Wooo, dah lama tak mengarang dekat blog ni. Semuanya sebab laptop rosak so sad *muka sedih*. Adik aku la memandai install macam macam game lepastu cucuk pendrive dia yang banyak VIRUS tu terus rosak. Menguji kesabaran aku ye ah aku nak buat kerja kursus akaun pastu laptop rosak, nak nangis aku. Nasib baik ada abang aku yang agak PRO la juga bab bab komputer ni, dia yang betulkan laptop.
Hmm, actually aku nak cerita pasal english camp yang aku pergi. This year terlalu banyak kem yang aku lenjan, haha. Kali ni english camp berbeza dengan tahun lepas. Last year is better than this year. Hangpa tau tak this year english camp campur dengan BUDAK SEKOLAH RENDAH. Memang tak ah. Da la dyorang ANNOYING gila. Kesian dekat hanis ah kena sound dengan budak sekolah rendah tu, lol. Ni dah kes kurang ajar dah ni tapi takpe budak baru nak up biasa lah tu.
English camp ni buat dekat SK Senai Utama, last year dekat sekolah aku. English Camp kali ni khas untuk sekolah daerah KULAI sahaja. Last year campur sekolah dengan daerah lain tu yang best pastu semuanya budak sekolah menengah then jumpa someone special di hati, hoho. This year hampeh sekolah daerah kulai pastu campur dengan budak sekolah rendah. Yang bestnya sekolah aku dengan SMK Senai je ada 10 orang peserta. Sekolah lain semua sorang. Ye ah sekolah aku dengan senai je yang ada ETA.
Tak silap aku start aktiviti dalam pukul 4 atau 5 gitu ((dah lama aku pun dah lupa)). Dimula dengan sesi berkenalan then bahagi kumpulan. Yang paling penting aku langsung tak ingat nama nama ETAs haritu, haha. This year nama dyorang susah nak sebut sebab macam panjang juga ah. Last year senang sebab nama dyorang adalam 4, 5 perkataan macam tu la. Masa sesi berkumpulan serious aku tak puas hati sebab budak sekolah aku semua ada geng, aku langsung tak ada. Nasib baik boleh hidup dengan sorang budak sekolah rendah ni, aku anggap macam dia adik aku. Badan dia kecik then manja. Nama dia pun tak jauh beza dengan aku. Dia Syafiqah aku Haziqah.
Lepas kenal kenal bagai tu pergi makan, ha time makan ni ada sorang cikgu sekolah rendah ni dia gasak bebel bebel sampai kiteorang ANTI cikgu tu. Masa maghrib tu tengah azan kan dia cakap cakap bagai then fatiha cakap la "tak tau azan ke" masa tu aku rasa dia tak dengar apa fatiha cakap. Lepas solat maghrib dia sambung bebel bagai dalam surau then cikgu aku masuk surau duduk dengan kiteorang. Cikgu aku cakap ah yang cikgu lelaki tu TAK SUKA BUDAK SEKOLAH MENENGAH. Kalau tak suka pun budak sekolah menengah tak payah la nak handle / join english camp tu, kasi je la dekat cikgu lain. Easy right?
Lepas dah dengar dia bebel lepas maghrib tu, kiteorang pi mandi then solat isya', lepas solat pi makan pastu kumpul balik then tengok movie. Masa tengok movie tu ada yang baring baring then ada yang tertidur, lol. Habis je movie kena kumpul dalam kumpulan pastu cari benda hilang. Malam malam pergi mencari memang tak ah, mata aku pun dah layu time tu. Lepas habis je game tu pergi minum malam then tidur. Masa ni kiteorang tidur dekat dataran perhimpunan sebab nak tidur dalam kelas yang berhabuk sorry sikit makin bersin aku. Aku pijak lantai dekat kelas tu kaki aku hitam. Memang tak ah aku nak tidur dekat situ.
Esok pagi bangun terus mandi pi solat then sarapan pastu kumpul dalam kumpulan. Lepas tu buat aktiviti pergi dari satu tempat ke satu tempat. Hmm best la juga. Habis je game pergi makan then kumpul balik sambung main game lagi. Masa tu aku keseorangan tak ada kawan pun *muka kesian*. Lepas semua benda dah habis kiteorang angkut beg beg kiteorang bawa turun bawah and then dyorang agih agihkan makanan pastu main simbah air dekat ETAs. Pastu sesi bergambar then bersurai.
Ha ni part yang paling BEST. Masa duduk dekat luar sekolah menunggu cikgu datang, aku, elma, tiew dengan pagek kat luar sekolah tu sembang sembang pastu muncul sorang cikgu perempuan dengan pak guard.
Cikgu Perempuan : Awak tau tak siapa yang tidur dekat dataran malam tadi?
Me : Kiteorang la
Pak Guard : Kenapa awak tidur luar?
Me : Tapi kiteorang tidur dengan ETA perempuan.Cikgu perempuan : Ye la tapi tak maniskan. Awak tau tak malam tadi PPD datang tengok awak tidur kat luar?
Pak Guard : Mana saya nak letak muka pengetua saya bila PPD tanya. Kami dah sediakan tempat tidur dalam kelas tu, dah bersihkan kelas tu tapi kenapa awak tidur dekat luar?
Me berkata dalam hati "What The Fuck ! Kalau kau dah kemas kelas tu, dah bersihkan kelas tu tak adanya aku pijak lantai tu kaki aku hitam gila. Cakap tu betul lah sikit."
Aku baru je nak cakap yang ada budak keluar sekolah malam tu, kiranya FLY ah kan pergi mana pun aku tak tau tetibe fatiha jerit "Woi, korang taknak balik ke" pastu aku terus bla, malas nak layan cikgu tu dengan pak guard tu. Waste my time !
Jujur aku cakap, last year punya english camp lagi best sebab kiteorang bebas buat apa je sampai tidur pukul 2 sampai 3 pagi sebab bercerita dengan ETAs pastu ada yang dating, ada yang tidur luar tapi aku dengan geng sekepala aku tidur dalam surau ah. Memang best la, cikgu yang handle tu pun tak kisah pun apa yang kiteorang nak buat janji kiteorang tau jaga diri. Ye ah dah besar buat apa nak control bagai kann? Kiteorang dah boleh fikir mana baik mana buruk.
Ni last year punya >> ENGLISH CAMP <<
0 comments to zeeQa:
Post a Comment