Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

DRAMA KAMPUNG GIRL




Drama Kampung Girl satu lagi drama yang diadaptasi daripada novel karya Umi Kalsom.
Aku pernah baca novel ni tapi sekerat je sebab bukan novel aku lagipun time aku baca last year nak dekat PMR so tak boleh baca novel sangat nanti aku taknak belajar.
Memandangkan novel ni diadaptasi tak payah la susah susah aku nak baca balik novel ni, kahkahkah,

Drama ni dilakonkan oleh Akim dan Nad Zainal sebagai watak utama, dan barisan pelakon lain iaitu  Emma Maembong, Shahrizal Jaszle, dan ramai lagi.
Drama ni ada 13 episod dan telah ditayangkan semalam 12/7/2013.
Drama ni telah menggantikan slot Zehra yang lepas iaitu Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Ha lepas ni dah tak dapat tengok Tiz Zaqyah pakai tudung dah.
Aku suka tengok dia pakai tudung, nampak comel.
Nasib baik Drama Kampung Girl ni Nad Zainal pun pakai tudung.
Seriously comel.
Dont know why aku lagi suka tengok artis pakai tudung, seriously dyorang lagi cantik bertudung daripada mendedahkan aurat *ikhlas dari hati*
Zeeqa ada letak link online Kampung Girl dekat bawah sekali korang boleh klik kala terlepas cerita Kampung Girl.



Tarikh tayangan: 12/7/2013
Slot : Zehra

SINOPSIS :

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?











Korang yang tak dapat tengok cerita Kampung Girl ni boleh lah klik link dekat bawah.
Bagi aku la tengok online baru best sebab tak ada iklan yang mengganggu hidup aku, lol.
Sebelum ni semuanya aku tengok online, macam SSID, Showdown, Teduhan Kasih, Ramadhan Yang Hilang dan lain lain.

Tonton Drama Kampung Girl Episod 5 - Akan Datang
Tonton Drama Kampung Girl Episod 10 - Akan Datang
Tonton Drama Kampung Girl Episod 13 - Akan Datang






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: