hohoho .
➜ nak puasa enam sebab puasa ni je berat aku da turun banyak kilo , kalau raya ni tak puasa mesti berat aku naik banyak kilo .
➜ nak ziarah kubur atuk aku yang baru meninggal tahun ni , tahun ni tak dapat beraya dengan dia . sedih :(
➜ aku nak tangkap gambar banyak banyak dengan kakak dan abang aku , kiteorang pantang nampak camera , haha 

Hargailah gambar aku yang tu tau , penat aku edit khas untuk korang . 


Mancing dekat sungai dapat ikan patin ,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin !



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*