Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

HARI ANUGERAH KOKURIKULUM ↖(^▽^)↗


Woo okay sebenarnya hari anugerah kokurikulum ni dia gabung dengan macam macam aktiviti. Dia start dari hari Jumaat petang ((lepas solat jumaat)) sampai hari ahad ((pukul 1)). Aktiviti yang pertama Jumaat sampai Ahad ada 2 kem yang berlaku serentak selama 3 hari 2 malam dekat sekolah aku. Kem Unit Beruniform Daerah Kulai dengan Kem Bomba Daerah Kulai. Pastu ada hari keusahwan so kiteorang yang tunas bistari ambil la kesempatan, kata nak untung kann mesti la nak jual menjual time tu. Pastu Sabtu ada pertandingan dodgeball "Open Indahpura". Ahad pula ada pertandingan Futsal. Sabtu je la banyak aktiviti, pagi ada Anugerah Kokurikulum pastu petang ada dodgeball dengan Indahpura Got Talent. Tak lupa juga haritu ada flying fox, rumah hantu, mini zoo dan banyak lagi tapi aku tak sempat nak pergi semua tu sebab tak ada masa.

Hari Jumaat start tunas bistari meniaga so not bad semua berjalan lancar walaupun hujan. Esok harinya pula, sabtu gua kena datang awal sebab dapat anugerah. Lepastu aku pi surau jap jumpa hanis, you know what ada orang cakap "fuyoh, lawyer lalu" me "da diam !" pastu aku terus lari pergi surau, masa dekat surau tengah menjahit lencana tetibe kena marah dengan someone, jujur aku cakap, aku sakit hati sangat time tu. Dia fikir diri dia je, orang lain tak fikir? Nak menangis masa tu tapi takpe la tahan kan aje. Lepastu aku terus pergi tapak meniaga tu then daftar nama untuk budak budak yang dapat anugerah lepastu aku pergi library. Masuk library cikgu bitau aku kena sambut tetamu pegang bunga pahang, ahh aku tak tau apebenda nama bunga tu, main tibai je, lol. Tunggu la dekat pintu pagar tu awal satu jam rasanya, bapak ah da la dahaga time tu, lepastu lama sangat tunggu duduk je ah dengan budak budak lain depan pintu pagar tu. Aku bukan ada kawan pun yang lain semua form 5. Tengah termenung tetibe aku nampak ex aku lalu depan aku, fak haha. Cinta lama berputik kembali, wkwkkwk. Lepastu budak bomba nak buat lintas hormat dyorang kawad sampai pintu pagar and haha gua jumpa crush baru, haha. Okay lupakann. Lepas lama tunggu sampai aku sempat beli air semua tangkap gambar sampai la VVIP yang kiteorang nak sambut tu. Lepas tu terus pergi tempat duduk masing masing, ha masa tu dyorang tukar last minute yang anugerah untuk rakan muda naik dulu. Hmm.  Bosan time tu, ye ah kiri kanan depan belakang semua bukan gang aku.

Lepas habis sepatah dua kata semua yang perlu berucap di depan tu so penyampaian hadiah pun bermula. Woo baru aku tau aku dapat 3 anugerah, aku ingatkan 2 je -.- Tu pun rakan muda pingat perak dengan dodgeball tapi ada satu lagi yang aku lupa bahas bahasa melayu ala parlimen tu pun aku dapat. Lepas dapat je anugerah semua tu terus bla pergi tempat dodgeball inform dekat cikgu suruh start pukul 2 petang sebab group aku je la yang panggil budak luar. Aku pun sempat balik, sempat mandi solat then pi sekolah balik. Sampai sekolah dalam 1 lebih, aku pi la jenguk gerai tunas bistari lepastu dah pukul 2 budak team aku sampai so aku tinggalkan dyorang dengan harapan dyorang boleh jaga semuanya. Masa dodgeball tu weeeee aku yang tak ada mood terus happy semacam. Yang best la group aku tu haram jadah main pun tak tetibe kena main nasib baik dapt no 4, kalau dpaat no last malu. Semuanya sebab ada pali. Woo Pali kuat wooo, hahha. Habis je tu terus balik dan solat semua lepas maghrib aku terus tidur.

Hari Ahad aku datang agak lewat dan woo hari ahad aku bawa motor kawan aku, bayangkan woi berapa tahun tak bawa motor bila bawa motor je KEKOK nasib baik time tu jalan tak berapa sibuk. Hari Ahad tu aku datang sebab nak settlekan perniagaan tunas bistari ah kan. Alhamdulillah semua habis. Sambil tu aku, elma dengan fatiha usha budak kem bomba, wooo. haha. Dapat sorang je ah tu pun budak form 5 lepastu dah stop it dosa kan. haha. So untung Tunas Bistari selama 3 hari tu aku tak tau berapa dan malas nak ambil tahu sebab aku punya jawatan bukan akauntan aku punya jawatan bahagian pemasaran. Okay okay dah sampai sini je malas nak cerita panjang. Dan dan dan ni je gambar yang aku ada sebab banyak gambar dekat kamera cikgu. Okay bye.











TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

2 comments to zeeQa: