Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM AGENSI BUKAN KERAJAAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013






Woot woot. Actually kem ngo ni kem unit beruniform yang bukan agensi kerajaan macam pengakap, puteri islam, PBSM, pandu puteri. Actually kem ni sekolah aku yg kena pergi budak Pandu Puteri tapi masalahnya budak budak semua da tak datang sekolah yang ada 5 org je form 4 so aku dengan hanis pun merelakan jiwa dan raga untuk pergi, haha. Ada 3 orang sekolah aku, sorang durka budak pandu puteri, aku dengan hanis budak pengakap. Kem ni 4H 3M. Minggu terakhir sekolah. Bagus aku pergi kem ni sebab minggu tu kelas aku 2hari je sekolah yg lagi 3 hari tu dicutikan sebab budak SPM. So pergi kem hari isnin-khamis, then Jumaat tu tak sekolah sebab dicutikan. Kiranya minggu tu memang tak jejak sekolah, lol

Hari isnin tu kumpul dekat PPD pukul 12 gitu  tak silap aku. Sampai sampai je hanis jumpa kawan sekolah rendah dia lepastu da taruk barang sementara menunggu bas, hanis balik rumah dgn cikgu sebab tertinggal baju pengakap dia tu. Lepastu duduk duduk aku ternampak Nazura, aku kan rabun so agak agak je la then dia senyum kat aku pastu dia datang dekat aku and sah la tu nazura, okay rindu dia. Lepas sembang sembang hanis pun sampai lepastu bas sampai lepastu bertolak ke Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat Johor.  (( banyak betul lepastu aku ))

Sampai dekat Kem Jubli Intan tu, hmm tau tak memang tak kasi FLY tau tak tempat memang strategik, lol. Takpe la tahan je la kan. Sampai dalam pukul 2 gitu kot, sampai sampai daftar pastu pasang khemah pastu pi solat. Bagus betul tempat dia, tempat solat laki dengan perempuan lain. Laki kat surau, perempuan dekat dalam bilik yg tak muat untuk menampung perempuan yang boleh solat so aku solat dalam khemah sepanjang kem tu. Lepastu berkumpul dekat dewan ada taklimat lepastu makan, lepastu kumpul dekat dataran. Masa tu gitu gini bagi taklimat semua pastu mandi, malam kena kumpul dekat dataran tu, waktu malam tu baru bahagikan kumpulan dan yang paling sedih aku dapat group 4, hanis group 1. Menyesal time tu aku pi berjalan ke tempat nana, kalau tak da boleh sama. Nak tukar senyap senyap boleh tapi malas ah, apa salahnya nak buat kawan baru dengan daerah daerah lain. Lepas da bahagi kumpulan pi dewan duduk ikut susunan yang ntah pape -.- Sepatutnya satu group tu satu tempat ni tak. 3 buah kerusi group lain, 3 lagi group lain, last last setiap kali kumpul dekat dewan tak duduk ikut susunan tu pun. Malam tu nyanyi bagai lepastu lantik penghulu & penghuluwati lepastu tidur, Yayyy !

Hari kedua pula, lepas solat subuh dalam pukul 7 lebih gitu ah kumpul dekat dataran ada senaman pagi lepastu sarapan. Lepas sarapan kumpul balik, masa tu kasi taklimat pasal aktiviti apa yang kiteorang kena buat time tu ikut station, aku da lupa apa dia punya ativiti tapi yang aku ingat ada bearing, pertolongan cemas, ikat tali dengan kawad je la. Sebenarnya ada lagi tapi malas nak ingat balik sebab semuanya tak berapa best, wkwkwk. Aktiviti tu dibahagi 2 tau. Maknanya station 1-5 untuk group 1-5. Station 6-10 untuk group 6-10. Esoknya pula kena tukar. Lepas dah habis tu pergi makan tengahhari & solat , lepas tu sambung balik aktiviti lepastu berhenti pi minum petang lepastu solat lepastu perbincangan untukk malam kebudayaan tapi aku tak pergi pun, aku pergi mandi time tu, hahahahaha, habis bincang bersihkan diri then solat maghrib lepastu  lepak dengan hanis jap , solat isya lepastu berkumpul balik dekat dataran then masuk dewan. Dah ah masa tu dyorang tak duduk ikut tempat hari pertama so aku sorang je la terpinggir dekat belakang, group aku semua kat depan. Pastu masa malam kebudayaan tu, fuh ada satu group je best. Giliran group aku last sekali dan aku tak tau apa dyorang buat sebab cerita tu pun macam tergantung lepastu aku just masuk angkat orang accident, lepastu keluar  lepastu masuk balik nyanyi lagu satu malaysia. Kalua tau time tu aku takyah masuk pun takpe duduk je dekat kerusi dekat dengan group 8, 9, 10. Orang bukan tau pun kan, lol. Lepastu habis je kiteorang boleh masuk tidur. Malam tu boleh hujan dan  aku kan berdua dalam khemah dgn hanis lepastu dia tidur mati so aku ni pun gagahkan diri untuk bangun ambil kasut dekat luar. Ha tamak kan kiteorang duduk 2 orang je dalam khemah yg sorang tu kiteorang campak dia dekat khemah sekolah sri pinang tak silap aku. lol.

