Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA






Setiap hari Jumaat aku tengok cerita Hanya Padamu *ntah betul ke tak* tapi cerita tu dah tamat.
So diganyikan dengan slot zehra yang baru.
Siapa tengok drama SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA? siapa tak tengok tu, kita geng. lol
Lagipun cerita ni dari novel tak silap aku, aku pernah baca novel ni masa form 2. 
Da 2tahun berlalu tak ingat dah.
Sekarang aku dah jarang baca novel sebab kebanyakkan jalan cerita novel sama je.
Kahwin paksa la, Gaduh cerai ah, Anak luar nikah ah. Boring ahh.
Kang aku buat novel sendiri terkejut semua orang, lol
Bila cerita novel buat drama atau filem je serius bosan ah juga sebab novel tu dah baca then buat drama memang tak syok ah, aku nak tengok pun tak ada feel sebab dah tau jalan cerita.
Lain ah novel yang belum baca dyorang buat drama, confirm aku yang excited nak tengok cerita tu.

Ni information yang ni aku dapat dari pakcik GOOGLE.
Makaseh pakcik google, lol.

Tarikh Mula Bersiaran : 29hb Mac 2013 ( 9.00PM, Setiap Jumaat )
Slot : Zehra
Jumlah Episod : 13 Episod
Terbitan : Primeworks Studios
Pelakon : 
Watak utama:
                 Tiz Zaqyah - Syafa Aqira
                 Izzue Islam - Firash Arshad

Watak pembantu:
                 Qi Qushairi - Haqimy
                 Uqasha Senrose - Rania
                 Azlee Khairi - Raimy
                 Fezrul Khan - Farish
                 Zuhairi Ibrahim - Datuk Fakhrul
                 Wilma - Datin Farizah
                 Marisa Yasmin - Puan Aida

Adaptasi Dari Novel : Sebenarnya Saya Isteri Dia
Sinopsis Ringkas : Mengisahkan Syafa Aqira dan Firash Arshad yang ‘terpaksa’ berkahwin demi menjaga maruah keluarga, pelbagai dugaan menanti mereka berdua sebelum mengenali cinta dan mengecapi kebahagiaan


Sinopsis


       Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

        Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

        Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

        Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

        Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash kecewa. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

Anonymous said...

Drama SSID tukar ckit jln cerita..xsama mcm novel..tp i like drama better..IZZUE hensem..^_^