Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

KEM KEMANISAN IMAN (≥∇≤)ノ


Yayyy akhirnya ini adalah kem yang ke-9 aku pergi untuk tahun 2013. Kem ni dah buat aku muhasabah diri betul betul. Ceritanya bermula begini, masa tu terserempak dengan cikgu agama, dia tanya la "nak pergi kem agama tak?" aku terus cakap nak pastu bagi ah nama dekat dia. So macam biasa aku suka buat kerja last minute, masa nak pi kem tu hari jumaat balik sekolah baru aku packing barang pastu masa aku nak keluar rumah tiba tiba aku terdetik nak call hanis nak tanya dia kat mana tup tup dia kata cikgu dah ada dekat rumah aku nak ambil aku hmm tak suka kalau ada cikgu tau rumah aku dekat mana. Sampai je sana mula mula kiteorang salah berhenti, kiteorang berhenti dekat sekolah rendah then kiteorang jalan kaki sendiri pi asrama SMKBP tu la. Well da besar kan so urus sendiri, masuk je dewan makan dyorang, kiteorang terus daftar then keluar balik tunggu cikgu hantar trip yang kedua. Lepas sampai trip kedua tu, cikgu terus balik. Kiteorang pun bawa la diri sendiri. Lepastu kiteorang kumpul dalam dewan, mula mula sekolah aku duduk terpinggir jauh lepastu hanis ajak duduk dengan budak sekolah Kulai Besar. Dekat meja yg aku duduk ada budak Sekolah Senai, hujung sikit budak Sekolah Taman Putri. Masa tu kiri kanan aku semua muka muka yang aku kenal. Tu pasal kem ni kem yang paling best aku pergi.

Masa kumpul tu kiteorang makan dulu then baru ada taklimat. Ustaz izarudin yang kasi taklimat, masa dia kasi taklimat tu seram la juga bila da lama dekat kem tu best sangat. Habis taklimat terus masuk dorm, masa tu la aku tegur menegur budak budak yang aku kenal. Lepas masuk dorm pi  turun solat asar, habis je solat ada ceramah sikit pastu pergi urus diri pakai baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki.((terselah keayuan dan kekacakkan kiteorang semua)) dan makan malam. Habis je makan pergi surau solat maghrib pastu ada tazkirah sampai solat isya. Lepas habis solat ada ceramah tentang ancaman akidah : 4S (Song, Sex, Smoke, Sport) dari ustaz mohd rashidi. Ceramah dia tak membosankan wehh, serius best sangat. Habis ceramah ada LDK. Malam tu setiap kumpulan dapat sebiji telur dan beberapa straw minuman. Dengan menggunakan straw kiteorang kena balut telur tu pastu nanti ustaz akan baling telur yang dah dibalut tu. kalau pecah nasib la. Cuma ada satu group budak lelaki yang ustaz baling 3 kali telur dia tak pecah. Okay dyorang memang pandai balut telur tu guna straw. lepas habis je semua tu kiteorang turun pi minum malam then tidur.

Hari sabtu pula kena bangun 4.30 pagi buat qiamullail, masa tu lampu semua dyorang tutup nak bagi kiteorang khusyuk tapi masa tu ada juga budak budak yang tertidur. Masuk je waktu subuh terus solat subuh then ada kuliah subuh sampai pukul 7. Lepastu turun dewan makan dan kita buat senaman badan dan nyanyi lagu Merah Saga sambil buat gaya. Masa tu sumpah tak tenang sebab ada kucing, haihh sabar je la. Lepastu sarapan pagi then pergi surau balik untuk solat dhuha, habis je solat dhuha ada ceramah pasal CCTV dari Ustaz Mohd Nadhir. Habis je ceramah ada LDK tapi yang tu aku tak ingat apa dia, memori aku da hilang, haha. habis LDK ada kudapan dan diteruskan dengan ceramah Ancaman Akidah : Bahaya Ajaran Sesat yang ni ustaz izarudin yang bagi ceramah pastu kiteorang diberi masa wehh untuk tidur tengah hari, ha amacam bagus kann kem ni. Bangun dari tidur kiteorang makan tengah hari pastu solat zohor, lepas solat ada xplorace. Ha masa ni kaki aku sakit, aku memang ada masalah sikit sejak dua menjak ni kan, aku tak boleh berdiri lama lama menggunakan kaki kanan so aku kena lebihkan kaki kiri dalam pergerakan. Ha macam mana tu? Fikir sendiri. Aku duduk dalam dewan makan urut urut kaki pastu dah okay sikit. Aku just dapat join dyorang start checkpoint kedua sampai habis. yang checkpoint pertama aku tak tau apa aktiviti dyorang.

