Hyee, Assalamualaikum !
Da lama tak update blog, header pemenang GA tu pun aku tak buat lagi.
Aku memang tak ada masa sekarang ni, sibuk dengan perbahasan.
Sepatutnya aku update blog masa result SPM keluar tapi time tu aku terlalu busy sampai lupa apa yang aku nak buat.
First sekali, aku nak ucapkan tahniah dekat kakak dan abang yang dapat result bagus.
Kalau tak cantik sangat result tu jangan sedih, hidup masih boleh diteruskan.
Budak sekolah aku yang dapat perfect score dua orang.
Sorang perempuan, sorang lelaki.
Aku target dua dua perempuan tapi tak sangka yang budak laki tu boleh dapat.
Maybe dia rajin berusaha. Anyway masa result SPM keluar kiteorang semua tak sempat nak tengok muka akak akak dengan abang abang yang nak ambil result sebab time tu kiteorang ada exam sejarah paper 3.
Aku tak sempat nak ucap TAHNIAH dekat akak akak dengan abang abang yang aku pernah rapat dulu.
Yang budak perfect score tu kan, aku cuma nak ucapkan TAHNIAH.
Second, gua bangga la siot dengan abang gua.
Lepas habis je exam Sejarah paper 3 tu aku terus ambil beg dan balik, and aku sempat jumpa kak Nad, kak Fit, dengan kak aisyah.
Tiba tiba dyorg cakap dekat aku "cakap dekat abang tahniah tau, result dia okay"
Aku apa lagi exccited nak tau dia punya result terus salam akak akak tu then balik.
Maybe dia pun baru balik dari ambil result sebab aku sampai rumah dia baru nak keluarkan result dy dari beg.
Aku apa lagi duduk sebelah dia tengok result dia dalam hati aku TRIPLE WOWW aku sebut.
Aku tak percaya tengok result abang aku, bayangkan la selama ni exam dari form 4 sampai form 5 semua subjek dia GAGAL tak pernah LULUS pun.
Sekali tu SPM 1A 1A- 1B+ 3C+ 2C 1D.
Kawan kawan abang aku semua cakap dekat aku yang dyorang terkejut tengok result abang aku,
Cikgu BI aku cakap abang aku punya BI sayang sangat, boleh dapat D.
Bagi aku D tu da okay la, nasib baik tak dapat G.
BI tu berkat dari aku kot sebab sebelum dia exam, dia ada tanya kau macam mana nak buat essay.
Kebetulan dia nak SPM tu aku baru lepas habis PMR so aku ajarla apa yang dia patut tau.
Abang dengan akak aku suka bagi result yang okay berbanding exam sebelum ni..
Selalu gagal tiba tiba SPM WOWW hebat.
Akak dengan abang aku boleh la dapat result yang okay, aku?
Ujian haritu pun Kimia dengan Addmath gagal.
Lagipun akak dengan abang aku ambil aliran yang sama cuma abang aku ambil ekonomi asas akak aku ambil addmath.
Aku punya aliran ada kimia, fizik dengan addmath tapi yang paling penting kita 3orang ambil PRINSIP AKAUN. Yeayy
Last but not least, TAHNIAH aku ucapkan untuk semua yang dapat result yang CUN tu.
Result yang tak CUN tu jangan putus asa, hidup mesti diteruskan.
GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMANYA !
2 comments to zeeQa:
betul3 :) tahniah pada abang adik ^^ sbb result yg bagus pun, kena start struggle kat U lak.. org yg dpt 1A pun ada yg dpt 3 pointer ke atas.. cuma kena rajin berusaha aje..
tahniah buat abg yg berjaya....hehe
Post a Comment