Macam biasa setiap hari Jumaat sekolah zeeqa ada Bina Sahsiah.
Semalam ada tapi zeeqa masuk lambat sebab ada pengawas kena tunggu.
Masa zeeqa masuk semua tengah baca Yaasin lagi berapa muka surat je nak habis, zeeqa rasa rugi sangat tak dapat baca sama sama semalam.
Lepas baca Yaasin, ustazah bagi la tazkirah pasal MARTABAT PUASA.
Martabat Puasa ada tiga.
Sat lagi zeeqa bagitau apa martabat puasa tu.
Lepas korang baca, korang fikirlah.
Kedudukan korang sekarang ni dekat martabat mana satu.
1. Martabat orang Mubtadi ( Umum )
Puasa sekadar menahan diri dari tidak makan dan minum tanpa menjaga adab-adab berpuasa
2. Martabat orang Mutawassit ( Khusus )
Menahan segala anggota yang enam daripada mengerjakan yang haram
- Menahan dua mata daripada yang haram seperti melihat perempuan yang hilat.
- Menahan lidah daripada mengumpat dan berdusta.
- Menahan telinga daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan mendengar orang mengumpat.
- Menahan tangan daripada mencapai / mengambil yang haram.
- Menahan kaki daripada berjalan kepada tempat yang haram.
- Menjaga kemaluan
Mungkin inilah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya:
"Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Tetapi sesungguhnya puasa itu menahan diri daripada berkata-kata yang tidak sopan, perbuatan yang sia-sia dan keji." ( Riwayat Ibnu Khuzaimah )
Dan berkata orang-orang Mutawassit kepada orang-orang Mubtadi;
"Hanya payah ( penat / lelah ) berlapar dan dahaga sahaja, tiada faedah pada berpuasa ( yakni tidak dapat mengasuh dan mendidik jiwanya daripada memelihara anggota zahirnya )
3. Martabat orang-orang Muntahi ( Khowasul-khusus )
Berpuasa dengan cara mengawasi ( memelihara ) hati daripada bercita cita untuk mendapatkan kemuliaan dunia dan menahan ( mengawasi ) hati daripada teringat kepada yang lain selain ALLAH Taala.
Dah baca? Jadi korang dikalangan martabat yang mana? Agak agak korang bahagian yang mana satu. Muhasabah lah diri di Bulan Ramadhan
1 comments to zeeQa:
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim , SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan baru sahaja berlangsung !! Jemput join !! Syarat segmen simple sangat2 !! Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam . Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah :)
http://www.cikfie.com/2013/07/segmen-blogwalking-di-bulan-ramadhan.html
Post a Comment