Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

TIPS BELAJAR YAnG BERKESAN


Assalamualaikum readers .
Da lama tak update blog .
Rindu sangat sangat dekat miss koala-zeeqa .
Memandangkan lagi berapa minggu zeeqa nak trial PMR .
Zeeqa nak kasi tips untuk korang yang nak ambil exam macam zeeqa .
Mengikut kajian zeeqa la , selama zeeqa pakai tips ni result ok .
Cuma mid year haritu zeeqa langsung tak pakai tips ni sebab kerja zeeqa time tu tidur and result aku boleh la tahan.

1 . BUAT NOTA RINGKAS
- Seminggu sebelum exam , korang mesti buat satu nota ringkas sebab nota ni akan ingatkan kembali apa yang kita da belajar . Kalau boleh setiap kali nak exam buat semula nota jangan guna nota lama . Jika kita guna nota lama , kita cuma membaca dan tidak semestinya dengan membaca kita boleh betul betul ingat . Oleh itu , kita kena salin balik nota lama tersebut .

2 . ULANGKAJI
- Bab bab nak ulangkaji ni aku malas nak buat tapi kena juga buat . Bagi korang yang malas belajar macam aku , buat la satu hari satu subjek satu jam . Tapi dengan satu jam tu korang mesti manfaatkan betul betul . Kalau tak , sia sia je korang belajar . 

3 . FOKUS PADA SUBJEK YANG LEMAH
- Bagi yang lemah karangan tu , beli sebuah buku karangan lepastu korang tulis balik karangan tu dalam test pad , sekurang kurangnya sebuah karangan satu hari . Kalau lemah subjek matematik , korang kena cuba buat setiap hari 20 soalan confirm korang boleh pandai math .

4 . RAKAM
- Aku tahu ramai yang lemah subjek sejarah kan ? Korang pun malas nak buka buku sejarah kan ? Asal buka je rasa mengantuk kan ? So , dengan suara merdu yang korang ada tu , korang rakam semua isi penting yang ada dlm buku teks . Lepastu korang simpan dalam phone ke MP3 ke , korang dengar la suara korang yang merdu tu tiap tiap hari . Sah sah la korang pergi mana mana boleh ulangkaji tanpa membawa buku ke mana mana . Just pasang earphone je . Daripada korang dengar lagu yang sepatah haram pun tak masuk dalam periksa baik korang dengar suara korang yang merdu tu .

5 . LAKUKAN PERINTAH ALLAH DAN PASANG NIAT
- Sebelum korang nak buka buku , korang tengok jam dulu , rasa rasa belum tunaikan perintah Allah , korang tunaikan dulu . Solat dulu , baru belajar . Masa solat korang mohon apa yang korang nak . Selesai saja solat baru boleh belajar . Sebelum nak buka buku korang pasang niat yang korang belajar sebab apa dan mulakan dengan basmallah , selesai je belajar sebutlah alhamdulillah .

6 . MASA SESUAI UNTUK BELAJAR
- Sebaik baiknya korang belajar masa rumah korang sunyi . Macam aku ada adik beradik ramai , tak sah kalau tak bising . So petang aku belajar pukul 5 sampai 6 sebab time ni rumah aku da kosong . Kalau aku balik sekolah lambat , aku belajar malam , pukul 11 sampai 12 . Sebelum tidur , korang solat hajat dan set jam pukul 3 pagi . Masa ni sangat la baik korang buat solat tahajud lepas tu korang belajar la sampai masuk waktu subuh . Masa belajar ni aku just cadangkan , kalau korang nak ikut suka hati , kalau tak nak pun takpa .




Semua tips dekat atas tu aku just cadangkan untuk korang , kalau rasa rasa susah sangat tips tu , korang cari la cara yang lebih berkesan dan jangan sesekali korang hancurkan impian parents korang yang nak tengok korang berjaya selama lamanya .



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

4 comments to zeeQa:

Tyikhya Sharfyikha said...

TQ.. for tipz

Razil Tahir said...

nice tips. boleh try. huhuhuh
and one more nak tambah..
boleh try biasakan dengan peta konsep ngan mind map... senang hafal. huhuhu

Ika said...

thnx share. :D

A Little Girl said...

tq :)