Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

FIRST DAY SEKOLAH !



ASSALAMUALAIKUM ^^

Hari pertama sekolah ,
Aku dah pandai baca kira ,
Tapi cikgu tetap nak ajar aku
Sebab aku nak ambil PMR  .
Hmm , apa perasaan aku bila naik form3 ni ? Mestilah tekad nak dapat straight A


Oke , dengan bangganya aku letak gambar sekolah aku , haha . Nama sekolah aku ni SMK Indahpura 1 .
Hari ni first day sekolah right ? Banyak sangat benda yang berlaku dekat aku hari ni .

Pagi pagi aku dah muntah muntah . Aku tak nak pergi sekolah tapi kena paksa dengan mak aku . Terpaksa la aku pergi juga . Sampai sekolah semua cikgu yang bertugas menyambut murid murid depan pintu sekolah . Cikgu sejarah aku tahun lepas dengan cikgu KH aku tegur aku yang aku ni makin tembam . Aku mengaku memang aku makin tembam , haha . Sebelum masuk kelas , aku kena tahan sebab kuku panjang , haha . Aku lupa nak potong kuku . Masuk kelas je , cikgu tetap kan tempat duduk , aku duduk barisan yang kedua . Dari meja cikgu selang satu meja , tu la tempat duduk aku . Depan aku , kiri aku , belakang aku , aku tak tau , tak ambil port . Kanan aku hidayah . Nasib baik tahun ni , aku tak pegang apa apa jawatan . thx korang sebab tak lantik aku macam form1 dgn form2 . Aku benci jadi ketua tingkatan .

Guru Tingkatan : Cikgu Suhaida
Ketua Tingkatan : Liow Chun Hung
Penolong : Rebekah

Jawatan yang lain lain aku tak taw sebab aku tak ambil port langsung , aku dah tak larat nak ambil tahu sebab aku da nak termuntah time tuh . Dalam kelas 3PK1 ada 29 orang , berapa laki , berapa perempuan pun aku tak tahu . Sori , aku da tak pegang jawatan so aku malas nak ambil tahu . Yang pasti budak melayu kelas aku 5orang je . Boring gila sebab budak budak yang perangai gila gila da tukar kelas 3PK2 . 

First day sekolah pun ada homework , nasib baik senang je . Korang nampak gambar kat bawah tuh ? Tu la homework aku . Cikgu suruh lukis dekat dalam buku nota , lepastu label kan . Aku lukis tak cantik sebab aku bukan pelajar seni , aku pelajar muzik so bab melukis ni aku FAIL :D
Senang kan kerja sekolah kiteorang ? :D



Oke guys , sampai sini je . Esok nak sekolah , aku tak nak datang lambat , nanti kena denda macam tahun lepas . MALU siakk ! Aku nak tidur dah . Bye bye 
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

2 comments to zeeQa:

NN said...

goodluck dear... hope kamu dpt stRaight A dlm PMR :)

zeeQa said...

@Nurul ain thank you awokk :D