Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PRAY FOR MALAYSIA


Okay seperti yang sedia maklum terdapat beberapa buah negeri sudah dilanda banjir. Sekarang ni pun hujan tak berhenti lagi. Tadi buka twitter, penuh TL pasal banjir dan mula la manusia manusia ini membuat andaian dan ada juga yang mengutuk sana sini dan yang paling aku pelik mereka semua ini tidak ada perasaan hormat bila kutuk Perdana Menteri sendiri. Kadang tak faham dengan manusia yang macam ni, dalam keadaan yang macam ni, macam macam benda yang dyorang fikir, benda da Allah rancang, tak adanya kaitan dengan politik bagai.

Paling sedih bila katanya yang dekat kelantan terputus hubungan apa semua, aku boleh rasa semuanya walaupun aku bukan mangsa banjir tu. Aku sendiri risau weh, kot kot tempat aku ni banjir ke apa. Ye la hujan tadi start dalam pukul 12 malam tak silap sampai sekarang tak berhenti. Semakin banyak tempat yang telah dinaiki air. Memang setiap hujung tahun akan banjir tapi tak ada la teruk macam tahun ni. Tahun ni macam macam jadi dekat Malaysia.

Dekat twitter ada yang kaitkan nak kiamat ke apa tapi Allah je tau semua tu tapi yang aku tau ustazah ustaz pernah cerita yang kita tau kiamat berlaku hari Jumaat k da berhenti cerita pasal ni, aku sendiri seram. Ye la dosa masih banyak lagi, harap sempat bertaubat la kan. Apa apa pun kita berdoa je la agar hujan berhenti, dan matahari pun timbul serta banjir ini surut. Selagi boleh berdoa kita doa, selagi boleh bantu mangsa banjir, kita bantu. Tapi jangan ada yang ambil kesempatan, kata duit tu untuk bantu mangsa banjir tapi di bawa duit tu ke arah lain, tu memang melampau, harap tak ada la yang ambil kesempatan macam tu. Ingat derma tu dengan ikhlas okay. 



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

sabrinashekhahmad said...

sedih sangat bila dengar pasal banjir ni.. ada yg ina dengar tersekat dekat atas bukit then kalau bot nak amik pun tak boleh sebab takut dibawa arus.. makanan yg tinggal pun dah tak de dah.. dah lah kat situ ada baby.. Ya Allah, bila dengar rasa sedih sangat :'(