Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

ALHAMDULILLAH



*JOHAN daerah kulai. Yang tudung putih dengan tudung coklat ala kuning kuning tu cikgu yang sanggup berkorban untuk kiteorang, ada lagi sorang cikgu tapi dia tak ada*


Assalamualaikum !
Harini aku ada semangat nak cerita pasal perbahasan yang aku masuk haritu.
Serius tak sangka kot, this year aku baru masuk perbahasan and this year juga sekolah aku pecah rekod jadi JOHAN !
Aku punya tugas untuk perbahasan ni jadi Perdana Menteri.
Sepanjang perlawanan, pusingan awal sampai pusingan ketiga kiteorang dapat jadi KERAJAAN.
Pusingan akhir kiteorang dapat jadi PEMBANGKANG.

Masa final tu, kiteorang kelam kabut sebab tak sangka langsung dapat masuk pusingan akhir.
Kiteorang mati mati ingat kalah masa lawan dengan Sekolah Bandar Putra.
Dah menang lawan Bandar Putra, kiteorang apa lagi, keluar dari situ terus pergi kantin siapkan teks untuk pusingan akhir. Da la tak buat apa apa pun persediaan.
Kiteorang mula mula buat teks untuk kerajaan then cikgu datang dia cakap kiteorang dapat pembangkang.
Aku apa lagi campak lah yang Kerajaan punya terus buat Pembangkang punya.
Nasib baik ada kuarantin selama 1 jam tak silap aku so sempat lah juga buat teks untuk pembangkang.

Masa nak lawan untuk final tu, aku rasa takut pun ada sebab teks aku buat pun ayat yang merapu je.
And finally masa da habis semuanya. Tunggu untuk majlis penutup.
Masa tu, semua buat muka tak kisah, tak heran langsung dah.
Last last cikgu sekolah Sultan Ibrahim tu cakap sekolah kiteorang menang, ALHAMDULILLAH je yang terkeluar dari mulut aku,
Aku nak menangis pun ada, nak menjerit pun ada. Macam tak percaya je.
Selama ni aku masuk mana mana pertandingan memang susah nak dapat JOHAN.

Maybe kali ni rezeki kiteorang kan, so lepasni kiteorang akan go to peringkat negeri and lawan dekat Segamat.
Kiteorang lawan 18.3.2013
So, apa lagi terpaksa lah bekerja keras kalau nak masuk kebangsaan kan.
So wish me goodluck for peringkat Negeri nanti tauuu ! :)


*yang pakai baju sekolah tu, ex classmate aku dulu. Kiteorang lawan dekat sekolah dia*


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

WISH ME GOODLUCK !


Hey hey ! Assalamualaikum and Goot Night Sweethearts !
Okay semalam aku dah cerita pasal aku penat sangat sangat minggu ni kan.
Dan esok lah hari yang dinanti nantikan.
Aku macam tak percaya aku boleh masuk Perbahasan Ala Parlimen.
Esok dah lawan, tadi baru cikgu pilih siapa yang jadi Perdana menteri, Menteri Kedua dengan Menteri Ketiga.

Aku dapat jadi Perdana Menteri.
Aku rasa macam takut sebab ni first time aku join kan.
So, aku tetap akan beranikan diri aku sebab masa sekolah rendah dah biasa sangat cakap depan orang.
Menteri kedua Venando, Menteri ketiga pulak Rubahtharshini. Hidayah dengan Aiman jadi celahan kiranya dyorang dapat gelaran Menteri Keempat dan Menteri Kelima kot.
Kelima lima ni semuanya pengawas so tak ada masalah nak pakai pakaian yang sama untuk esok.

Tajuk untuk pusingan awal Keluarga Penyemai Budaya Membaca and sekolah aku dapat jadi kerajaan.
Nasib baik tak dapat pembangkang. Senang sikit nak menang.
Aku harap sangat dapat masuk pusingan suku akhir then masuk separuh akhir and then final.
Siapa yang tak nak masuk final kan, semua orang nak.
Aku harap sangat sekolah aku dapat masuk final. Aminn !


Wish me Goodluck okay ! :)






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

NURHANIS






Assalamualaikum rakyat jelataku.
Dengan bangganya aku nak cerita pasal Beta Yumeh.
Ha tengok gambar atas tuh, chubby kan dia?
Okay aku kawan dengan dia masa form 1, masa tu pun ada cerita panas pasal kakak Durka kesayangan dia tu, memang best ah time tu sampai semua orang jadi takut.
Mula dari situ aku jadi rapat dengan dia.

 Nama dia NurHanis binti Mohd Azuan
Dia lahir 10.10.1997. Dia dengan Shahida lahir tarikh yang cun tapi tahun 1997 memang tak cun.
Da la tahun 1997 tu tahun lembu. Tak sukaaa !
Hanis ni adik yang paling muda sekali dalam TRIPLE H sebab tu dia super gedik :p

Kalau korang tengok mata Hanis secara dekat, cantik sangat.
Tapi mata abang dia lagi cantik.
Hanis ni dulu suka sangat sangat menjerit, wohoo kalau dia menjerit boleh pekak telinga korang.
Lagi lagi bila jumpa crush dia.
Serius tak tipu, haha. Tapi sekarang dia dah tak macam dulu, maybe dah berkwan dengan Naqib kot.
Tu yang dia dah jadi matang. Cewahhh !
Hanis suka kawan dengan lelaki daripada perempuan, sama dengan aku.
Hanis pun TAKUT KUCING. meowwww >< *ini pun sama dengan aku*
Banyak juga lah persamaan kiteorang.

