Rindu dekat twitter, rindu dekat blog, rindu dekat facebook, rindu dekat family, rindu dekat dia. lol
Okay aku penat sangat, maklum la baru balik dari kem.
Kem yang aku pergi adalah "Kursus Kepimpinan Pengawas"
Not bad la, kiteorang dapat macam macam benda.
Yang psti kiteorang semua dapat jadi lebih baik dari sebelum ni.
Ni pun aku rasa sekejap je, esok lusa perangai lama jadi lah balik.
Kiteorang punya kem buat dekat Tanjung Sutera Resort, Kota Tinggi.
Okay tempat tu NOT BAD la.
Tempat kem kiteorang ni dekat dengan Laut China Selatan.
First day kem, aku ras teruja sangat sebab aku ingat kek yang cikgu pegang tu dia punya sekali tu lepas solat aku masuk dorm, hanis cakap "syirot, cikgu suruh potong kek"
Aku pelik sangat time tu, aku pergi la dekat kotak kek tu then buka aku tengok dekat kek tu ada tertulis nama aku.
Ahhhh nak menangis sebab ibu yang buat suprise, dia suruh cikgu sebelah rumah yang buat macam tu.
Thanks ibu :*
Malam tu macam biasa la ada ice breaking.
Aku punya kumpulan nombor 2 dan telah diberi nama 2gether.
Aku ketua dan anak buah aku nishata, syafiq, fatimah, anis, monisha, ming yang dengan sorang lagi india aku tak tau apa nama dia.
Hari kedua kem pula, memang banyak aktiviti dengan cikgu luar yang bagi sedikit tips, ceramah dan sebagainya la.
Tapi sesi dengan cikgu miskun paling best.
Cikgu tu baik, kiteorang punya sesi dengan cikgu tu sampai malam.
Lepas habis je sesi dengan cikgu tu, bermakna habis la aktiviti kiteorang untuk hari kedua.
Lepas je habis semuanya, kiteorang apa lagi pergi kafe, minum malam then tengok bola.
Tak silap aku time tu JDT lawan apa ntah tak ingat.
JDT lawan mesti lah kena tengok kan.
Lepas habis game, aku terus pergi solat then tidur.
Aku tidur tak nyenyak tau takkk.
Hari terakhir kem.
Kiteroang dapat mandi swimming pool.
Yeayyy.
Tapi sayang aku bangun pagi badan aku sejuk semacam then lepas mandi, aku punya badan terus panas.
Aku kalau sejuk, orang lain tak sejuk maknanya aku nak demam, nasib baik ada cikgu yang bawa PANADOL, aku telan lah 2 biji.
Swimming pool punya air tu kan MASIN siot.
Aku rasa dia salurkan air laut dekat kolam tu, lol.
Lepas mandi swimming pool kiteorang bergilir dengan lelaki, dyorang pula mandi kiteorang pergi cari GAMAT.
Fuyohh, gua pegang gamat *jakun kejap*
Lepas cari gamat, kiteorang masuk dorm siap siap untuk majlis penutup.
Sebelum majlis penutup kiteorang tangkap gambar ramai ramai, yeayyy.
Yang pasti aku duduk barisan depan sekali.
Orang comel mesti lah duduk depan sekali, lol.
Tapi sayang gambar dekat kem tu tak ada sangat.
Aku ada 5 ke 6 gambar je.
Group aku dapat nombor 5 kot tak silap aku.
Lupa lahhh.
Dah lah malas nak cerita banyak, aku nak upload gambar je.
Sorry kalau tak banyak gambar.
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*