Woot woot. Actually kem ngo ni kem unit beruniform yang bukan agensi kerajaan macam pengakap, puteri islam, PBSM, pandu puteri. Actually kem ni sekolah aku yg kena pergi budak Pandu Puteri tapi masalahnya budak budak semua da tak datang sekolah yang ada 5 org je form 4 so aku dengan hanis pun merelakan jiwa dan raga untuk pergi, haha. Ada 3 orang sekolah aku, sorang durka budak pandu puteri, aku dengan hanis budak pengakap. Kem ni 4H 3M. Minggu terakhir sekolah. Bagus aku pergi kem ni sebab minggu tu kelas aku 2hari je sekolah yg lagi 3 hari tu dicutikan sebab budak SPM. So pergi kem hari isnin-khamis, then Jumaat tu tak sekolah sebab dicutikan. Kiranya minggu tu memang tak jejak sekolah, lol
Hari isnin tu kumpul dekat PPD pukul 12 gitu tak silap aku. Sampai sampai je hanis jumpa kawan sekolah rendah dia lepastu da taruk barang sementara menunggu bas, hanis balik rumah dgn cikgu sebab tertinggal baju pengakap dia tu. Lepastu duduk duduk aku ternampak Nazura, aku kan rabun so agak agak je la then dia senyum kat aku pastu dia datang dekat aku and sah la tu nazura, okay rindu dia. Lepas sembang sembang hanis pun sampai lepastu bas sampai lepastu bertolak ke Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat Johor. (( banyak betul lepastu aku ))
Sampai dekat Kem Jubli Intan tu, hmm tau tak memang tak kasi FLY tau tak tempat memang strategik, lol. Takpe la tahan je la kan. Sampai dalam pukul 2 gitu kot, sampai sampai daftar pastu pasang khemah pastu pi solat. Bagus betul tempat dia, tempat solat laki dengan perempuan lain. Laki kat surau, perempuan dekat dalam bilik yg tak muat untuk menampung perempuan yang boleh solat so aku solat dalam khemah sepanjang kem tu. Lepastu berkumpul dekat dewan ada taklimat lepastu makan, lepastu kumpul dekat dataran. Masa tu gitu gini bagi taklimat semua pastu mandi, malam kena kumpul dekat dataran tu, waktu malam tu baru bahagikan kumpulan dan yang paling sedih aku dapat group 4, hanis group 1. Menyesal time tu aku pi berjalan ke tempat nana, kalau tak da boleh sama. Nak tukar senyap senyap boleh tapi malas ah, apa salahnya nak buat kawan baru dengan daerah daerah lain. Lepas da bahagi kumpulan pi dewan duduk ikut susunan yang ntah pape -.- Sepatutnya satu group tu satu tempat ni tak. 3 buah kerusi group lain, 3 lagi group lain, last last setiap kali kumpul dekat dewan tak duduk ikut susunan tu pun. Malam tu nyanyi bagai lepastu lantik penghulu & penghuluwati lepastu tidur, Yayyy !
Hari kedua pula, lepas solat subuh dalam pukul 7 lebih gitu ah kumpul dekat dataran ada senaman pagi lepastu sarapan. Lepas sarapan kumpul balik, masa tu kasi taklimat pasal aktiviti apa yang kiteorang kena buat time tu ikut station, aku da lupa apa dia punya ativiti tapi yang aku ingat ada bearing, pertolongan cemas, ikat tali dengan kawad je la. Sebenarnya ada lagi tapi malas nak ingat balik sebab semuanya tak berapa best, wkwkwk. Aktiviti tu dibahagi 2 tau. Maknanya station 1-5 untuk group 1-5. Station 6-10 untuk group 6-10. Esoknya pula kena tukar. Lepas dah habis tu pergi makan tengahhari & solat , lepas tu sambung balik aktiviti lepastu berhenti pi minum petang lepastu solat lepastu perbincangan untukk malam kebudayaan tapi aku tak pergi pun, aku pergi mandi time tu, hahahahaha, habis bincang bersihkan diri then solat maghrib lepastu lepak dengan hanis jap , solat isya lepastu berkumpul balik dekat dataran then masuk dewan. Dah ah masa tu dyorang tak duduk ikut tempat hari pertama so aku sorang je la terpinggir dekat belakang, group aku semua kat depan. Pastu masa malam kebudayaan tu, fuh ada satu group je best. Giliran group aku last sekali dan aku tak tau apa dyorang buat sebab cerita tu pun macam tergantung lepastu aku just masuk angkat orang accident, lepastu keluar lepastu masuk balik nyanyi lagu satu malaysia. Kalua tau time tu aku takyah masuk pun takpe duduk je dekat kerusi dekat dengan group 8, 9, 10. Orang bukan tau pun kan, lol. Lepastu habis je kiteorang boleh masuk tidur. Malam tu boleh hujan dan aku kan berdua dalam khemah dgn hanis lepastu dia tidur mati so aku ni pun gagahkan diri untuk bangun ambil kasut dekat luar. Ha tamak kan kiteorang duduk 2 orang je dalam khemah yg sorang tu kiteorang campak dia dekat khemah sekolah sri pinang tak silap aku. lol.
Hari ketiga macam biasa bangun solat subuh then kumpul dekat dataran ada senaman habis je senaman, sarapan pagi lepastu sambung buat aktiviti yang group 1-5 buat station 6-10. Yang group 6-10 buat station 1-5. Macam semalamnya juga rehat makan tengahhari, solat then sambung buat aktiviti balik sampai la pukul 6 gitu. Lepastu mandi, solat maghrib, kemas baju baju excited nak balik lepastu solat isya lepastu kumpul dekat dataran, Gitu gini kena masuk dewan. Masa dekat dewan tu kiteorang kena buat persiapan untuk majlis penutup. Tugasan semuanya ikut group. Group aku dapat untuk bacaan doa so senang la, aku dan budak budak lain duduk diam je la. Takkan la nak baca doa sampai 20 orang, lol. Sorang sudah. Malam tu da tak tau nak buat apa so duduk dengan hanis sembang sembang , kutuk crush hanis, lol. lepas semua da settle boleh tidur. Aku benci crush hanis, eee rasa nak tumbuk je muka budak tu, menyampah tengok. Masa aku suruh dia ambil sabun cuci pinggan dekat dapur tu dia kata kat aku "talk to my hand" aku cakap baik baik, dia cakap macam tu. kalau boleh tumbuk muka dia time tu da lama aku tumbuk.
Hari keempat yang merupakan hari terakhir, ni yang best ni, haha. Tak sabar nak balik kannn. Kiteorang kumpul dekat dataran lepastu masuk dewan ikut uniform memasing. Nasib baik hanis pun pengakap so senang kerja. Time tu perempuan yang pengakap 3 orang je. Sadiss. Lepas gitu gini da susunan elok semua da okay baru start majlis penutup. Da sampaikan hadiah bagai, nyanyi lagu Gemuruh dengan gaya habis la juga majlis tersebut. Lepastu makan tapi aku dengan hanis tak makan, kiteorang balik khemah kemas baju tapi kiteorang bengong tak pi buka khemah tu, lepas kemas kiteorang pergi makan, habis je makan tengok semua khemah dah buka, khemah kiteorang je yang masih terpacak disitu, nasib baik budak sekolah alaudin tu tolong buatkan. Woo memang best hidup kalau gini. Lepastu da kemas semua pi dekat dataran tunggu bas sambil tangkap gambar, minta facebook, twitter, no phone bagai. Ada orang minta no aku tapi aku bagi yang tipu cuma 3 orang je yang dapat no aku yg betul. Lepastu aku bla, aku terus ikut daerah aku pi tangkap gambar semua lepastu bas sampai lepastu balik. Yayyyyyyy !
Last sekali aku nak complain ah pasal kem ni.
1. Yang tak ada bla ah budak budak ni semua pesan kena bangun pukul 6,30, kena kumpul dekat dataran. Tup tup weh bukan 6.30 tapi 7 lebih baru kumpul, menyusahkan, da la aku kejut hanis dia tak bangun, 10 minit sebelum kena kumpul tu baru dia bangun. Hari pertama kata nak disiplin NGO lagi elok dari GO tapi dalam jadual tentatif aku dapat dia punya masa tak sama langsung dengan yang real, lol. Tentatif kata pukul 6, tapi hakikatnya kumpul pukul 7. Macam tu la. Hmm nampak sangat tak menepati masa, lol -.-
2. Toilet. Aku tak kisah tak ada pintu atau yang tak ada kunci dan pintu dia pakai yang langsir tu pun tak kisah sebab setiap kali mandi aku dapat toilet yang ada pintu dan berkunci. Tapi masalahnya ada dalam 4 toilet yang berpintu tapi dia pi tutup jamban guna simen lepastu tak ada lubang dalam tu harapkan lubang pintu yang bawah tu je la. Lepastu air bertakung dekat bahagian tengah tu. Korang bayangkan la kalau korang kencing then nak ambil sembahyang dekat situ bersih ke? Takkan. Aku tau korang mesti tak dapat bayangkan apa yang aku bitau janji aku da tulis dekat sini dan janji siapa yang pernah pergi Kem Jubli Intan dia tau la apa maksud aku.
Aku rasa tu je kot aku nak complain. Kalau boleh aku nak complain banyak lagi tapi takpe la, aku dah pun selamat sampai dekat rumah so malas nak complain banyak banyak. Gambar pun tak banyak sangat sebab aku malas nak stalk budak budak kem yang lain, ada gambar yang dalam phone hanis je la. Sebenarnya dalam phone hanis tu pun ada 100++ gambar tapi semuanya muka aku dgn hanis yg banyak so takyah la kan nak upload, lol.
0 comments to zeeQa:
Post a Comment