Checkpoint kedua kena panjat bukit, aku yang kena duduk depan then tarik budak group aku tanpa melepaskan tangan dyorang. Checkpoint ketiga, kelapa tua kiteorang kena cabutkan sabutnya, woo group laki dengan perempuan kan asing so di situ terserlah kekuatan kaum Hawa, Yayyy ! Checkpoint keempat pula masak maggi guna sabut yang kiteorang cabutkan tu dengan mancis yang diberikan 3 batang tak silap aku. last last api tak hidup kiteorang makan maggi mentah. haha. Checkpoint terakhir, tak tau macam mana nak explain yang pasti meniarap atas lumpur dan dan dan bergerak sampai penghujung, hmm. siapa pernah pergi kem dapat la bayangkan macam mana.

Habis je semua tu kiteorang pergi bersihkan diri, disebabkan toilet aras dorm kiteorang full, aku lari pergi toilet aras bawah, nak naik atas lagi tak berani. Ye ah kosongkan, kang jadi pape tak ke naye, lepastu pi solat asar then duduk balik dekat dewan makan sambung balik cerita pasal syiah pastu pergi makan. habis je makan pergi solat maghrib then tazkirah pastu solat isya dan ceramah pasal Ahli Sunnah Waljamaah dari ustazah luar, tak silap aku ustazah tu dari sekolah kangkar pulai. Lepastu LDK, ha masa LDK tu setiap group kena keluar cakap kat depan pastu cerita pasal pengalaman kita yang berkawan dengan orang bukan islam. Disebabkan aku ni hidup satu malaysia so aku yang wakilkan group aku cerita pasal classmates aku yang bukan islam dan dyorang asyik tanya aku pasal agama islam akhir sekali kena bagi kesimpulan so di situ aku kata "kita mestilah rapat dengan orang bukan islam agar kita boleh menarik mereka masuk ke agama islam". Lepas habis je tu terus minum malam dan tidur tapi aku tak tidur sebab sibuk duk iron baju sekolah yg nak dipakai masa majlis penutup.

hari Ahad tu [un bangun 4.30 buat qiamullail then  Masuk je waktu subuh terus solat subuh then ada kuliah subuh sampai pukul 7. Lepastu turun dewan makan dan kita buat senaman badan dan nyanyi lagu Merah Saga sambil buat gaya pastu makan. Lepas makan tu naik surau buat solat dhuha lepastu ada ceramah pasal Jejak Jejak Hidayah dari Ustaz Khairul. Habis ceramah ada slot refleksi, masa tu ustaz izharuddin tu spanggil 3 laki 3 perempuan untuk cakap kat depan segala benda yg dah dilalui masa kem, aku nak ke depan tapi tak ada mood time tu so dengar je la apa budak budak yang ke depan tu cakap. Yang paling best ada sorang budak laki ni, dia cakap kat depan semua orang ketawa tapi muka dia selamba je. Tak gelak langsung walaupun dia da buat lawak..Macam orang tak ada perasaan. Lepas habis slot tu kiteorang pi turun dewan makan ada kudapan lepastu persiapan untuk majlis penutup, haa masa ni aku terpaksa mengeluarkan air mata sebab tak dapat join majlis penutup. Tapi masa tu dyorang cakap aku dapat Peserta Perempuan Terbaik, k ni macam merapu. Selama aku pergi kem tak pernah kot dapat, takpe rezeki. Peserta Lelaki Terbaik pula Dinie yang dapat. See dua dua sekolah yang sama, ha baik la juga budak SMK Indahpura kann.

Disebabkan aku, hanis dengan elma tak ada masa majlis penutup so gambar tak banyak la kan. Ni pun ada 2 gambar memang dari hanis, yang lain semua aku ambil dari facebook dengan twitter budak budak ni.

















TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

4 comments to zeeQa:

Farah Waheda Wahid said...

tiba tiba bila baca dan tengok gambar2 kat entry ni terkenang pula zaman2 akak study dulu dik...

ezyra taharin said...

seronok nye zaman sekolah ..rindu lah

ika sulaika said...

wooo dlm picture student boy ade 2 bdx skolah sye. shahmi syafiq :3 the mereng boy forever XD

zeeQa said...

@ika sulaika hoho mereng boy, btw kirim salam dekat dyorang tauu