*dari kiri hanis, aku, cikgu rosnaini. venanndo, cikgu juliana, rubahtharshini dan hidayah*
Hyee, Assalamualaikum.
Da lama tak update blog, gila ah rindu siot.
Aku terlalu busy sejak dua menjak ni.
Dulu aku ada cerita pasal perbahasan peringkat daerah yang sekolah aku dapat nombor 1 tu kan.
And now nak cerita pasal peringkat negeri pula.
Alhamdulillah untuk peringkat negeri kiteorang dapat no 3.
Dan kiteorang dapat buktikan dekat satu sekolah yang ada dekat daerah kulai yang SMK Indahpura boleh menang.
Seriously, selama ni daerah kulai yang pergi peringkat negeri tak pernah menang.
Ni first time sekolah aku dapat pergi peringkat negeri dan ni juga first time daerah kulai dapat no 3.
Peringkat negeri lawan dekat SMK Dato Bentara Dalam.
Daerah kulai lawan dengan daerah pasir gudang.
Time tu kiteorang cabut undi dapat kerajaan so as usual aku, venanndo dgn rubah yang kena berhujah.
And masa lawan pasir gudang tu, kiteorang menang.
Petang tu pula semi final, masa cabut undi dapat pembangkang.
So, Hidayah, Hanis dengan Rubah yang berhujah,
Masa tu lawan dengan Muar, memang sengit sangat.
Macam biasa la kerajaan dengan pembankang mesti la kerajaan menang kan.
Takpe la kiteorang kalah, sekurang kurangnya dapat nombor 3.
Dalam bahas ni, siapa yang dapat pembangkang mesti senang kalah kecuali daerah JB.
Dyorang dapat pembangkang ke kerajaan ke senang je menang.
Masa final JB lawan Muar, lagi la memang tak boleh nak target siapa menang.
Dua dua daerah hebat.
Alhamdulillah, JB yang menang.
Untung ah dapat pergi kebangsaan dekat sarawak atau sabah tak silap aku.
Harap korang boleh menang dan harumkan nama negeri johor *ayat tak da bla*
Semua sekolah yang masuk bahas peringkat negeri semua sekolah kluster kecuali sekolah aku.
Aku berbangga sekolah aku yang selalu orang kutuk macam macam boleh dapat nombor 3 berbanding dengan satu sekolah tu yang pernah pergi peringkat negeri tapi tak menang pun.
InsyaAllah kalau next year aku still wujud dekat sekolah tu, aku akan teruskan untuk bahas ni.
Lagipun next year tahun last aku bersekolah so aku akan ambil semua peluang.
Habis bahas ni aku akan teruskan dengan syarahan pada 13 april 2013 *birthday aku tau* then netball pada 17 atau 18 april 2013.
Wish me goodluck :*
Kalau nak tengok gambar gambar masa aku ada dekat segamat tu boleh tekan >DI SINI<
0 comments to zeeQa:
Post a Comment