Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

FALL IN LOVE WITH HMMM ♡

*muka semangat nak pergi koko. semangat pengakap lah sangat*

Assalamualaikum ! Tadi kena tweetlimit so aku beralih la ke blog. Buka facebook tapi tak ada sorang pun nak tegur aku, okay sedih sangat sangat. Tengok muka kat atas tu, serius aku tak percaya lagi dua bulan nak 16 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tapi serius aku rasa macam aku ni baru form 1, haha. Sebab dalam kelas aku dengan budak laki asyik berperang je, lagi-ll dengan hizami and putra, haha. Perangai kiteorang tak matang lagi, macam budak budak. Lagipun dyorg tu adik adik aku, aku lahir dulu so senang aku nak buli dyorang. You can do it zeeqa ! haha.

Aku sebenarnya dah lari dari tajuk, sebenarnya aku nak bitau yang aku dah JATUH CINTA dengan semua subjek form 4. Aku tak tahu kenapa. Masa first day belajar semua subjek baru, serius aku benci sangat sangat sebab semuanya susah. Maybe aku dah ada kesedaran kot sejak ayat " You Can Do IT " keluar dari mulut dyorang semua, 

Aku ambil 9 subjek. Subjek yang khas untuk kelas aku Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dengan Prinsip Perakaunan. Aku masuk kelas Teknikal so sepatutnya kiteorang boleh pilih sama ada nak ambil Akaun atau Lukisan Kejuruteraan. Aku punya cita cita nak jadi arkitek atau engineer tapi aku boleh ambil Akaun. Bodoh kan aku. Aku nak tukar tapi malas nak jumpa cikgu buat pertukaran. Lagipun abang aku ada , dia boleh ajarkan aku akaun.


Sejak sejak ni aku suka sangat belajar Chemistry, first time masuk kelas Puan Chew aku tak suka tau sebab kalau tak dapat jawab soalan dia mesti kena berdiri sampai la habis masa. Bayangkan 2 masa tu bersamaan dengan satu jam. Gila lah kan kalau kata tak penat. Aku cuma pernah kena sekali je sebab time tu aku tau jawapan tapi aku malas nak jawab sebab aku dah ngantuk gila time tu. Kalau aku berdiri, aku boleh fokus nak belajar. Korang bayangkan kerusi makmal yang berbentuk bulat tu dan tak boleh sandar memang menyakitkan pinggang aku better aku berdiri daripada duduk tau tak.


Physics pula so far aku okay. 70% la aku faham. Lagi 30% aku tak faham sebab aku TERTIDUR dalam kelas, muehehe >< Aku punya perangai dari form 3 da kembali, cikgu pun tak kisah sangat sebab cikgu fizik memang ngam ah dengan aku dari form 2 lagi. Lagipun last year dia banyak tolong aku untuk matematik tu sebab PMR aku boleh dapat A. Terer kan aku sampai 4 orang cikgu yang ajar aku Math tahun lepas.


Ha nampak buku add maths tu? Aku dapat buku crush kawan aku, haha. Untuk Add Maths ni masa mula mula belajar serius tak faham sebab cikgu yang ajar kelas kiteorang tu, baru first time mengajar add maths so dia nak cepat je mengajar. Budak lelaki yang rapat dengan aku tu pun cakap dyorang tak faham apa cikgu ajar. Nasib baik akak aku ada, dia boleh tolong ajarkan. Tapi minggu ni dah masuk bab 2, senang gila kot bab 2. Tak tahu kenapa otak aku cepat tangkap untuk bab 2. Aku harap je la bab seterusnya pun senang juga. Tapi tadi masa KB cikgu tak ajar so aku  pun ambil buku rujukan add maths dekat library tu cover balik untuk bab 1, dalam masa satu jam aku boleh faham 75% je sebab masa aku nak cover untuk inverse function tu ada kelas lain masuk library so bising aku tak dapat nak fokus. Anyway aku dah jatuh cinta dengan add maths, awww ♡


Subjek ni so far okay lah sebab cikgu yang ajar baik sangat sebab selagi kiteorang tak faham selagi tu dia akan ulang sampai la kiteorang faham. Tu sebab kiteorang tak masuk bab 2 lagi. Akaun ni kena menghafal juga. Ingat lagi masa pergi Gunung Panti, tak silap aku la abang KB yang aku cerita dekat PART 4 tu dia cakap kalau suka menghafal boleh la ambil akaun. Lagipun cikgu akaun aku ni baik gila kot. Aku kan rumah merah, dia pun sama rumah merah. Masa sukantara semalam kiteorang kena lari 100m so cikgu akaun aku bagi air kotak dekat budak kelas 4 Teknikal yang rumah merah sahaja. Sukanya aku ada cikgu macam ni tu sebab aku suka dia jadi guru tingkatan 4 Teknikal.


Last but not least, jangan ingat semua subjek susah. Kalau kita asyik cakap SUSAH, selama lamanya akan menjadi susah. THINK POSITIVE SAYANG ! YOU CAN DO IT !














TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: