Masa Sambutan Maulidur Rasul sekolah aku hantar seramai 40 orang menjadi sukarelawan dekat Masjid Al-Mubarak, Bandar Putra, Kulai. Sampai sampai je dah nampak dah crush dari jauh tu pun elma yang perasan, lepastu aku terus pusing pi cakap dengan fatiha. Lepastu pi makan lepas makan tangkap gambar lepastu buat kerja. Sekolah aku diarahkan untuk hantar air lepastu angkat dulang yang dah habis makan. Korang tau tak makan ramai ramai dalam satu dulang macam nasi ambang, aku pun mula mula tak tau tapi masa form 1 baru pindah Johor baru aku tau. Kesian noh aku ni, semua benda tak tau.
Masa tengah buat kerja, masa tu mood aku kurang sikit ah sebab ada masalah. Masa aku tolong serve air tetibe qayyum dengan yaya ah punya pasal air tu tumpah habis kain aku. Pergi toilet pi bersihkan then fatey cakap "ira baik kau basahkan je satu baju kau" lol. Nasib baik tak ikut sangat kata kata dia, haha.
Masa aku nak buang sisa makanan dalam dulang tak silap ah ada yaya sebelah aku, pastu dia senyum secara tiba tiba aku pusing belakang ehem crush i ada dekat belakang uolls. Dia nak ambil air masa tu, Masa senyum dekat dia terubat la sikit masalah aku, lol. Gedik noh aku ni. Masa tu aku rasa dia kelihatan agak ensem, maybe sebab dia berbaju melayu kot la. Tapi bila aku tengah busy buat kerja, dia sentiasa ada depan mata aku. Bila aku da senang sikit, tak ada kerja nak buat, dia tak muncul langsung depan aku. Sedih ah gini kan.
Setengah hari jadi sukarelawan aku rasa okay la sebab semua crush aku ada dekat masjid tu. Bersemangat la konon nak buat kerja sampai masalah yang aku bawa mula mula tu terus hilang. Majoriti yang aku tanya dyorang semua datang nak dengar ceramah. Alhamdulillah ada ciri ciri untuk menjadi seorang suami yang baik, lol. Aku ni ramai sangat crush tapi kalau tak ada jodoh dengan salah sorang dari crush aku tu tak tau nak cakap apa, lol. Masa dah siap semua kerja cari juga semua crush aku sebab nak ajak bergambar tapi kawan kawan dia da balik so aku pun assume ah dia da balik juga. Tak pe la kalau ada rezeki jumpa lagi.
0 comments to zeeQa:
Post a Comment