Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

MEMORIES ♥

ASSALAMUALAIKUM !
Da lama tak update blog , rindu gila kott .
Aku tak ada FACEBOOK da , yang ada blog , twitter dan lain lain .
Haritu SEPANYOL menang , tak sempat nak update .
Pape pun aku dengan akak aku tengah tunggu abang aku belanja kiteorang makan .

Tadikan aku pergi MPO (Malaysian Philharmonic Orchestra) dekat KLCC .
Sebenarnya masa form 1 aku nak pergi tapi aku ada hal lagipun masa tu 2hari 1malam ,
faham faham je la kalau da tidur mesti menyusahkan aku je .
So aku just pergi tahun ni , 

Tahun ni agak best la and aku tak sempat nak cuci mata sebab masa terhad .
Kalau nak dikutkan , memang semuanya ikut masa .
Tak boleh lambat .
Masa dekat dewan filharmonik tu memang best la , nak nak aku , yaya dgn hanis duduk depan sekali .
Tiga kerusi dekat bahagian depan tu memang betul betul dia nak kasi kiteorang duduk .

Lepas habis je orkestra tu , kiteorang pergi makan .
Aku just nak makan nasi tapi tengok semua tempat ramai orang , kawan aku ajak makan pizza .
Aku ikutkan aje .
Disebabkan pizza kiteorang lambat siap , kiteorang suruh abang tu bungkuskan .
Kiteorang makan pizza sambil berjalan dan budak sekolah agama menegur kiteorang suruh makan duduk .
Aku tau la kau sekolah agama , nak menegur agak agak lah wei .
Kau punya budak sekolah pun sama je tak ada beza punn , tegur la budak sekolah kau baru la tegur kiteorang .

Jalan punya la kelam kabut akhirnya sampai juga petrosains .
Masa masuk tu memang aku jadi gila sikit r sebab dapat jalan dengan kawan yang baru 4bulan pindah KL .
Lepas tu pergi cuci mata tapi aku satu apa pun tak beli .
Duit tu ada tapi tak sempat nak beli .
Aku tukar baju pun dah setengah jam , kena kumpul balik pukul 6 .
So masa yang ada tu kiteorang jakun depan kamera jea ,

Masa nak balik tu , aku rasa tak nak balik .
Sebab tak sampai 24hours aku jumpa Zharfan .
Macam tak puas kot jumpa dia .
Aku harap lepas ni aku boleh jumpa dia lagi .

Now , masa untuk melayan gambar .
Tapi aku taruk siket je .


Yang ini tangkap gambar terakhir sebelum balik , yang budak pakai topi tu lah Zharfan

Ni akak form 5 , akak ni memang pantang nampak kamera .
Nampak je kamera mesti muka dia kena ada , haha

Ini kembar aku , yang pakai cermin mata tu kembar no 3 , yang sorang lagi kembar no 2 . Aku kembar no 1 kena duduk tengah tengah .
Da la aku paling tua , pastu paling pendek pulak tuu .

Budak laki tu , adik aku . Aku lagi suka muka dia tak nampak .
Nanti ramai yang suka kat dia .

Yang tengah tengah tu salah seorang peserta INDAHPURA IDOL 3 .
Dia ni pun adik aku juga .

Esok aku nak pergi berlari .
Larian Amal IOI , so aku nak ucapkan selamat malam dekat korang semua .
Kalau korang nak tengok gambar lagi , pergi PAGE aku .
Dekat situ ada la banyak lagi gambar .
Kalau rasa rasa susah nak mencari page aku , korang tekan link ni http://www.facebook.com/media/set/?set=a.493200654039518.128889.273708799322039&type=1


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

EMBUN KARINA ABDULLAH said...

nice entry! hi im already follow ur blog. feel free to visit n follow my blog back. thanks :)