Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PERKHEMAHAN PATRIOTISME MURID SEKOLAH MENENGAH 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR



Yeayyy akhirnya aku selamat sampai ke rumah petang semalam pada jam 2.30 petang, tapi cikgu hanya hantar aku dekat depan sekolah rendah indahpura 2, tu pun dah bersyukur, haha. Okay aku baru balik dari kem tapi sorry sangat kem kali ni tak ada gambar sebab aku dah tak pakai phone. Ni kem yang keTUJUH aku pergi untuk TAHUN 2013. Kem kali ni dekat Pusat Kokurikulum Johor (Kem Tasek Utara). Sekolah aku hantar wakil 8 orang, semua melayu, semua kelas 4 teknikal. Kelas sains nak pergi tapi tak boleh sebab dyorang ada presentation. Hati murni kiteorang budak kelas teknikal ni je yang pergi. Nak harapkan budak cina india pergi kem, no lah. dyorang semua nak belajar je.

Dah melalut dah aku, sambung cerita sebenar. Kiteorang sampai sana dalam 2.30 atau nak dekat pukul 3 macam tu kot. Tak ada jam so tak tahu pukul berapa sampai, Kulai dengan JB bukan jauh mana pun tapi kiteorang tetap lambat juga sebab anak cikgu azam ambil lambat. CIkgu tu ada hal so anak dia yang hantarkan kiteorang. Anak dia not bad lah, ensem juga. hahahah. Okay sampai je situ kiteorang ada taklimat, habis taklimat pergi makan. Makanan kat kem biasa lah tak sedap sangat, haha. Lepastu tak silap aku pergi solat Asar. Habis je solat kena berkumpul untuk pasang khemah, Satu khemah tak boleh sekolah sama, ada bangsa lain, yang paling sedih aku tak dapat satu khemah dengan kawan aku yang 3orang tu. Elma, Fatiha dengan Zerit dapat satu khemah, tak adil, haha. Tapi dapat satu khemah dengan nana, leha dengan budak india tu best kot. Tak mengganggu aku tidur, kalau dengan kawan aku confirm ah tak tidur, menyembang je sepanjang malam.

Lepas pasang khemah tu kumpul balik then makan lepastu solat maghrib, solat hajat then isya lepastu mandi lepastu kumpul *banyak sangat lepastu aku* Masa kumpul tu aku suka. Kiteorang kenal jurulatih then main pas barang khazanah dalam satu bulatan lepastu bahagi kumpulan. Malam tu aku berkepit dengan zerit je, fatiha dengan elma. Masa tu dyorang dah ke depan, aku dengan zerit ke belakang. Entah macam mana aku main tarik zerit masuk line ke lima then tiba tiba aku terperasan fatihah dengan elma. Memang jodoh kiteorang tak boleh berpisah, lol. Lepastu India sekolah Ulu Tiram dengan budak lelaki sekolah aku pun pelik macam mana aku boleh satu group. Aku cakap je lah "kebetulan, kalau Allah dah rancang macam tu tetap juga satu kumpulan tak boleh berpisah". Kiteorang punya kumpulan, kumpulan 5. Lepas dah siap bahagi kumpulan, jurulatih bagi kiteorang kain putih macam baju la, aku ingat kan kain kafan, haha. Kumpulan aku kena pergi dekat tempat perempuan makan untuk lukis something yang berkaitan dengan kemerdekaan dekat baju tu. Time tu aku dah tak larat, ye ah hari ahad tu buat open house then pergi kem penat ah kan. Time tu fatihah minta aku idea, tanya aku. aku jawab "ha?", dyorang kata aku macam berangan, hhaha. Kalau lah aku larat time tu confirm dekat baju tu semua penuh hasil lukisan aku, haha. Lepas habis je kena kumpul balik then boleh tidur. Malam tu aku tidur satu khemah dengan kawan aku, saja je tukar dengan haiza tak silap aku. Satu malam tidur dengan dyorang. Banyak gila nyamuk dekat khemah dyorang, Tidur pun tak tenang.

Esoknya bangun pukul 4 lebih macam tu ah. Bangun terus pi mandi, siap siap untuk solat subuh. Habis je solat kena berkumpul. Pagi tu ada senaman pagi, cikgu zuhran handle. Dah lama tak jumpa cikgu tu sekarang dia makin berisi. Habis je senaman pagi kiteorang pergi sarapan. Lepas sarapan ada check khemah. Nasib baik budak budak satu khemah dengan aku jenis pembersih so tak ada masalah. Habis je check khemah kiteorang kena kumpul dekat dewan, ada ceramah pasal kemerdekaan. Ceramah tu banyak cerita pasal sejarah menengah rendah. Aku tak tau apa apa dan tak ingat langsung sejarah form 1 sampai form 3, masa menengah rendah aku bukan belajar tapi aku tidur time cikgu ajar, haha. Nasib baik PMR dapat B. Masa form 4 ni baru ada kesedaran nak belajar Sejarah, Setakat ni markah aku dapat A. Habis je ceramah tu pergi makan, lepas makan dia bahagi kepada 3 kumpulan tak silap aku. Aku dapat kumpulan yang pertama, so aktiviti kiteorang melukis logo Malaysia dari tahun bila ntah sampai tahun 2013. Kumpulan dua atau tiga kot mewarna bendera dengan menyanyi lagu patriotik. Masa nak melukis tu dia bahagi lagi kepada kumpulan, aku dapat kumpulan 10, 3 lelaki 2 perempuan termasuk aku. Lukis logo masa tahun 1995. Ada budak lelaki group aku nama Syafiq, muka dia sebiji macam budak form 2 petang yang selalu usik aku. Mula mula dia cari titik tengah untuk lukis logo tu, biasa ah budak lelaki bila dah malas dia bagi dekat perempuan. Aku pun dengan rela hati buat lah, ye ah kalau tak buat siapa je nak buat. Bila budak Sains Teknikal yang ambil akaun mula melukis, not bad lah. Dyorang kata cantik juga, haha. Lepas habis je lukis aku menatap kejap muka budak depan aku, nama dia Izzat, muka dia macam shanker budak india sekolah aku yang digilai ramai sebab tu aku suka tengok dia.

Lepas tu kiteorang kena kumpul then pergi makan lepastu soalt zohor. Usai solat kiteorang kumpul ikut kumpulan asal nombor 1-18, masa tu dia bahagi lagi kumpulan, kumpulan A (1-5), B (6-11), C (12-18). Kumpulan aku yang A, masa tu kumpulan aku buat "flying fox", aku dah lali dengan benda tu sebab tu aku taknak buat, masa pun satu jam so aku bagi je la dekat budak budak yang tak pernah buat takut tak sempat. Elma dengan Zerit tak nak buat sebab elma ada tekanan darah rendah, zerit pula gayat. Lepas habis satu jam tu, kiteorang pergi station seterusnya, iaitu " kompas ". Masa tu kiteorang diberi bearing then kena cari arah dia guna kompas. Dah cari arah lepastu ada soalan, kena jawab soalan tu. Soalan tu semua berkait dengan ceramah pagi tu. Nasib la siapa yang dengar kan. Lepas habis satu jam, kiteorang pergi dekat station terakhir "reppeling". Aku dah biasa mendaki gunung so ada pengalaman ah juga kan, aku pun tak buat lah benda tu. Bagi peluang dekat orang lain, ye ah masa mana cukup kan, bagi je la dekat sesiapa yang belum pernah try. Habis je satu jam dekat situ, kiteorang pergi solat asar then kumpul. Lepastu dia bahagikan kumpulan untuk persembahan malam terakhir. Ada lima persembahan Menyanyi Lagu Patriotik, Boria, Tarian 1 Malaysia, Pentomen dengan Dikir Barat. Disebabkan aku dah biasa pergi kem, aku pun dah biasa dengan semua persembahan tu, aku masuk pentomen je. Tau tak Pentomen tu apa? Tu lakonan tanpa suara, ada orang kat belakang yang jadi suara latar, orang dekat pentas tak payah cakap. Kalau tak faham search pak cik google. Lepas habis je bahagikan tu, kumpul then siap siap pergi solat Maghrib. Usai Maghrib kiteorang baca yaasin then pergi mandi. Habis je mandi terus pergi solat Isya, dah habis solat pergi kumpul dekat dewan. Malam tu kiteorang tengok wayang, cerita "Bukit Kepong". Jujur ah aku tak pernah tengok cerita tu, teruk kan, haha. Aku jenis yang tak suka tengok TV aku ngadap twitter dengan buku je -.- Nasib baik aku pakai cardigan sebab budak perempuan duduk dekat dewan tertutup, ada aircond, hohoho. Aku tak boleh nak tidur sebab aku pakai spec, mata aku susah nak tertutup. Habis je tengok cerita tu, kiteorang kumpul then makan, habis makan terus tidur, aku tidur khemah asal aku. Wuuu nyamuk tak ada.