Hari ketiga macam biasa bangun solat subuh then kumpul dekat dataran ada senaman habis je senaman, sarapan pagi lepastu sambung buat aktiviti yang group 1-5 buat station 6-10. Yang group 6-10 buat station 1-5. Macam semalamnya juga rehat makan tengahhari, solat then sambung buat aktiviti balik sampai la pukul 6 gitu. Lepastu mandi, solat maghrib, kemas baju baju excited nak balik lepastu solat isya lepastu kumpul dekat dataran, Gitu gini kena masuk dewan. Masa dekat dewan tu kiteorang kena buat persiapan untuk majlis penutup. Tugasan semuanya ikut group. Group aku dapat untuk bacaan doa so senang la, aku dan budak budak lain duduk diam je la. Takkan la nak baca doa sampai 20 orang, lol. Sorang sudah. Malam tu da tak tau nak buat apa so duduk dengan hanis sembang sembang , kutuk crush hanis, lol. lepas semua da settle boleh tidur. Aku benci crush hanis, eee rasa nak tumbuk je muka budak tu, menyampah tengok. Masa aku suruh dia ambil sabun cuci pinggan dekat dapur tu dia kata kat aku "talk to my hand" aku cakap baik baik, dia cakap macam tu. kalau boleh tumbuk muka dia time tu da lama aku tumbuk.

Hari keempat yang merupakan hari terakhir, ni yang best ni, haha. Tak sabar nak balik kannn. Kiteorang kumpul dekat dataran lepastu masuk dewan ikut uniform memasing. Nasib baik hanis pun pengakap so senang kerja. Time tu perempuan yang pengakap 3 orang je. Sadiss. Lepas gitu gini da susunan elok semua da okay baru start majlis penutup. Da sampaikan hadiah bagai, nyanyi lagu Gemuruh dengan gaya habis la juga majlis tersebut. Lepastu makan tapi aku dengan hanis tak makan, kiteorang balik khemah kemas baju tapi kiteorang bengong tak pi buka khemah tu, lepas kemas kiteorang pergi makan, habis je makan tengok semua khemah dah buka, khemah kiteorang je yang masih terpacak disitu, nasib baik budak sekolah alaudin tu tolong buatkan. Woo memang best hidup kalau gini. Lepastu da kemas semua pi dekat dataran tunggu bas sambil tangkap gambar, minta facebook, twitter, no phone bagai. Ada orang minta no aku tapi aku bagi yang tipu cuma 3 orang je yang dapat no aku yg betul. Lepastu aku bla, aku terus ikut daerah aku pi tangkap gambar semua lepastu bas sampai lepastu balik. Yayyyyyyy !

Last sekali aku nak complain ah pasal kem ni.

1. Yang tak ada bla ah budak budak ni semua pesan kena bangun pukul 6,30, kena kumpul dekat dataran. Tup tup weh bukan 6.30 tapi 7 lebih baru kumpul, menyusahkan, da la aku kejut hanis dia tak bangun, 10 minit sebelum kena kumpul tu baru dia bangun. Hari pertama kata nak disiplin NGO lagi elok dari GO tapi dalam jadual tentatif aku dapat dia punya masa tak sama langsung dengan yang real, lol. Tentatif kata pukul 6, tapi hakikatnya kumpul pukul 7. Macam tu la. Hmm nampak sangat tak menepati masa, lol -.-

2. Toilet. Aku tak kisah tak ada pintu atau yang tak ada kunci dan pintu dia pakai yang langsir tu pun tak kisah sebab setiap kali mandi aku dapat toilet yang ada pintu dan berkunci. Tapi masalahnya ada dalam 4 toilet yang berpintu tapi dia pi tutup jamban guna simen lepastu tak ada lubang dalam tu harapkan lubang pintu yang bawah tu je la. Lepastu air bertakung dekat bahagian tengah tu. Korang bayangkan la kalau korang kencing then nak ambil sembahyang dekat situ bersih ke? Takkan. Aku tau korang mesti tak dapat bayangkan apa yang aku bitau janji aku da tulis dekat sini dan janji siapa yang pernah pergi Kem Jubli Intan dia tau la apa maksud aku.

Aku rasa tu je kot aku nak complain. Kalau boleh aku nak complain banyak lagi tapi takpe la, aku dah pun selamat sampai dekat rumah so malas nak complain banyak banyak. Gambar pun tak banyak sangat sebab aku malas nak stalk budak budak kem yang lain, ada gambar yang dalam phone hanis je la. Sebenarnya dalam phone hanis tu pun ada 100++ gambar tapi semuanya muka aku dgn hanis yg banyak so takyah la kan nak upload, lol.






















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

KONVENSYEN PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA & MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDATAHAP PERAK 2013



Woot woot tajuk entry punya panjang, lol. Apa apa pun aku bahagia, tak ada kena mengena. Okay la tadi da baca entry pasal karnival dodgeball okay sedih aku dibuatnya, haha. Malam tu terpaksa balik sebab esok nak pergi konvo rakan muda punya pasal. Kalau aku tau jadual tentatif tu anugerah dia start lepas zohor, aku boleh pergi lewat tapi takpe la pagi tu ada program tak penting sangat la sebab dengar ceramah, nasyid ah gitu la so dengar je la dan masa tu tangan sambil tweet. Pastu time ceramah tu kena perli, lol. Tapi ceramah tu best dan tidak membosankan. Lepas dah habis sesi yang pagi tu pi la makan then solat lepas solat baru start majlis pentauliahan ARPRM pingat Perak. Hooo aku dah lepas pingat Perak dan lepas ni nak sambung Emas tapi tak tau la sempat ke tak sebab next year nak SPM kan tapi aku harap sempat la.

Bagi aku la sangat rugi kalau korang tak join Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ni sebab benda ni boleh tolong korang dalam markah koko. Ni bagi yang tak aktif koko la kan. Benda ni start dari Gangsa then Perak dan terakhir Emas. Bagi aku nak buat Gangsa dengan Perak senang sangat tapi nak buat Emas emmm susah. Okay belum cuba lagi belum tau kan. Aku harap je la senang dan segalanya dipermudahkan.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Rakan Muda ni korang boleh search dekat Pak Cik Google atau tekan je >> LINK INI <<

Sorry la gambar dekat bawah ni penuh gambar daerah kulai je la, tu pun 3 buah sekolah. Sekolah aku, STARP dengan SSI. Ada lagi satu sekolah daerah kulai juga tapi dyorang duduk belakang sekali so tak ada la muka dyorang terpampang dekat sini, lol.



















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

JAMUAN PENGAWAS


Tadi dah cerita pasal kem kemanisan iman, ni nak cerita pasal jamuan pengawas pula. Jamuan pengawas buat dekat putra smoke, and tak la jauh mana dengan sekolah BP tu kan. Dalam pukul 11 lebih kurang gitu la ustazah datang ambil aku, hanis dgn elma dekat kem pastu hantar elma  balik sebab dia bukan pengawas. Hm masa jamuan tu serius sedih sangat sebab tak dapat join majlis penutup kem tu pastu tak dapat nak bergambar dgn dyorang semua, nasib baik budak budak kem majoriti aku kenal. Masa jamuan pengawas woo semua sibuk tanya asal aku dgn hanis pakai baju sekolah, dah nak buat macam mana majlis penutup kem tu kena pakai baju sekolah kan, nak tukar baju lain tapi malas pakai je la baju sekolah tu pi jamuan pengawas. Makan punya makan masa jamuan tu hm aku makan tak ingat dunia sebab aku mana la boleh makan semua tu tapi balik gatal gatal la juga nasib baik ada ubat, kau la penyelamat aku, cehhh, haha. masa jamuan tak berapa nak ada mood, gambar pun tak banyak. Kalau gambar dari budak budak pengawas yg lain tapi yg bst aku rembat phone budak form 2 then bergambar ah dgn budak form 4 yg lain kan buat mcm phone sendiri, haha. Dah kenyang makan balik tapi aku orang last yg balik sebab aku balik ikut cikgu jiran sebelah rumah so jadi orang last la balik,







okay itu je gambar yang ada dekat aku, well ada muka aku kan, haha. Lagipun time tu aku bukan bawa phone ye la masa kem tu memang tak bawa phone so dari kem terus pi jamuan memang tak ada phone la, ha sudah ayat aku berbelit haha pepaham je la yee. Gambar ni pun dapat dari budak form 2 punya facebook, lol.




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

KEM KEMANISAN IMAN (≥∇≤)ノ


Yayyy akhirnya ini adalah kem yang ke-9 aku pergi untuk tahun 2013. Kem ni dah buat aku muhasabah diri betul betul. Ceritanya bermula begini, masa tu terserempak dengan cikgu agama, dia tanya la "nak pergi kem agama tak?" aku terus cakap nak pastu bagi ah nama dekat dia. So macam biasa aku suka buat kerja last minute, masa nak pi kem tu hari jumaat balik sekolah baru aku packing barang pastu masa aku nak keluar rumah tiba tiba aku terdetik nak call hanis nak tanya dia kat mana tup tup dia kata cikgu dah ada dekat rumah aku nak ambil aku hmm tak suka kalau ada cikgu tau rumah aku dekat mana. Sampai je sana mula mula kiteorang salah berhenti, kiteorang berhenti dekat sekolah rendah then kiteorang jalan kaki sendiri pi asrama SMKBP tu la. Well da besar kan so urus sendiri, masuk je dewan makan dyorang, kiteorang terus daftar then keluar balik tunggu cikgu hantar trip yang kedua. Lepas sampai trip kedua tu, cikgu terus balik. Kiteorang pun bawa la diri sendiri. Lepastu kiteorang kumpul dalam dewan, mula mula sekolah aku duduk terpinggir jauh lepastu hanis ajak duduk dengan budak sekolah Kulai Besar. Dekat meja yg aku duduk ada budak Sekolah Senai, hujung sikit budak Sekolah Taman Putri. Masa tu kiri kanan aku semua muka muka yang aku kenal. Tu pasal kem ni kem yang paling best aku pergi.

Masa kumpul tu kiteorang makan dulu then baru ada taklimat. Ustaz izarudin yang kasi taklimat, masa dia kasi taklimat tu seram la juga bila da lama dekat kem tu best sangat. Habis taklimat terus masuk dorm, masa tu la aku tegur menegur budak budak yang aku kenal. Lepas masuk dorm pi  turun solat asar, habis je solat ada ceramah sikit pastu pergi urus diri pakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki.((terselah keayuan dan kekacakkan kiteorang semua)) dan makan malam. Habis je makan pergi surau solat maghrib pastu ada tazkirah sampai solat isya. Lepas habis solat ada ceramah tentang ancaman akidah : 4S (Song, Sex, Smoke, Sport) dari ustaz mohd rashidi. Ceramah dia tak membosankan wehh, serius best sangat. Habis ceramah ada LDK. Malam tu setiap kumpulan dapat sebiji telur dan beberapa straw minuman. Dengan menggunakan straw kiteorang kena balut telur tu pastu nanti ustaz akan baling telur yang dah dibalut tu. kalau pecah nasib la. Cuma ada satu group budak lelaki yang ustaz baling 3 kali telur dia tak pecah. Okay dyorang memang pandai balut telur tu guna straw. lepas habis je semua tu kiteorang turun pi minum malam then tidur.

Hari sabtu pula kena bangun 4.30 pagi buat qiamullail, masa tu lampu semua dyorang tutup nak bagi kiteorang khusyuk tapi masa tu ada juga budak budak yang tertidur. Masuk je waktu subuh terus solat subuh then ada kuliah subuh sampai pukul 7. Lepastu turun dewan makan dan kita buat senaman badan dan nyanyi lagu Merah Saga sambil buat gaya. Masa tu sumpah tak tenang sebab ada kucing, haihh sabar je la. Lepastu sarapan pagi then pergi surau balik untuk solat dhuha, habis je solat dhuha ada ceramah pasal CCTV dari Ustaz Mohd Nadhir. Habis je ceramah ada LDK tapi yang tu aku tak ingat apa dia, memori aku da hilang, haha. habis LDK ada kudapan dan diteruskan dengan ceramah Ancaman Akidah : Bahaya Ajaran Sesat yang ni ustaz izarudin yang bagi ceramah pastu kiteorang diberi masa wehh untuk tidur tengah hari, ha amacam bagus kann kem ni. Bangun dari tidur kiteorang makan tengah hari pastu solat zohor, lepas solat ada xplorace. Ha masa ni kaki aku sakit, aku memang ada masalah sikit sejak dua menjak ni kan, aku tak boleh berdiri lama lama menggunakan kaki kanan so aku kena lebihkan kaki kiri dalam pergerakan. Ha macam mana tu? Fikir sendiri. Aku duduk dalam dewan makan urut urut kaki pastu dah okay sikit. Aku just dapat join dyorang start checkpoint kedua sampai habis. yang checkpoint pertama aku tak tau apa aktiviti dyorang.