Hanis ni orang yang happy, kalau dia start bercerita memang gempak ah.
Semua orang boleh gelak.
Dalam gelak tawa dia tu, ada juga kesedihan yang dia alami.
Aku lah yang dengar segala rintihan dia.
This year senang sikit nak dengar semua cerita dia sebab satu kelas.
Masa form 1 sampai form 3 aku kelas PK 1 dia kelas PK 2 tu yang susah sikit nak dengar cerita dia.

Hanis ni ada semangat Satu Malaysia, jarang jumpa orang macam ni.
Dia ni dengan semua orang dia kawan je, dia lebih kurang macam Shahida, peramah sangat sangat.
Lagi lagi dengan rakyat Malaysia yang berbangsa India.
Memang boleh kamceng gila ah. Tak boleh renggang, haha.
Tapi sayang dia tak pandai cakap bahasa tamil. Nanti I suruh kakak Durka ajarkan tau !

Korang tau apa itu SPLIT ? Okay Hanis ni memang pandai buat split.
Untung lah badan lembut kann.
Aku dulu pun teringin nak belajar tapi tak tercapai hajat aku nak belajar.
Aku hanya mampu tergangga bila melihat hanis buat split.
Adik dia pun boleh juga buat macam dia.
Kalau dekat sekolah aku tu ada gymnastic, confirm ah hanis yang masuk.
Yang aku tahu hanis belajar split ni dengan sendirinya tak ada masuk kelas.
Dulu dia rajin buka youtube tengok semua tu.
Aku harap kau akan turunkan segala ilmu split yang kau ada untuk anak anak kau, LOL XD

Hanis ni pula pemantun sekolah yang terbaik.
Itu sebab dia nak beli buku PUISI TEPI JALAN by Fynn Jamal *tak silap aku la*
Ayat yang Hanis gunakan banyak yang gramatis gitu.
Kalau tengok dia punya buku karangan, bapak ah kalau boleh dia nak habiskan satu buku dengan ayat ayat dia yang tersangat menarik minat orang untuk membaca..
Last year dia ada wakil sekolah untuk menulis esei, dia menang dapat nombor satu.
Bayangkanlah sekolah pandai yang ada dalam kulai ni pun boleh kalah dengan dia.

Hanis ada crush, nama dia entah. Tapi dia suka budak tu dari sekolah rendah tapi sekarang dah tak suka kot.
Last dia jumpa crush dia masa form 3, masa tu dekat sekolah crush dia.
Masa form 2 crush dia afdzhan, masa form 3 pula crush dia ketot and now crush dia naqib kot.
Aku sendiri tak tahu apa perasaan sebenar dia dekat naqib.
Dari pemerhatian aku, dyorang ni macam couple.
Hanis pun tak nak cerita pasal perasaan dia dekat Naqib.
Yang dia bagitahu dia dengan si tambi tu kawan rapat je.
So aku ni memandai je agak dyorang ni couple, haha,
Ye lah aku baca Whatsapp dia pun macam couple je sweet sweet gitu ada MUAH MUAH lagi.
Aku jealous tau tak baca whatsapp dyorang.
Tapi ntah lah kalau Hanis dengan Naqib ada jodoh lepas SPM kahwin lah tu, haha.

I think sampai sini je lah kot. Sebelum tu aku nak promote facebook, blog dengan twitter dia






















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

NURUL HIDAYAH




Assalamualaikum sweethearts !
Tadi dah cerita pasal SHAHIDA sekarang nak cerita pasal Hidayah pula.
For the first time, aku nak cerita pasal budak kelas sains, budak pandai tu wehhh !
Sometimes aku benci dia sebab dia suka ejek kita Abang KB,.
Nasib baik aku bukan satu kelas dengan dia. Dia nak jadi ahli forensik tu sebab masuk kelas Sains, aku nak jadi engineer tu masuk kelas teknikal tapi yang bengonggnya, aku tak ambil LK, aku pergi ambil akaun.
Sengalkan aku, haha.
Anyway, aku sebenarnya nak jadi engineer dengan akauntan.
Setakat LK yang senang gila tak payah belajar pun tak apa tu yang aku ambil akaun 8acah acah pandai*

Okay sambung balik cerita pasal Hidayah.
Nama dia Nurul Hidayah binti Abdullah.
Kiteorang panggil dia Daia dengan Yaya.
Dia lahir 29.8.1997.
So pangkat dia adik yang gedik :p
Crush dia abang form 5, boleh tahan ensem ahhh  *puji dengan ikhlas*
Bila dia jumpa crush dia terdiam seribu bahasa.

Aku dengan daia start rapat masa form 3 sebab time tu perempuan melayu dekat kelas 3 PK 1 ada 4 orang je.
So Siti dengan Hakimah tak boleh pisahkan, aku dengan daia pula tak ada kawan yang rapat dalam kelas tu  sebab time tu hanis kelas PK 2 so aku kawan dengan daia dan tak sangka boleh rapat macam adik beradik dan wujudlah TRIPLE H.

Daia ni kekadang baik kekadang jahat.
Tu sebab aku dah pernah tampar dia, pernah kutuk dia, pernah peluk dia, pernah tolak dia, cium dia setakat ni tak pernah, haha.
Daia ni okay la sometimes dia faham perasaan aku and memang buat aku terharu dengan dia masa pergi Gunung Panti.
Dia ternampak luka yang ada dekat kaki aku then dia tanya " Kenapa tu? Kenapa aku tak tau pun?" *lebih kurang lah ayat dia* tapi aku tak boleh lupa apa yang terjadi dekat atas gunung tu, muehehe ><



Okay aku nak promote facebook dengan twitter daia


Aku nak promote mak dia punya bisnes sekali, muehehe.
Kalau korang suka makan kek boleh lah tempah dekat mak dia.
Ni facebook mak dia.










TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

WORDLESS WEDNESDAY #4






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

SEGMEN: "Saya Blogger Peramah!"

*tekan banner kalau nak join*

Assalamualaikum sayang !
Okay 2 hari tak update blog sebab  balik kampung, aku bawa laptop pun tak guna kot sebab line slow sangat then tak ada masa nak online.
Anyway sebelum tu aku nak ucapkan Happy Birthday dekat crush aku, muehehe ><
Aku nak wish dekat dia tapi malu, haha.
Okay fine sejak bila aku tahu malu ni. muehehe >.<

Memandangkan Segmen ni Cik Lyeen menawarkan seutas jam, aku nak sangat join sebab adik aku dah rosakkan jam aku.
Yang tinggal sekarang ICE WATCH yang warna merah je.
Jam tu paling mahal yang pernah aku beli guna duit aku sendiri, muehehe.
Tapi aku ada jam yang RM 100 lebih tapi sayang nak pakai sebab ibu aku yang kasi jam tu.
Lagipun jam tu kecik, aku tak suka pakai jam kecik, aku suka pakai jam besar sebab aku ni rabun.
Tu kawan aku cakap dekat aku baik pakai kam dinding je, habis cerita

Okay lah aku nak TAG BLOGGER YANG COMEL untuk segmen ni


Nota Pink: Segmen ini ditaja oleh Clothez.project. Peserta bertuah akan memiliki seutas "Jelly Watch" yang  sangat comel  ini. Jum. Hanya klik sana dan klik sini sahaja. 





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

FALL IN LOVE WITH HMMM ♡

*muka semangat nak pergi koko. semangat pengakap lah sangat*

Assalamualaikum ! Tadi kena tweetlimit so aku beralih la ke blog. Buka facebook tapi tak ada sorang pun nak tegur aku, okay sedih sangat sangat. Tengok muka kat atas tu, serius aku tak percaya lagi dua bulan nak 16 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tapi serius aku rasa macam aku ni baru form 1, haha. Sebab dalam kelas aku dengan budak laki asyik berperang je, lagi-ll dengan hizami and putra, haha. Perangai kiteorang tak matang lagi, macam budak budak. Lagipun dyorg tu adik adik aku, aku lahir dulu so senang aku nak buli dyorang. You can do it zeeqa ! haha.

Aku sebenarnya dah lari dari tajuk, sebenarnya aku nak bitau yang aku dah JATUH CINTA dengan semua subjek form 4. Aku tak tahu kenapa. Masa first day belajar semua subjek baru, serius aku benci sangat sangat sebab semuanya susah. Maybe aku dah ada kesedaran kot sejak ayat " You Can Do IT " keluar dari mulut dyorang semua, 

Aku ambil 9 subjek. Subjek yang khas untuk kelas aku Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dengan Prinsip Perakaunan. Aku masuk kelas Teknikal so sepatutnya kiteorang boleh pilih sama ada nak ambil Akaun atau Lukisan Kejuruteraan. Aku punya cita cita nak jadi arkitek atau engineer tapi aku boleh ambil Akaun. Bodoh kan aku. Aku nak tukar tapi malas nak jumpa cikgu buat pertukaran. Lagipun abang aku ada , dia boleh ajarkan aku akaun.


Sejak sejak ni aku suka sangat belajar Chemistry, first time masuk kelas Puan Chew aku tak suka tau sebab kalau tak dapat jawab soalan dia mesti kena berdiri sampai la habis masa. Bayangkan 2 masa tu bersamaan dengan satu jam. Gila lah kan kalau kata tak penat. Aku cuma pernah kena sekali je sebab time tu aku tau jawapan tapi aku malas nak jawab sebab aku dah ngantuk gila time tu. Kalau aku berdiri, aku boleh fokus nak belajar. Korang bayangkan kerusi makmal yang berbentuk bulat tu dan tak boleh sandar memang menyakitkan pinggang aku better aku berdiri daripada duduk tau tak.


Physics pula so far aku okay. 70% la aku faham. Lagi 30% aku tak faham sebab aku TERTIDUR dalam kelas, muehehe >< Aku punya perangai dari form 3 da kembali, cikgu pun tak kisah sangat sebab cikgu fizik memang ngam ah dengan aku dari form 2 lagi. Lagipun last year dia banyak tolong aku untuk matematik tu sebab PMR aku boleh dapat A. Terer kan aku sampai 4 orang cikgu yang ajar aku Math tahun lepas.


Ha nampak buku add maths tu? Aku dapat buku crush kawan aku, haha. Untuk Add Maths ni masa mula mula belajar serius tak faham sebab cikgu yang ajar kelas kiteorang tu, baru first time mengajar add maths so dia nak cepat je mengajar. Budak lelaki yang rapat dengan aku tu pun cakap dyorang tak faham apa cikgu ajar. Nasib baik akak aku ada, dia boleh tolong ajarkan. Tapi minggu ni dah masuk bab 2, senang gila kot bab 2. Tak tahu kenapa otak aku cepat tangkap untuk bab 2. Aku harap je la bab seterusnya pun senang juga. Tapi tadi masa KB cikgu tak ajar so aku  pun ambil buku rujukan add maths dekat library tu cover balik untuk bab 1, dalam masa satu jam aku boleh faham 75% je sebab masa aku nak cover untuk inverse function tu ada kelas lain masuk library so bising aku tak dapat nak fokus. Anyway aku dah jatuh cinta dengan add maths, awww ♡


Subjek ni so far okay lah sebab cikgu yang ajar baik sangat sebab selagi kiteorang tak faham selagi tu dia akan ulang sampai la kiteorang faham. Tu sebab kiteorang tak masuk bab 2 lagi. Akaun ni kena menghafal juga. Ingat lagi masa pergi Gunung Panti, tak silap aku la abang KB yang aku cerita dekat PART 4 tu dia cakap kalau suka menghafal boleh la ambil akaun. Lagipun cikgu akaun aku ni baik gila kot. Aku kan rumah merah, dia pun sama rumah merah. Masa sukantara semalam kiteorang kena lari 100m so cikgu akaun aku bagi air kotak dekat budak kelas 4 Teknikal yang rumah merah sahaja. Sukanya aku ada cikgu macam ni tu sebab aku suka dia jadi guru tingkatan 4 Teknikal.


Last but not least, jangan ingat semua subjek susah. Kalau kita asyik cakap SUSAH, selama lamanya akan menjadi susah. THINK POSITIVE SAYANG ! YOU CAN DO IT !














TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

REVIEW BLOG SHERLYANNA


Assalamualaikum and Good Morning.
Harini aku nak review blog seorang peserta untuk Segmen Bloglist February 2013.
Serius aku sekarang ni tengah malas sangat tapi tetap gagahkan diri untuk review blog Sherlyanna ni.

Blog dia just simple dan bertemakan warna hijau.
Sejuk mata memandang, ni untuk aku la sebab aku rabun jauh.
Warna hijau ni boleh tolong exercise kan mata aku yang rabun ni.

Header blog ni dah cun tapi tak berapa nampak sangat sebab background belakang tu kena terangkan.
Baru la menonjol kucing comel hujung tu.
Aku bukan pencinta kucing okay.
Aku takut kucing.

Bila aku tengok entry dia yang lepas lepas, dia banyak join Giveaway, Segmen dan seangkatan dengannya.
So kalau korang nak join GA tu semua dan syaratnya kena tag orang, korang tag je si Sherlyanna.
Confirm dia join.
I think Sherly ni newbiee lagi dalam berblogging so Zeeqa syorkan Sherly rujuk Tutorial yang ada dekat blog blog ni jika Sherly nak menambah cantikkan blog Sherly :)








TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

Topup Giveaway by #Capital_M

*tekan banner kalau nak join*

Assalamualaikum !
Buak twitter then ramai yang dah kena tweetlimit so tak ada siapa yang menguasai TL aku,
Aku pun berlari lah ke blog.
Then nampak Topup Giveaway ni, apa lagi aku join lah.
Memandangkan sekarang ni aku da malas nak topup kan, aku join je lah.
Lagipun dah sebulan kot aku tak topup.
Aku nak SAVE money nak jumpa one direction, muehehe ><

Zeeqa nak TAG 2 Orang Blogger Cunn






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

"Topup Free by Yanie Andierah"


*tekan banner kalau nak join*

Hye korang !
Zeeqa nak join Segmen topup free by Yanie Andierah.
Syaratnya semua dah ikut.

SENARAIKAN 5 URL BLOG YANG SESUAI, MENARIK DAN CANTIK UNTUK BLOG YANIE ANDIERAH


yanieandierah.blogspot.com
yanieawesome.blogspot.com
yaniesuper.blogspot.com
yaniesipelat.blogspot.com
pelatgirl.blogspot.com

Okay fine, URL blog yang aku suggestkan tu macam merepek je, haha.
Tapi takpe la kalau yanie tak terima.
Tak kisah punn.

BLOGGER COMEL YANG DI TAG






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

Segmen Top Up CNY2013 by Emas Putih

*tekan banner untuk join*

* Segmen Top Up CNY 2013 by  Emas Putih dan sponser by Khairul Zamri , Mun Violettaxious , Amirah Raduan dan Aiman Aziz *

Hye cantik, hye ensem.
Assalamualaikum and good morning uolls !
Pagi pagi aku terus berkejaran mendapatkan leptop sebab nanti aku nak balik kampung so sebelum balik kampung aku online lah dulu.

Pagi ni dengan bangganya aku nak join segmen Top Up CNY ni.
Chinese New Year ni tak dapat angpao pun tak pe janji top up ni dapat, tu pun kalau ada rezeki lah kann.
Lagipun aku jarang guna phone and aku pun dah lama tak top up.
Last aku top up masa bulan 12, tu pun sebab ada orang yang baik hati top up untuk aku.
Aku harap ada lah rezeki aku dapat top up RM 5 ni*buat muka kesian*
Okay lah gtg, byeeeeeee sweethearts :)







TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic


Assalamualaikum handsome, pretty !
How are you baby ?
Harini aku saja menggedikkan diri aku join segmen yang dibuat oleh Apit.
Lagipun aku tengah boring gila kot, buka facebook tak ada orang nak tegur, buka twitter ntah la.
Kawan kawan aku kena tweetlimit agaknya tu tak muncul dekat TL aku.
So, aku buka la blog kesayangan aku ni.
Tetiba jumpa pasal segmen ni.
So aku join je la Segmen ni.
Blog Fizgaphic ni menarik perrhatian aku sejak pertama kali aku terjah blog ni. First, tutorial dia banyak juga bantu aku. Bila aku gabungkan tutorial dia dengan blogger lain terjadi la sebuah blog yang kurang cantik ni. Anyway thanks for the tutorial terlalu berguna untuk blogger baru dan blogger lama. Second, doodle yang ada dekat blog Fizgraphic, cantik sangat. Serius aku tertarik dengan doodle tu sebab aku nak buat tak ada masa lagipun ada sekali aku try buat tapi buruk so aku just copy dari blog Fizgraphic je. Minta halalkan doodle tu okay, hehe :) Third, aku nak cakap pasal header dia, header tu comel sangat sebab ada anonymous yang dekat blog dia tu.

Okay lah Mak Limah tak boleh nak bebel panjang panjang lagi sebab Mak Limah nak buat teks untuk perbahasan. Naik cuti ni cikgu nak tengok. Okay byeeee.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS !



Assalamualaikum uolls !
Ha nampak gambar atas tu.
Akhirnya TRIPLE H dah jadi PENGAWAS
And satu lagi TRIPLE H pun dah jadi PENGAKAP.
Tapi yang buat cacat Hidayah kelas Sains. Aku dengan Hanis kelas Teknikal. Hmm takpe la. Janji TRIPLE H tetap akan bersama.

Last aku jadi pengawas masa darjah 6, dah masuk sekolah menengah aku malas nak jadi pengawas tetiba masa form 4 ni cikgu bagi tawaran suruh jadi pengawas.
Aku fikir balik yang aku perlukan markah koko so aku terpaksa la terima tawaran tu demi masa depan aku juga.

Hari Isnin haritu ada Watikah Pelantikan.
Time tu hujan so majlis tak boleh ditangguhkan, kena juga buat so kiteorang buat majlis tu dekat Legaran Merak.
Aku datang dalam 7 lebih lepastu terus campak beg dekat bilik disiplin.
And then aku terus beratur then adik iszarudin bagi name tag dekat ak.
Sepanjang majlis kiteorang kena berdiri satu jam juga, ramai yang tumbang.
Nasib baik aku tak tumbang sebab hari Ahad tu aku pergi MY BEAUTIFUL MALAYSIA, time tu hujan so masa bersihkan astaka kiteorang main air.
Aku dah nak demam time tu tapi tetap mengagahkan diri pergi sekolah sebab ada watikah pelantikan.

Lepas majlis habis, pergi sesi bergambar.
Sebelah aku India and aku terpaksa tahan bau rambut dia.
Da la time tu tengah pening kepala lepastu duduk pula sebelah dia. Ayoyo.
Masa sesi bergambar tu, kiteorang bergambar dalam hujan yang gerimis.
Makin bertambah sakit kepala aku.
Lepas habis je bergambar cikgu pengawas suruh berkumpul nak bagi serba sedikit ucapan terima kasih and siapa yang dapat sijil yang salah kena tukar.

Tapi tahun ni aku suka dengan jadual bertugas yang cikgu buat sebab kiteorang tak bertugas tiap tiap hari.
Seminggu dalam 2 atau 3 kali je kiteorang bertugas.
Tu yang best, makin senang kerja aku so masa rehat ada la masa aku nak ambil air cond dekat library , muehehe ><





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

REVIEW BLOG AINA HUSNA


Assalamualaikum !
Pagi ni aku nak review blog Aina Husna.
Dia ada join segmen bloglist untuk bulan februari yang zeeqa buat.
Disebabkan dia nak aku review blog dia so dia buat satu entry untuk segmen aku tu.

Nama dia Aina Husna. Korang boleh panggil dia Ayna,
Dekat gambar atas tu dah terpampang gambar dia yang comel tu so tak payah bayangkan muka dia macam mana :)
Umur Aina ni 16tahun, sama dengan aku *high five*
Tapi dia adik, aku kakak, aku lahir bulan 4 dia lahir bulan september.
Aku lupa september tu bulan apa, haha.

Blog dia cantik dan kemas lagipun dia guna blogskin.
Header dia pun cunnn, Lip Lap Lip Lap gitu, suka aku tengok, haha
Anyway gambar yang bergerak dekat tepi tu, comel sangat 
Kalau korang nak berkenalan dengan AYNA dengan lebih lanjut boleh hubungi dia di


Untuk information terkini pasal dia, korang boleh terjah BLOG dia




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

IM4U - MY BEAUTIFUL MALAYSIA

*Triple H (Aku Hanis dengan Hidayah) berdiri depan sekali*

Assalamualaikum !
Harini aku nak update pasal My Beautiful Malaysia.
Dah 4hari benda ni berlalu baru harini aku nak cerita.
Anyway budak budak sekolah aku yang pergi semua dapat pahala sebab kiteorang kena bersihkan Masjid.
Ada sekolah yang kena bersihkan kubur, confirm ah tu balik je terus taubat, haha >.<

First sekali sampai je dekat Dataran Bandaraya JB, kiteorang kena exercise.
Kena buat exercise sambil iringan muzik. Apa nama ntah J-robik tak silap aku.
Aku tak buat pun cuma tengok gelagat kakak kakak abang abang dengan budak sekolah aku  buat.
Lagi lagi budak 2orang yang mulut kecoh dalam kelas aku, chioo nee dgn siew juen. Kelakar je tengok cara dyorang.

Lepas je habis Jrobik tu kena nyanyi lagu negaraku, lagu Johor, lagu 1 malaysia eh, ntah la aku tak ingat then lagu IM4U. 
Habis je nyanyi semua lagu, kiteorang dijemput duduk untuk mendengar ucapan dari siapa erk. 
Aku tak ingat tapi daia cakap dia baca ucapan tu tengok skrip, LOL ><
Panjang gila ucapan dia, bak kata kak Nazeera boleh buat karangan.
Masa tu aku bukan dengar sangat pun apa dia cakap sebab time tu aku tengah buka twitter.

Lepastu aku pergi tempat cikgu Husliza.
Time tu tak sampai 10minit aku sembang dengan cikgu tiba tiba ucapan tu dah habis, haha.
Lepastu bangun pergi ambil gambar, setiap kali triple H nampak je dyorg nak tangkap gambar kiteorang mesti menyelit sekali.
Then ambil makanan untuk makan tengahhari.
Aku ni dengan perut yang kebulur, naik je bas terus makan.
Tak sarapan pagi, tu yang jadi macam tu, haha.

Dekat atas aku dah nyatakan yang sekolah aku kena bersihkan Masjid.
Sekolah kiteorang dapat bersihkan Masjid Abu Bakar.
masjid dia wow cantik sangat, sampaikan ada budak sekolah aku yang ambil gambar dalam toilet. haha.
Sampai je masjid, kiteorang dibahagikan kepada 5 kumpulan tak silap aku.
Kumpulan non muslim bersihkan kawasan luar masjid and yang muslim bersihkan dalam masjid and kumpulan aku telah dicampakkan ke astaka yang terletak di luar.

Masa bersihkan astaka tu, kiteorang main air then basah satu badan. haha.
Bak kata Amirul masa pergi Gunung Panti tu " Sambil menyelam minum air"
Best gila kot, lepas da  bersihkan yang sebelah kanan kiteorang bersihkan yang sebelah kiri. 
Yang tu aku tak buat sebab aku punya tangan da macam tak boleh pegang apa apa so aku bagi la mop yang aku pegang dekat hafizul.

Lepas tu, aku ambil la phone Hanis, tangkap gambar.
Lepas dah penat tangkap gambar aku pun lari ar tempat lain pergi bergossip then aku ternampak abang abang form 5 ni makan aiskrim.
Terus ambil beg beli aiskrim, bayangkan lah aku makan sampai dua aiskrim mas tu.
Tu pun semua sebab di hasut oleh kawan kawan aku.
Nasib baik masa Fatiha hasut aku beli aiskrim untuk kali ketiga, aku tak nak.
Kalau tak, habis harapan aku nak diet, haha ><

Lepastu cikgu panggil sebab da pukul 12 masa untuk balik.
Sebelum balik kiteorang tangkap gambar depan masjid.
Serius aku rasa macam tak nak balik je sebab best kot buat kerja amal ni walaupun penat.
Kalau ada lagi kerja amal macam tu, aku nak mengeJoinkan diri aku.
Sebenarnya untuk entry ni aku nak taruk gambar tapi kebanyakkan gambar ada dekat phone hanis, dia tak bagi lagi dekat aku sebab dia da berapa hari tak datang sekolah sebab tak nak pergi sukantara.
Maybe esok atau lusa aku akan tayangkan gambar tu okay.
Byeeeeeee




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

PENDAKIAN GUNUNG PANTI


Assalamualaikum sayang *kenyit mata*
Setelah kepenatan memerah otak untuk buat entry pasal Gunung Panti akhirnya siap juga.
Kali ni lagi panjang dari Gunung Angsi, sampai ada sambungan.
Lepas maghrib sampai la sekarang da nak dekat pukul 12 pun baru la siap.
Anyway entry yang ni aku nak kasi korang senang baca tak ada la serabut nanti,.

Entry yang menyimpan 1001 kenangan dekat PART 4.
Sejak kejadian tu aku asyik kena bahan je kot dengan budak kelas aku yang pergi Gunung Panti haritu.
Nak pindah sekolah ah macam ni, merajuk dengan budak kelas teknikal.
Nasib baik aku tak ambil LK, aku ambil akaun.
Kalau tak memang kena bahan juga la setiap subjek Abang KB, Abang KB !

Aku akan terlepas dari dyorang masa LK je, aku pergi kelas akaun dyorang pergi kelas LK.
Time tu je la aku akan ucapkan Alhamdulillah ~
So tanpa membuang masa, korang tekan je bawah ni kalau nak tau crita aku..











TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

PENDAKIAN GUNUNG PANTI PART 4


Ohyeahh, aku nak teruskan pert 4.
Ini adalah part yang terakhir dan meninggalkan 1001 kenangan yang tak boleh dilupakan.

Lepas dah kemas khemah then nyanyi lagu Negaraku and seingat aku tak ada nyanyi lagu bangsa Johor kot.
Aku lupa tapi sejujurnya even aku lahir kat Johor and aku pernah duduk sini sampai umur aku 3tahun then aku pindah utara dan kembali ke asal baru 3tahun tapi aku tak hafal pun lagu negeri sendiri, haha. Terukkan aku.
Lepas kiteorang da mengeluarkan suara yang merdu mula la perjalanan kiteorang nak turun balik ke kaki gunung.
Masa nak turun tu best, aku jalan laju je. Macam dekat Gunung Angsi, aku memang tak ada kawan so aku jalan kedepan tanpa fikir pasal kawan tapi ni sebab ada kawan, aku terpaksa la tunggu dyorg nanti dyorg kata aku apa kan.
Last last aku tinggalkan juga dyorang, aku ni jenis malas nak menunggu.

Sampai je dekat kaki gunung, kiteorang kerjakan air lepastu kiteorang pergi mandi dekat air terjun.
Serius dekat situ telah banyak bagi aku kenangan.
Sampai aku jadi LCL (low confident level)
Mula mula memang aku tak nak mandi sebab aku tak ada mood time tu.
Lepas kawan aku paksa, aku pun mandi la then aku ada duduk dekat satu batu ni tau.
Patut la Putra dengan Syafiq asyik panggil aku suruh mandi dekat dekat dengan dyorang.
Rupanya ada cerita di sebalik batu yang aku duduk tu.

Korang tau tak, abang yang ikut kiteorang sepanjang pendakian tu, bila dia sampai je dekat air terjun dia boleh pula buang air kecil dekat batu tu.
Harap je muka ensem tapi haishh memang nak kena makan kaki aku je.
Boleh kencing bersepah kot, nasib baik si Putra cerita dekat aku masa dalam bas. Kalau dia cerita masa dekat air terjun tu, tanpa berfikir panjang da lama aku kasi abang tu makan kaki aku yang bersaiz 6.

Sampai sekarang weh aku kena bahan dengan budak budak kelas aku yang pergi Gunung Panti tu.
Setiap hari, setiap masa, setiap waktu, setiap jam aku kena bahan.
Putra, Hizami, Syafiq dengan Fatiha tak habis habis kot ejek aku Abang KB (kencing bersepah)
Nasib baik daia kelas sains, kalau tak boleh tension kot  kalau ramai sangat yang ejek aku.
Dengan hati yang kecewa aku menyesal sangat mandi time tu, macam Gunung Angsi aku just duduk tepi kolam rendam kaki je then Akma dengan Jamal jahat sangat dyorang tolak aku masuk dalam kolam tu.

Aku lagi suka pergi Gunung Angsi dari Gunung Panti, menyedihkan betul ah.
Bila wujudnya orang yang sebegitu rupa.
Sampai sekarang kiteorang tak tahu nama abang tu and kiteorang just gelarkan dia Abang KB.
Setiap kali aku kacau Putra ke, Hizami ke dalam kelas nanti dyorang mesti cakap "Abang KB Abang KB"
Menyampah sangat sangat !

Anyway kalau aku jumpa la abang tu lagi, benda pertama yang aku nak buat, aku nak belasah dia. 
Aku keluarkan segala ilmu yang aku ada, boleh patah 18 kerat abang tu. *acah acah berani*
Aku tak nak ah buat macam tu, nanti mati anak orang kesian, cuma aku nak ingatkan je ah tolong la buang tabiat buruk tu tau. Muka dah ensem tapi buruk perangai abang tu :p
Even baju tu tak berbau aku terpaksa kot, balik rumah terus rendam baju aku dalam softlan satu malam.
Benda yang paling aku suka, aku kan balik jalan kaki sampai je rumah memang rezeki aku kot tak ada orang guna laptop so berpeluang la aku nak buka twitter setelah 3 hari aku meroyan. LOL

Cikgu Husliza cakap lepas ni ada lagi satu gunung yang nak pergi tapi tak tahu jadi ke tak.
Aku harap jadi la sebab masa form 3 tahun kiteorang tak ada buat kem apa apa pun.
Kawan aku yang lain cuma harapkan English Camp je la, kalau aku English Camp, Kem Pengawas dengan Gunung Angsi tu je lah.
Tapi kalau ada lagi, confirm aku pergi. Ye la maybe next year aku nak pindah ke tak dapat nak merasa lagi aktiviti macam ni.

Last but not least, aku suggestkan dekat korang yang rasa rasa diri tu tak sihat, libatkan la aktiviti macam ni. Sekurang kurangnya dapat la juga faedah daripada korang melepak, hisap rokok, hisap dadah and whatever la yang boleh buat korang tak sihat baik korang buat la aktiviti yang sebegini rupa.





*ni cikgu cikgu yang ikut juga masa pergi gunung angsi *




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

PENDAKIAN GUNUNG PANTI PART 3

 *abaikan muka yang serabai tu*

Assalamualaikum abang kakak adik makcik pakcik.
Aku nak sambung lagi cerita aku, aku rasa beza gila dengan Gunung Angsi yang aku pergi last year.
Entry untuk Gunung Angsi aku taruk gambar je tak bercerita panjang lebar macam ni pun, haha.
Tapi takpe, tangan aku tengah rajin nak menaip,

Sebelum kiteorang sampai dekat kaki gunung, kiteorang berhenti dekat satu kedai.
Cikgu suruh kiteorang beli makanan untuk makan tengah hari.
Aku tak beli apa pun sebab aku tak selara nak makan yang aku beli air 100plus dgn coklat je la untuk budak budak khemah aku.
Lepastu dalam bas hizami sempay online lagi sebab dekat situ ada wifi.
Aku jealous gila kot. Bayangkan la aku da meroyan sebab tak dapat buka twitter satu malam.
Gila kan aku ni.

Lepas dah buat muka sedih depan dyorg, akhirnya sampai juga dekat kaki gunung.
Sebelum nak mendaki cikgu suruh dyorg yang beli makanan tu makan dulu.
Sementara tunggu dyorg aku usha la budak ensem tu dari jauh, untung aku rabun jauh kalau aku tak rabun confirm aku asyik nak pandang je dia.
Lepastu dyorang semua dah habis makan, mula la pendakian kiteorang.
Gunung Panti dengan Gunung Angsi memang berbeza.
Gunung Angsi lagi penat kot maybe sebelum nak mendaki aku tak ada buat exercise tu sampai aku tak larat tapi Gunung Panti serius penat aku tak sepenat aku mendaki Gunung Angsi.
Ye la sehari sebelum mendaki Gunung Panti, aku pergi merentas desa, anyway aku suka sangat sebab berat badan aku da turun, muehehe ><

Pendakian kiteorang mengambil masa selama 4jam sama macam aku mendaki Gunung Angsi.
Sampai je puncak terus pasang khemah then aku kemas sikit barang dyorg yg bersepah dalam khemah.
Lepastu aku terus ambil air sembahyang pergi solat jamak terus.
Lepas dah solat aku masuk khemah sebab time tu aku tak ada mood sangat.
Tapi kali ni beza sangat, dulu aku pergi Gunung Angsi, aku lupa semua masalah aku bila da sampai puncak sebab time tu aku pergi 2minggu sebelum PMR and masa tu aku dengan jamal je form 3 yang pergi.
Kali ni maybe ada kawan yang sekepala dengan aku pergi so bila tengok muka dyorg aku teringat pasal kawan aku yang nak pindah tu.

Lepastu aku pun keluar dari khemah, pergi merantau dekat khemah Hizami. Duduk situ makan kuaci.
Lepas da puas makan kuaci dia aku pun bla tetibe cikgu cakap malam tu kena buat persembahan.
So kiteorang buat la apa yang patut. Lepas aku solat maghrib baru la kiteorang training kejap untuk persembahan kiteorang,
Masa training tu jalan cerita punya panjang tapi bila da buat persembahan tu, jalan cerita yang panjang jadi pendek, haha.
Tapi aku suka kumpulan Hizami punya lakonan. Kelakar je dyorg, lagi lagi Syafiq. Dia pakai tudung aku, nampak cun ahh.

Lepas habis persembahan kiteorang masuk tidur.
Serius aku tak boleh tidur nyenyak sebab aku kesejukkan dan aku kelaparan.
Pukul 1 pagi aku bangun makan kacang then daia pun bangun dia join sekali, haha.
Nasib baik cikgu tidur sekali dalam khemah kiteorang kalau tak memang da lama kiteorang memekak dalam khemah tu.
Lepas makan tu aku tidur then pukul 3 bangun balik sampai la abang abang ensem kejutkan kiteorang.
Serius masa aku tak boleh tidur, aku menangis sebab asyik teringat kawan aku tu.
Sedangkan masa dia cakap dia nak pindah aku da menangis. Tapi aku redha je lah.
Lepas abang abang kejutkan tu, aku terus ambil air then ambil air sembahyang lepastu solat la subuh dalam khemah.
Lagipun nak solat kat luar khemah memang tak boleh sebab aku da sejuk sangat time tu.
Lepas solat aku terus kemas barang barang aku biar beg aku jadi makin ringan :)




                         

 


TO BE CONTINUED IN PART 4





.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*