Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

SALAM RAMADHAN


Alhamdulillah dah 2 hari kita berpuasa.
Esok dah masuk hari ke-3
Alhamdulillah setakat ni zeeqa dapat berpuasa dengan tenang.
Bagi perempuan yang begitu special zeeqa nak cakap untung sangat kalau korang kena time awal ramadhan daripada akhir ramadhan.
Akhir ramadhan 10 malam terakhirkan malam lailatul qadar.
Ya Allah sangat bertuah kepada siapa yang dapat lailatul qadar tu.
Jadi bagi kaum hawa yang kena ABC time awal ramadhan kemungkinan ada hikmah di sebalik semua tu.
Kemungkinan Allah nak korang dapat beribadat masa malam lailatul qadar tu.

Dah puasa ni rajin rajinkan lah diri buat amal ibadat.
Bacalah Al-Quran, pergi lah terawih, Berzikir dan sebagainya.
Jangan buat time bulan puasa je, buat masa bulan bulan lain juga tau.


{ Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas 
orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. } al-Baqarah : 183 

Di dalam bulan Ramadan juga diturunkan kitab suci al-Quran dan dipilih di antara malammalamnya satu malam LailatulQadar yang lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan 
ialah kira-kira 83 tahun. Firman ALlah dalam surah al-Baqarah ayat 185; 


{ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, 
dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan 
antara yang benar dengan yang salah.} 


{ Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan 
apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam 
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. } al-Qadr : 1 - 3 

Puasa tidak sempurna tanpa mengikut tertibnya. Di antaranya ialah: 

• Memelihara lidah agar tidak menipu, mencaci. Mengekang mata dan telinga daripada 
yang haram. 
• Menahan perut daripada makan-minum haram dan syubha. Carilah rezeki yang halal 
supaya berbuka puasa dengan yang halal. Jadi, perhatikanlah apa, siapa dan di mana 
anda berbuka.
• Memelihara semua anggota daripada berbuat maksiat.
• Hendaklah tidak terlalu banyak tidur di waktu siang hari dan terlalu banyak makan di 
waktu malam hari.


• Memperbanyakkan amal ibadat, zikir dan tilawah. 

Ramai mereka yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Sabda Nabi saw

ﻛﻢﻣﻦ ﺻﺎﺋﻢﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺻﻴﺎﻣﻪ ﺇﻻ ﺍﳉﻮﻉ ﻭﺍﻟﻌﻄﺶ 

[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan 
lapar dan dahaga ]. 

[ Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, dikunci pintu-pintu 
neraka dan terbelenggulah syaitan-syaitan ] Riwayat Bukhari dan Muslim.






TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: