Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PENDAKIAN GUNUNG PANTI PART 3

 *abaikan muka yang serabai tu*

Assalamualaikum abang kakak adik makcik pakcik.
Aku nak sambung lagi cerita aku, aku rasa beza gila dengan Gunung Angsi yang aku pergi last year.
Entry untuk Gunung Angsi aku taruk gambar je tak bercerita panjang lebar macam ni pun, haha.
Tapi takpe, tangan aku tengah rajin nak menaip,

Sebelum kiteorang sampai dekat kaki gunung, kiteorang berhenti dekat satu kedai.
Cikgu suruh kiteorang beli makanan untuk makan tengah hari.
Aku tak beli apa pun sebab aku tak selara nak makan yang aku beli air 100plus dgn coklat je la untuk budak budak khemah aku.
Lepastu dalam bas hizami sempay online lagi sebab dekat situ ada wifi.
Aku jealous gila kot. Bayangkan la aku da meroyan sebab tak dapat buka twitter satu malam.
Gila kan aku ni.

Lepas dah buat muka sedih depan dyorg, akhirnya sampai juga dekat kaki gunung.
Sebelum nak mendaki cikgu suruh dyorg yang beli makanan tu makan dulu.
Sementara tunggu dyorg aku usha la budak ensem tu dari jauh, untung aku rabun jauh kalau aku tak rabun confirm aku asyik nak pandang je dia.
Lepastu dyorang semua dah habis makan, mula la pendakian kiteorang.
Gunung Panti dengan Gunung Angsi memang berbeza.
Gunung Angsi lagi penat kot maybe sebelum nak mendaki aku tak ada buat exercise tu sampai aku tak larat tapi Gunung Panti serius penat aku tak sepenat aku mendaki Gunung Angsi.
Ye la sehari sebelum mendaki Gunung Panti, aku pergi merentas desa, anyway aku suka sangat sebab berat badan aku da turun, muehehe ><

Pendakian kiteorang mengambil masa selama 4jam sama macam aku mendaki Gunung Angsi.
Sampai je puncak terus pasang khemah then aku kemas sikit barang dyorg yg bersepah dalam khemah.
Lepastu aku terus ambil air sembahyang pergi solat jamak terus.
Lepas dah solat aku masuk khemah sebab time tu aku tak ada mood sangat.
Tapi kali ni beza sangat, dulu aku pergi Gunung Angsi, aku lupa semua masalah aku bila da sampai puncak sebab time tu aku pergi 2minggu sebelum PMR and masa tu aku dengan jamal je form 3 yang pergi.
Kali ni maybe ada kawan yang sekepala dengan aku pergi so bila tengok muka dyorg aku teringat pasal kawan aku yang nak pindah tu.

Lepastu aku pun keluar dari khemah, pergi merantau dekat khemah Hizami. Duduk situ makan kuaci.
Lepas da puas makan kuaci dia aku pun bla tetibe cikgu cakap malam tu kena buat persembahan.
So kiteorang buat la apa yang patut. Lepas aku solat maghrib baru la kiteorang training kejap untuk persembahan kiteorang,
Masa training tu jalan cerita punya panjang tapi bila da buat persembahan tu, jalan cerita yang panjang jadi pendek, haha.
Tapi aku suka kumpulan Hizami punya lakonan. Kelakar je dyorg, lagi lagi Syafiq. Dia pakai tudung aku, nampak cun ahh.

Lepas habis persembahan kiteorang masuk tidur.
Serius aku tak boleh tidur nyenyak sebab aku kesejukkan dan aku kelaparan.
Pukul 1 pagi aku bangun makan kacang then daia pun bangun dia join sekali, haha.
Nasib baik cikgu tidur sekali dalam khemah kiteorang kalau tak memang da lama kiteorang memekak dalam khemah tu.
Lepas makan tu aku tidur then pukul 3 bangun balik sampai la abang abang ensem kejutkan kiteorang.
Serius masa aku tak boleh tidur, aku menangis sebab asyik teringat kawan aku tu.
Sedangkan masa dia cakap dia nak pindah aku da menangis. Tapi aku redha je lah.
Lepas abang abang kejutkan tu, aku terus ambil air then ambil air sembahyang lepastu solat la subuh dalam khemah.
Lagipun nak solat kat luar khemah memang tak boleh sebab aku da sejuk sangat time tu.
Lepas solat aku terus kemas barang barang aku biar beg aku jadi makin ringan :)




                         

 


TO BE CONTINUED IN PART 4





.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: