Ohyeahh, aku nak teruskan pert 4.
Ini adalah part yang terakhir dan meninggalkan 1001 kenangan yang tak boleh dilupakan.
Lepas dah kemas khemah then nyanyi lagu Negaraku and seingat aku tak ada nyanyi lagu bangsa Johor kot.
Aku lupa tapi sejujurnya even aku lahir kat Johor and aku pernah duduk sini sampai umur aku 3tahun then aku pindah utara dan kembali ke asal baru 3tahun tapi aku tak hafal pun lagu negeri sendiri, haha. Terukkan aku.
Lepas kiteorang da mengeluarkan suara yang merdu mula la perjalanan kiteorang nak turun balik ke kaki gunung.
Masa nak turun tu best, aku jalan laju je. Macam dekat Gunung Angsi, aku memang tak ada kawan so aku jalan kedepan tanpa fikir pasal kawan tapi ni sebab ada kawan, aku terpaksa la tunggu dyorg nanti dyorg kata aku apa kan.
Last last aku tinggalkan juga dyorang, aku ni jenis malas nak menunggu.
Sampai je dekat kaki gunung, kiteorang kerjakan air lepastu kiteorang pergi mandi dekat air terjun.
Serius dekat situ telah banyak bagi aku kenangan.
Sampai aku jadi LCL (low confident level)
Mula mula memang aku tak nak mandi sebab aku tak ada mood time tu.
Lepas kawan aku paksa, aku pun mandi la then aku ada duduk dekat satu batu ni tau.
Patut la Putra dengan Syafiq asyik panggil aku suruh mandi dekat dekat dengan dyorang.
Rupanya ada cerita di sebalik batu yang aku duduk tu.
Korang tau tak, abang yang ikut kiteorang sepanjang pendakian tu, bila dia sampai je dekat air terjun dia boleh pula buang air kecil dekat batu tu.
Harap je muka ensem tapi haishh memang nak kena makan kaki aku je.
Boleh kencing bersepah kot, nasib baik si Putra cerita dekat aku masa dalam bas. Kalau dia cerita masa dekat air terjun tu, tanpa berfikir panjang da lama aku kasi abang tu makan kaki aku yang bersaiz 6.
Sampai sekarang weh aku kena bahan dengan budak budak kelas aku yang pergi Gunung Panti tu.
Setiap hari, setiap masa, setiap waktu, setiap jam aku kena bahan.
Putra, Hizami, Syafiq dengan Fatiha tak habis habis kot ejek aku Abang KB (kencing bersepah)
Nasib baik daia kelas sains, kalau tak boleh tension kot kalau ramai sangat yang ejek aku.
Dengan hati yang kecewa aku menyesal sangat mandi time tu, macam Gunung Angsi aku just duduk tepi kolam rendam kaki je then Akma dengan Jamal jahat sangat dyorang tolak aku masuk dalam kolam tu.
Aku lagi suka pergi Gunung Angsi dari Gunung Panti, menyedihkan betul ah.
Bila wujudnya orang yang sebegitu rupa.
Sampai sekarang kiteorang tak tahu nama abang tu and kiteorang just gelarkan dia Abang KB.
Setiap kali aku kacau Putra ke, Hizami ke dalam kelas nanti dyorang mesti cakap "Abang KB Abang KB"
Menyampah sangat sangat !
Anyway kalau aku jumpa la abang tu lagi, benda pertama yang aku nak buat, aku nak belasah dia.
Aku keluarkan segala ilmu yang aku ada, boleh patah 18 kerat abang tu. *acah acah berani*
Aku tak nak ah buat macam tu, nanti mati anak orang kesian, cuma aku nak ingatkan je ah tolong la buang tabiat buruk tu tau. Muka dah ensem tapi buruk perangai abang tu :p
Even baju tu tak berbau aku terpaksa kot, balik rumah terus rendam baju aku dalam softlan satu malam.
Benda yang paling aku suka, aku kan balik jalan kaki sampai je rumah memang rezeki aku kot tak ada orang guna laptop so berpeluang la aku nak buka twitter setelah 3 hari aku meroyan. LOL
Cikgu Husliza cakap lepas ni ada lagi satu gunung yang nak pergi tapi tak tahu jadi ke tak.
Aku harap jadi la sebab masa form 3 tahun kiteorang tak ada buat kem apa apa pun.
Kawan aku yang lain cuma harapkan English Camp je la, kalau aku English Camp, Kem Pengawas dengan Gunung Angsi tu je lah.
Tapi kalau ada lagi, confirm aku pergi. Ye la maybe next year aku nak pindah ke tak dapat nak merasa lagi aktiviti macam ni.
*ni cikgu cikgu yang ikut juga masa pergi gunung angsi *
0 comments to zeeQa:
Post a Comment