Checkpoint kedua kena panjat bukit, aku yang kena duduk depan then tarik budak group aku tanpa melepaskan tangan dyorang. Checkpoint ketiga, kelapa tua kiteorang kena cabutkan sabutnya, woo group laki dengan perempuan kan asing so di situ terserlah kekuatan kaum Hawa, Yayyy ! Checkpoint keempat pula masak maggi guna sabut yang kiteorang cabutkan tu dengan mancis yang diberikan 3 batang tak silap aku. last last api tak hidup kiteorang makan maggi mentah. haha. Checkpoint terakhir, tak tau macam mana nak explain yang pasti meniarap atas lumpur dan dan dan bergerak sampai penghujung, hmm. siapa pernah pergi kem dapat la bayangkan macam mana.

Habis je semua tu kiteorang pergi bersihkan diri, disebabkan toilet aras dorm kiteorang full, aku lari pergi toilet aras bawah, nak naik atas lagi tak berani. Ye ah kosongkan, kang jadi pape tak ke naye, lepastu pi solat asar then duduk balik dekat dewan makan sambung balik cerita pasal syiah pastu pergi makan. habis je makan pergi solat maghrib then tazkirah pastu solat isya dan ceramah pasal Ahli Sunnah Waljamaah dari ustazah luar, tak silap aku ustazah tu dari sekolah kangkar pulai. Lepastu LDK, ha masa LDK tu setiap group kena keluar cakap kat depan pastu cerita pasal pengalaman kita yang berkawan dengan orang bukan islam. Disebabkan aku ni hidup satu malaysia so aku yang wakilkan group aku cerita pasal classmates aku yang bukan islam dan dyorang asyik tanya aku pasal agama islam akhir sekali kena bagi kesimpulan so di situ aku kata "kita mestilah rapat dengan orang bukan islam agar kita boleh menarik mereka masuk ke agama islam". Lepas habis je tu terus minum malam dan tidur tapi aku tak tidur sebab sibuk duk iron baju sekolah yg nak dipakai masa majlis penutup.

hari Ahad tu [un bangun 4.30 buat qiamullail then  Masuk je waktu subuh terus solat subuh then ada kuliah subuh sampai pukul 7. Lepastu turun dewan makan dan kita buat senaman badan dan nyanyi lagu Merah Saga sambil buat gaya pastu makan. Lepas makan tu naik surau buat solat dhuha lepastu ada ceramah pasal Jejak Jejak Hidayah dari Ustaz Khairul. Habis ceramah ada slot refleksi, masa tu ustaz izharuddin tu spanggil 3 laki 3 perempuan untuk cakap kat depan segala benda yg dah dilalui masa kem, aku nak ke depan tapi tak ada mood time tu so dengar je la apa budak budak yang ke depan tu cakap. Yang paling best ada sorang budak laki ni, dia cakap kat depan semua orang ketawa tapi muka dia selamba je. Tak gelak langsung walaupun dia da buat lawak..Macam orang tak ada perasaan. Lepas habis slot tu kiteorang pi turun dewan makan ada kudapan lepastu persiapan untuk majlis penutup, haa masa ni aku terpaksa mengeluarkan air mata sebab tak dapat join majlis penutup. Tapi masa tu dyorang cakap aku dapat Peserta Perempuan Terbaik, k ni macam merapu. Selama aku pergi kem tak pernah kot dapat, takpe rezeki. Peserta Lelaki Terbaik pula Dinie yang dapat. See dua dua sekolah yang sama, ha baik la juga budak SMK Indahpura kann.

Disebabkan aku, hanis dengan elma tak ada masa majlis penutup so gambar tak banyak la kan. Ni pun ada 2 gambar memang dari hanis, yang lain semua aku ambil dari facebook dengan twitter budak budak ni.

















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*