Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

SINUSITIS


Okay anak anak, cewahh, baru baru ni i masuk hospital dan ada yang tanya kenapa.
K sebenarnya aku masuk hospital pun sebab sinus, tu pun sebab resdung aku yang da ada sejak azali lagi.
Masa form 3 aku ada pi klinik ambil surat nak operate tapi disebabkan sekolah kan memang busy and last sekali, aku betul betul tekad nak buat lepas SPM tapi dapat PLKN.
Tapi bila pi medical checkup, aku tak layak pi PLKN so next week lepas budak budak lapor diri pi PLKN aku pergi klinik adham ambil surat.
Lepas da ambil surat, nak kena buat surat insurans lagi sebelum pergi KPJ.
Ayah pun tak bagi respond pape sebab sabtu ahad tu aku kerja tiba tiba ayah cakap pi hari sabtu tapi aku cakap aku kerja tangguh pi hari isnin 15/12/2014.

Masa hari isnin tu ingatkan nak tengok je aa dulu sebenarnya apa masalah aku kan, bila scan je dalam hidung, rupanya tulang hidung aku yang tengah da membengkok ke kiri, tu yang buat hidung aku tak boleh berfungsi dengan baik, lepastu bengkak.

*gambar dua tepi yang atas tu bahagian kiri dan bawah/yang gambar besar bahagian kanan*

Lepas scan doktor tu masukkan macam kapas tapi bukan kapas tapi dekat situ ada ubat so aku kena tunggu 10 minit biar ubat tu mengalir ke dalam hidung,
Masa tengah tunggu dekat luar tu, ehemm i usha nurse laki okay, not bad ensem, lol.
Lepas je 10 minit masuk balik bilik doktor nezrean, dia keluarkan benda yg dia sumbat dekat hidung aku then dia scan balik dan hidung aku boleh scan sampai ke dalam sebab dia nak tgk ada ketumbuhan ke tak dkt bahagian dalam dan alhamdulillah tak ada.
Yang after 10 minutes tak ada gambar nak ditunjuk sebab da dipadam, lol.
Lepastu bincang punya bincang doktor cakap operate buat hari selasa dan paling cepat keesokan harinya.
Lagi cepat lagi bagus kann.

Tengah hari tu juga masuk wad.
Ni yang sedih gila ni, masuk wad aku da taruk beg aku pesemua, akak nurse 2 org datang.
Dia nak ambil darah then banyak kali gak dyorg ni kerjakan tangan aku sebab tak jumpa urat, they said "urat awak halus sangat"
Lepastu bila da jumpa urat sorg tu cucuk then dia cakap "kenapa darah awak sikit, awak kedekut darah ni"
Dua dua belah tangan aku bengkak sebab dyorang tak berjaya mencari urat aku.
Lepastu aku pi mandi, lepas mandi cucuk lagi, fuhh nak menangis dibuatnya.
Kali ni dia nak cucuk masukkan jarum sebab nak masukkan antibiotik, untuk bius pun dia cucuk situ.
Ni pun banyak kali try sebab tak jumpa urat juga.
Aku tak tau kenapa cucuk dekat sekolah macam sekolah rendah dulu then untk kanser serviks, aku tak rasa sakit tapi yang ni nak ambil darah then masukkan jarum tu sakit teramat.

*disebabkan jarum yang dicucuk tangan kanan, aku susah nak buat apa apa, bila tangan tu terkena something rasa perit wehh, rasa mcm jarum dekat dalam tu bergerak*

Lepas aku solat asar, ada doktor laki tu datang dan nurse tu cakap tu doktor yang akan bius aku esok.
Aku rasa macam kenapa doktor laki, haram tak leh sentuh aku, hahahha.
Lepastu setiap 8 jam dyorang check tekanan darah, suhu badan.
Tekanan darah aku sekejap normal, sekejap turun tapi nasib baik masa malam tu sebelum tidur tekanan darah aku normal.
Malam tu aku lari dari hospital i makan kacang pool dgn family i padahal nurse tu tak kasi keluar dari hospital tapi i peduli apa setengah jam je kot keluar.
Lepas habis makan balik la hospital pastu dia kasi ubat ada ubat tidur tau.
Makan tu terus tidur pastu dalam pukul 12 tersedar reply text hanis sampai pukul 1 tak silap.

Dalam pukul 5 pagi aku tersedar sebab aku kena puasa then selepas 6 jam baru boleh operate, aku pinjam phone then aku tweet la kejap lepas tu nurse datang check tekanan darah lagi pastu dalam pukul 9 doktor aku datang dia kata paling awal pukul 12 operate, okay.
Lepastu da sampai masanya, masa masuk dalam bilik nak operate tu, muka da pucat wehh, ditambah dengan suasana yang sejuk, biasa aaaa hospital swasta, dia main aircond je tak main kipas, lol.
Lepastu masuk je dekat bilik pembedahan ada doktor laki then dia cakap  "jangan takut, tak ada apa apa, nanti tau tau je awak da sedar"
Nurse pun cakap gitu, makin dyorang cakap gitu, makin deras air mata aku mengalir, haha.
First aku rasa mcm dekat situ semua perempuan tak ramai laki so aku tak kisah sgt pasal aurat ke apa cuma yang aku kisah doktor yg bius tu doktor laki, doktor yg operate aku tu doktor perempuan.
Tapi sebelum aku dibagi bius aku da teliti sekeliling memang tak ada lelaki, semuanya perempuan.
Masa doktor tu kasi bius kan, nak menangis sakit siot tapi dalam 2 minit macam tu aku da tidur da sedar sedar je da pukul 5.40 petang lepastu aku sedar rambut aku didedahkan tanpa ditutup semula, siot je doktor ni, ye pun tutup la balik, haihh. nasib baik da ikat kemas kemas kalau aku tak ikat memang serabai aaa.

Lepas operate tu aku ada dapat satu botol yg mcm botol urine test tu.
Dalam botol tu ada darah aku, setengah botol juga aaa darah tu.
Lepastu dlm botol tu juga ada benda warna putih macam lembik gitu aaa aku tak sure apa benda tapi dekat botol tu dia ada tulis "turbinate fur"
Aku nak tangkap gambar tapi geli aaaa tengok.
Yang pasti lepas operate tu sumpah aku taknak mengandung pesemua, hahahah.
Tak nak sakit apa apa, tak nak aaaa masuk hospital, seksaa, LOL.
Baru operate hidung kalau nak beranak nanti aaaa tak rela aku, lepastu aurat terdedah, haihh memang tak nak tak nak tak nak.
Tapi lepas operate tu aku macam ntah la, aku nampak adik aku tepi katil padahal masa hari aku operate mana ada adik aku datang, macam lepas operate tu aku khayal gitu la.

K sambung balik cerita, doktor ada sumbat apa ntah dalam hidung aku macam span pun ada, aku tak sure.
Dia sumbat benda tu nak elakkan hidung aku daripada mengalir banyak darah.
Tapi bila aku tengok kapas yang dia tampal dekat lubang hidung aku tu, bahagian kanan banyak darah, kiri tak ada pun.
Esok pagi dalam pukul 9 lebih doktor tu datang wad aku sebab dia nak keluarkan span yang ada dalam hidung aku.
Sekali dia keluarkan, rasa perit dalam masa yang sama darah banyak keluar dari mulut dengan hidung.
Then doktor kasi macam kain tapi bukan kain sorry k peralatan dekat hospital aku tak tau, aku tanya akak aku yg nurse pun dia tak leh bayangkan apa yang aku maksudkan,
Kononnya kain yang aku cakap tu dia suruh tahan darah daripada mengalir, dia suruh aku pegang hidung aku macam nak hembus hingus.
Dia suruh tekan biar darah tu berhenti then jadi darah beku.
Tapi tak berhenti sepenuhnya la sebab aku balik rumah still bleeding.

Lepas habis semua tu, aku tidur sementara nak menunggu saat saat pulang ke rumah, lol,
Petang tu nurse datang nak cabutkan jarum dekat tangan, nasib baik tak sakit tau.
Maghrib tu aku baru boleh keluar hospital.
Sampai rumah akak tanya "kenapa boleh balik? darah tak berhenti lagi kan?"
Gila nak duduk lama lama, siapa nak bayarkan.
Sedangkan tisu tambahan yang aku minta kena charge then insurans tak nak bayar yang tambahan punya.
Benda aaa tapi insurans takaful ni leceh sikit, lepastu tak banyak klinik dekat kulai ni yang ambil takaful punya.
Sebelum ni company ayah pakai ING lepastu tukar takaful.

Okay berbalik semula kepada cerita aku.
Yang pasti nak hembus pun darah still ada.
Tapi lepas makan ubat okay la cuma dekat hidung ni memang terasa sakit lagi.
Dekat hospital, pagi aku order sandwich, tengahari aku order ikan masak sup gitu la, petang tak order memang dia kasi sendiri, malam aku order ikan masak singgang.
So dekat rumah kena makan pantang aaa, nasib baik adik aku sorang ni sunat so pasal makanan tak kesah sangat lagipun aku bukan makan banyak sangat mcm dulu.
Well tengah proses nak kuruskan badan, lol.
Apa apa pun nak kena tunggu hari isnin 22/12/2014 ada appointment dengan doktor.
Nak tengok perkembangan seterusnya.
Dan ada allergic test.
Harap hidung ni tak bleeding lagi dan aku sihat so senang sikit untuk allergic test.




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

Nuryani Shafina said...

salam . saya fina . saya pun akan menjalani operation turbinate yang bengkak dan betulkan septum yang bengkok pada 26/10 ini di kpj ampang puteri, boleh saya tahu kos rawatan yang dikenakan ? terima kasih