Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PENDAKIAN GUNUNG PANTI PART 1



Assalamualaikum korang.
Haritu aku ada cakap nak cerita pasal Gunung Panti kan.
Aku nak cerita panjang panjang tapi macam malas nak menaip.
Tapi tak apa, aku rajinkan tangan untuk menaip juga.

Bermulanya pada hari Jumaat tepat jam 4 petang aku sampai dekat pintu pagar sekolah.
Actually kena dtg pukul 3-4 untuk pendaftaran, daia da cal aku suruh datang awal tapi masa dia cal aku just cakap "okay, aku siap siap".
Padahal time tu aku tengah khusyuk gila layan twitter.
So, aku buat tak tahu je.
Biar ah dia kat sekolah sorang sorang tak ada kawan, haha
Jahat kan aku.

Aku pergi sekolah jalan kaki je kot.
Rumah dekat je dengan sekolah, buat habis minyak kereta je kalau mak aku hantar.
Baik jalan kaki, boleh juga bakar lemak yang ada dekat badan aku ni. LOL
Lagipun beg aku pun tak berat bawa baju 3 helai je kot.

Sampai je sekolah, aku terus daftar then ambil tag nama.
Lepastu cikgu panggil suruh masuk kelas bahagian bawah sebab dia nak bagi taklimat pasal macam mana nak isi Rakan Muda untuk pingat gangsa.
Aku tahun ni nak buat Perak so masa cikgu bagi taklimat pasal gangsa, aku buat pekak je sebab time tu aku tak ada mood lagipun aku da lepas gangsa pun,
Ye la pagi tu ada merentas desa lepastu pagi tu juga aku dapat tau kawan yang aku sayang nak pindah sekolah dan tu hari terakhir dia, siapa yang happy kan, mesti sedih gila kann.

Lepas cikgu habis taklimat, kiteorang ada latihan kawad.
Nasib baik gua pernah masuk pertandingan kawad peringkat daerah so tak blur sangat pasal kawad ni.
lepas penat kawad kiteorang pergi la mandi.
Toilet full dengan budak so aku, Fatiha dengan Daia apa lagi.
Pergi la toilet cikgu yang bersih dan wangi tu.
Lepas siap mandi kiteorang pergi solat maghrib.

Lepas da siap semuanya kiteorang makan malam.
Dalam pukul 9 Uncle Azhar datang bagi taklimat untuk pendakian Gunung Panti.
Masa pergi Gunung Angsi pun dia juga yang bagi taklimat,
Masa dia bagi taklimat dia agih agihkan makanan dengan kumpulan dalam khemah.
Khemah aku cuma 3 orang sahaja. Aku, Fatiha dengan Daia.
Memang best ah, tak ada la serabut sangat kan dalam khemah nanti.

Lepas habis taklimat kiteorang dibenarkan tidur.
Kiteorang kena kemas barang sampai pukul 10.30 lepastu kena tidur.
Budak perempuan tidur dalam bilik disiplin, memang best ah kan.
Gua da buat sepah tempat cikgu Matzalan, haha.
Budak laki pulak kena tidur dekat Legaran Merak.
Tempat terbuka, memang rasa la angin malam yang sejuk sangat.

Malam tu aku tak boleh tidur dengan selesa sebab lantai dekat bilik disiplin berhabuk.
Hidung aku pun mula la buat perangai, sabar je aku.
Aku tidur pun tak nyenyak asyik bangun je, kalau tau aku lepak dengan Putra, Hizami dekat tangga tepi bilik disiplin.
Tunggu punya tunggu akhirnya azan subuh dari surau kawasan rumah aku berkumandang.
Then semua bangun.



TO BE CONTINUED IN PART 2







TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: