Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PERSAHABATAN TIGA SEGI



Mungkin ramai yang pernah alami situasi begini. Persahabatan yang melibatkan nombor ganjil. Aku pun pernah alami semua ni

Contoh persahabatan tiga segi : berkawan 3 orang ,5 orang atau seangkatan dengannya.


Selalunya,persahabatan begini akan menyebabkan salah sorang akan rasa ‘tersisih’. Kawan yang rasa ‘tersisih’ tu pada awalnya akan rasa ‘cool’ jek , cam tak de apa2 . Tapi lama kelamaan disebabkan selalu sangat memendam rasa kecik hati , akhirnya yang ‘tersisih’ tu mengundurkan diri , lalu membiarkan 2 orang kawan tersebut. Yang 2 orang tu mungkin akan rasa pelik & hairan , dan timbullah persoalan antara mereka ..

Contoh :- “napa perangai dia pelik semacam jek?”,,”kenapa dia tiba-tiba jauhkan diri ekk ? kita ada wat salah ke ??”.

Antara situasi/contoh2 rasa tersisih:-

1-Kawan yang 2 orang tu saling bercerita tapi terlupa yang kawan yang ke 3 tu turut ada 

   sekali. (buat macam tak wujud jek)
2-kawan yang 2 orang saling berkongsi cerita dan mengetahui rahsia masing2, tapi tidak  

   kawan yang ke 3, kalau tau pon, dia orang yang terakhir tahu.

Bila situasi ini terjadi, mula la kawan yang rasa dirinye ‘tersisih’ merasakan, dia dah tak diperlukan dalam persahabatan 3 segi ini. Dia rasa terpinggir. Mungkin hal ini tidak disengajakan oleh 2 kawan tadi.

Kadang situasi ini berlaku bila 2 orang yang dah lama bersahabat, tapi tiba tiba muncul watak ke’3’ atau ke’5’, yang kira sama kepala , maka berlakulah persahabatan yang sedemikian, tapi lama lama ianya makin pudar mungkin disebabkan keserasian 2 orang sahabat itu maka sahabat yang sorang lagi merasakan diri dia rasa ‘tersisih’.


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

fiqah hamed said...

In shaa Allah akan jumpa sahabat yang membawa ke syurga kelak..(":