Hari ketiga pula bangun pukul 4 pagi, macam yall ah budak yang jadi sentry tu. Dia punya jam betul ke tak, lagipun time tu budak lelaki ada yang pergi mandi, aku dengan budak khemah aku pun tak ada jam terus ikut pergi mandi, aku pergi khemah kawan aku minta ubat gigi tengok dyorang tak bangun, aku pun biarkan je lah. Masa aku mandi tu, tak ada orang pun, yang ada budak khemah aku dengan berapa orang ntah. Senang sikit nak mandi lama lama, Aku pun buat bodoh je ah, buang perasaan takut tu. Masa balik khemah tu, aku tanya ah budak yang jaga malam tu jam pukul berapa, dyorang kata nak pukul 5, aku pun sambung tidur kejap. Dalam pukul  berapa dyorang kejut suruh mandi then aku pun siap siap pergi solat subuh. Usai solat kiteorang kumpul macam biasa, kena buat senaman pagi then pergi makan, dah makan macam biasa kena check khemah, nasib baik khemah bersih then kena kumpul kat dewan. Masa kat dewan pecah kumpulan ikut yang 1, 2, 3 semalamnya. Aku kumpulan 1 so buat aktiviti menyanyi lagu patriotik. Masa tu semangat lah siot nak nyanyi, Ntah aura apa yang merasuk aku suruh nyanyi. Habis je nyanyi lagu patriotik pergi makan then kumpulan aku pergi mewarna bendera pula. Masa tu aku warna sikit je yang lain orang lain buat sebab dyorang nak buat, aku pun pergi dekat putra. Time tu putra minta aku tolong dia ngurat sorang awek ni, aku kena jadi posmen, dah biasa sangat dah jadi posmen ni -.-

Lepas habis je warna bendera tu pergi makan, dah makan pergi solat Zohor. Usai solat kena kumpul balik dekat dewan, masa tu hujan sepatutnya ada aktiviti luar, disebabkan hujan terpaksa kiteorang buat latihan untuk malam kebudayaan tu. Satu masalah kumpulan pentomen tak ada jurulatih yang handle, kesian kan. Lepastu budak budak lain fikir nak buat benda lain, aku apa lagi duduk la dekat budak laki sembang dengan dyorang. Lepastu ada sorang budak nama amsyar, aku main  cakap je dekat hizami "budak ni comel" haha, aku rasa budak tu dengar sebab aku cakap kuat, dia duduk dekat sebelah hizami. wuuu mesti kembang sebab aku puji dia, haha -_- Lepas berapa jam macam tu kan kiteorang pergi solat Asar, habis je solat sambung latihan sebab hujan tak berhenti betul betul. Masa tu baru ada yang handle kiteorang, aku rasa dengan rela hati kot cikgu zuhran dengan tuan apa ntah nama dia nak handle. haha. Masa tu baru la selesai masalah kiteorang. Lepas habis je latihan kena kumpul, lepas kumpul pergi makan tak silap aku lepastu solat Maghrib, lepas solat pergi mandi then solat Isya. Lepas Isya kumpul dekat dewan untuk malam kebudayaan tu. Pentomen punya giliran yang keempat. Masa dah sampai giliran kiteorang macam malu la sebab masa latihan tah apa apa je, bila dah buat yang real malam tu. Woooo ramai yang sorak, hoho. Aku punya function dekat pentomen baca sajak je. Habis je persembahan kiteorang pergi makan then kumpul balik dekat dewan sebab malam tu nak buat countdown untuk MERDEKA. Kiteorang sambut awal lah katakan. Lepastu terus pergi tidur. Aku rasa baru tidur 5 minit dah ada orang kejut pukul 1 sebab malam tu aku punya khemah dengan khemah 24 kena jadi sentry. Malam tu agak okay lah sebab budak laki kena denda. Berapa orang yang buat salah semua yang kena denda, kesian dyorang. Paling best tak sampai 5 minit kiteorang jaga aku asyik tanya dyorang jam pukul berapa, haha. Ye ah tengah sedap tidur ada orang kejutkan, memang tak ahh. Bila dyorang cakap dah pukul 2, kiteorang apa lagi pergi dekat tempat makan sebab nak check out. Lepastu terus tidur,

Hari terakhir tu, aku bangun pukul 5 lebih. Nasib baik sempat mandi, aku pergi khemah kawan aku, dyorang bangun awal sebab dyorang dah mandi then tidur balik. Aku just kejutkan dyorang minta ubat gigi. Lepas aku pulangkan ubat gigi dyorang, aku pergi solat Subuh. Aku lalu je depan khemah dyorang sebab macam tak ada kasut sebab tu aku tak tengok dyorang ada ke tak dekat khemah, bila sampai surau, aku tengok telekung dyorang atas telekung aku. Memang sah ah kawan aku semua tak bangun lagi. Lepas solat subuh, aku simpan telekung dalam beg tiba tiba fatiha datang khemah aku tanya "sempat ke tak nak solat", aku kata sempat. Lepas tu aku pergi kumpul. Yang aku tau kawan aku pergi solat bila tengok dekat barisan tu dyorang tak ada so aku buat tak tau je ah. Tiba tiba aku tengok dyorang bertiga turun sama sama. Aku pun tanya " kenapa lambat?" dyorang cakap "tertidur"  Kalau aku tau dyorang tertidur, aku kejutkan dyorang. Susah gila kot lain khemah dengan dyorang. Lagi lagi kawan aku yang perempuan tiga orang satu khemah, aku je sesat dapat khemah lain. Haihhh. Macam biasa kiteorang ada senaman pagi untuk kali terakhir then makan, lepas makan pergi angkat barang dalam khemah letak dekat surau lepastu angkat khemah letak dekat dataran yang kiteorang kumpul. Masa tu kena lipat khemah letak dekat dalam beg dia. Lepas tu kiteorang kena buat kerja kemasyarakatan, lol. Kumpulan 1-5 kena kemas dekat tempat makan lelaki. Kena lap meja, sapu sampah, mop lantai. Disebabkan peralatan nak buat semua benda tu ada berapa je, kiteorang yang lain DUDUK DAN LIHAT je.

Lepas mengemas semua tu kiteorang ada latihan untuk majlis penutup. Nak susun yang ambil sijil, itu ini. Habis je tu kiteorang pergi makan. Lepastu kumpul balik then majlis penutup, habis je majlis penutup kiteorang dapat balik barang yang berharga seperti phone, duit dan sebagainya. Lepas habis je semuanya pergi makan. Macam biasa kalau pergi kem mana mana hari terakhir makanan mesti sedap. Habis je makan terus pergi surau ambil beg. Masa tu adalah kali terakhir tengok muka crush dekat situ tapi aku tak minta pun twitter dengan facebook dyorang. Buang current je minta. Aku stalk budak budak kem yang lain, automatic aku dah dapat. Dah banyak kem aku pergi, sekejap je aku suka lepastu dah tak. Ye ah bukan jumpa pun, kalau selalu jumpa ye ah memang aku akan suka je dia. Kalau dah jodoh tak ke mana. Sampai sini je la pengalaman aku pergi Perkhemahan Patriotisme Murid Sekolah Menengah 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor. Bagi aku entry ni paling membosankan sebab tak ada gambar macam sebelum sebelum ni. Maklum la kali ni aku pergi kem tak bawa phone punn. Lain kali aje lahh. K bye :)




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: