Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

NURHANIS






Assalamualaikum rakyat jelataku.
Dengan bangganya aku nak cerita pasal Beta Yumeh.
Ha tengok gambar atas tuh, chubby kan dia?
Okay aku kawan dengan dia masa form 1, masa tu pun ada cerita panas pasal kakak Durka kesayangan dia tu, memang best ah time tu sampai semua orang jadi takut.
Mula dari situ aku jadi rapat dengan dia.

 Nama dia NurHanis binti Mohd Azuan
Dia lahir 10.10.1997. Dia dengan Shahida lahir tarikh yang cun tapi tahun 1997 memang tak cun.
Da la tahun 1997 tu tahun lembu. Tak sukaaa !
Hanis ni adik yang paling muda sekali dalam TRIPLE H sebab tu dia super gedik :p

Kalau korang tengok mata Hanis secara dekat, cantik sangat.
Tapi mata abang dia lagi cantik.
Hanis ni dulu suka sangat sangat menjerit, wohoo kalau dia menjerit boleh pekak telinga korang.
Lagi lagi bila jumpa crush dia.
Serius tak tipu, haha. Tapi sekarang dia dah tak macam dulu, maybe dah berkwan dengan Naqib kot.
Tu yang dia dah jadi matang. Cewahhh !
Hanis suka kawan dengan lelaki daripada perempuan, sama dengan aku.
Hanis pun TAKUT KUCING. meowwww >< *ini pun sama dengan aku*
Banyak juga lah persamaan kiteorang.

Hanis ni orang yang happy, kalau dia start bercerita memang gempak ah.
Semua orang boleh gelak.
Dalam gelak tawa dia tu, ada juga kesedihan yang dia alami.
Aku lah yang dengar segala rintihan dia.
This year senang sikit nak dengar semua cerita dia sebab satu kelas.
Masa form 1 sampai form 3 aku kelas PK 1 dia kelas PK 2 tu yang susah sikit nak dengar cerita dia.

Hanis ni ada semangat Satu Malaysia, jarang jumpa orang macam ni.
Dia ni dengan semua orang dia kawan je, dia lebih kurang macam Shahida, peramah sangat sangat.
Lagi lagi dengan rakyat Malaysia yang berbangsa India.
Memang boleh kamceng gila ah. Tak boleh renggang, haha.
Tapi sayang dia tak pandai cakap bahasa tamil. Nanti I suruh kakak Durka ajarkan tau !

Korang tau apa itu SPLIT ? Okay Hanis ni memang pandai buat split.
Untung lah badan lembut kann.
Aku dulu pun teringin nak belajar tapi tak tercapai hajat aku nak belajar.
Aku hanya mampu tergangga bila melihat hanis buat split.
Adik dia pun boleh juga buat macam dia.
Kalau dekat sekolah aku tu ada gymnastic, confirm ah hanis yang masuk.
Yang aku tahu hanis belajar split ni dengan sendirinya tak ada masuk kelas.
Dulu dia rajin buka youtube tengok semua tu.
Aku harap kau akan turunkan segala ilmu split yang kau ada untuk anak anak kau, LOL XD

Hanis ni pula pemantun sekolah yang terbaik.
Itu sebab dia nak beli buku PUISI TEPI JALAN by Fynn Jamal *tak silap aku la*
Ayat yang Hanis gunakan banyak yang gramatis gitu.
Kalau tengok dia punya buku karangan, bapak ah kalau boleh dia nak habiskan satu buku dengan ayat ayat dia yang tersangat menarik minat orang untuk membaca..
Last year dia ada wakil sekolah untuk menulis esei, dia menang dapat nombor satu.
Bayangkanlah sekolah pandai yang ada dalam kulai ni pun boleh kalah dengan dia.

Hanis ada crush, nama dia entah. Tapi dia suka budak tu dari sekolah rendah tapi sekarang dah tak suka kot.
Last dia jumpa crush dia masa form 3, masa tu dekat sekolah crush dia.
Masa form 2 crush dia afdzhan, masa form 3 pula crush dia ketot and now crush dia naqib kot.
Aku sendiri tak tahu apa perasaan sebenar dia dekat naqib.
Dari pemerhatian aku, dyorang ni macam couple.
Hanis pun tak nak cerita pasal perasaan dia dekat Naqib.
Yang dia bagitahu dia dengan si tambi tu kawan rapat je.
So aku ni memandai je agak dyorang ni couple, haha,
Ye lah aku baca Whatsapp dia pun macam couple je sweet sweet gitu ada MUAH MUAH lagi.
Aku jealous tau tak baca whatsapp dyorang.
Tapi ntah lah kalau Hanis dengan Naqib ada jodoh lepas SPM kahwin lah tu, haha.

I think sampai sini je lah kot. Sebelum tu aku nak promote facebook, blog dengan twitter dia






















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

Unknown said...

pandainya Gymnastics