Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

KEMBARA BUKU 2013


Hai uolsss, sihat? Sebenarnya harini nak cerita pasal Kembara Buku 2013 yang zeeqa pergi dekat SMK Bandar Putra selama 2 hari sahaja. Bermulanya di dalam kelas masa tu memang ramai cikgu tak maksud kelas kebetulan ada la cikgu ganti lepastu tiba tiba ada kaunselor masuk kelas suruh ikut dia pergi Kembara Buku. Cikgu tu cakap sebenarnya benda tu kata jemputan so dia ingat tak payah pergi pun tak apa la kan sekali tu dia dapat call kena juga pergi. Biasa lah kan kaunselor aku tu cina so ntah la malas nak cakap, haha. Sebenarnya dia nak bawa budak 4 Sains tapi disebabkan budak budak tu tak ada dalam kelas dia masuk la kelas aku, 4 Teknikal. Dalam kelas masa tu budak melayu berapa orang je yang lain semua cina so apa lagi aku, hanis, zerit dengan muzamil merelakan diri nak pergi. Lagipun kiteorang ni suka la keluar keluar sekolah ni siap pesan lagi dekat cikgu "kalau cikgu nak cari budak nak bawa pergi mana mana, panggil je kelas Teknikal, kiteorang sentiasa ada".

Sampai je sekolah tu kiteorang daftar pastu dapat beg, dapat name tag. Dalam beg tu ada novel, ada buku nota kecil, ada pen. Lepastu terus masuk bilik mesyuarat, masuk je situ dah nampak budak SMK Munshi Ibrahim, budak budak tu semua aku kenal sebab dyorang pi kem patriotisme yang dekat tasek utara tu. Kiranya aku punya sekolah agak lambat juga la masa tu, datang pun dalam pukul 10 lebih tak silap aku ah, tak tengok jam pun masa tu. Dah pukul 1 ke 12 tak silap aku masatu so makan tapi sebelum tu sempat juga bergambar ramai ramai. Lepas makan tu pergi solat zohor tak silap aku, lepas zohor tu tukar penceramah yang kedua. Yang penceramah kedua tu siap ajar menyanyi, buat puisi. Kiranya tu kali kedua aku buat puisi sebelum ni aku ada buat juga. Lepastu kiteorang kena turun bawah ikut group ah, aku group 1 dalam group aku ada Haiza ((budak satu group aku masa pentomen dekat kem patriotisme)), amira SMKTP, amira SMKKB, sorang budak cina perempuan sekolah STARP, mus, ajik dengan fikri. So satu group dengan dyorang tak ada masalah langsung. Masa tu kiteorang kena berlakon ikut puisi yang dia bagi tak silap aku. Ntah aku pun dah tak ingat. Lepas habis tu je kiteorang kena pilih satu buku cerita then baca sementara tunggu pukul 5 pastu esok harinya belakon so Ajik pun pilih cerita sang kancil, nasib baik la aku suka tengok cerita "Pada Zaman Dahulu" dekat 611, haha. Buku cerita tu dengan cerita pada zaman dahulu tu pun lebih kurang je so malam tu aku bagi ah video tu dekat dyorang dekat twitter.

Esok harinya pula sampai sampai je terus duduk dalam bilik mesyuarat, masa tu tak ramai kiranya sekolah aku sekolah ke 3 yang sampai awal pagi tu. Kiteorang apa lagi keluarkan phone online sebab masa tu aku hidupkan BIS yang hanis lagi tak malu, dia keluarkan charger pastu charge phone sebab tempat kiteorang duduk dekat dengan plag. Lepastu kiteorang kena turun dekat english zone sekolah tu tak silap aku ah, masa tu kena bincang pasal lakonan kiteorang kena buat pastu menyanyi lagu "gelang si paku gelang" pastu kiteorang dibenarkan pilih mana mana tempat untuk buat latihan lakonan tu. Aku rasa group aku tak ada buat apa apa pun masatu sebab sembang je lebih, lagi lagi tempat aku dekat je dengan tempat group hanis, aku apa lagi berjalan ke tempat dia pastu bergambar, well kiteorang berdua kalau pergi mana mana tak sah kalau tak bergambar. Kiteorang buat latihan tu ada masa tau lepastu kiteoang kena kumpul dekat tempat semalam yang kiteorang buat lakonan tu. Aku punya group orang yang terakhir sampai dekat situ sooo kiteorang yang kena start dulu lakonan. Kiteorang tak ada skrip tak ada apa semua ikut spontan je la. Habis je lakonan tu kita tengok group lain punya lakonan pula, masa tu aku duk pegang phone tweet je memanjang kann sampai la habis. 

Lepas habis je dyorang berlakon kiteorang pun kumpul tangkap gambar ramai ramai then nyanyi lagu "Gelang si paku gelang" aku bukan hafal sangat lirik tu so nyanyi main tibai je la kan. Lepas habis semua tu kiteorang kena pi kantin ambil makanan tapi majoriti tak pi sana sebab sibuk tangkap gambar dengan budak budak kembara buku kann. Lepas puas tangkap gambar dengan dyorang semua, kiteorang pi kantin makan tapi aku tak makan pun sebab masa tu aku tengah sibuk tweet pasal kembara buku tu. Lepastu budak budak sekolah aku da habis makan aku terus mesej cikgu suruh datang ambil. Masa tu hmm rasa sayang nak tinggalkan dyorang pun ada lagi lagi najiha, haiza, zawani dengan elly, ye ah kan dyorang semua pergi kem patriotisme so dekat situ macam tempat melepaskan rindu kat dyorang :*

So mari kita usha usha gambar kat bawah, ada yang gambar tak ada kualiti sangat tak terang sangat sebab ntah la sebab ada yang ambil dari phone budak budak ni, ada yang dari phone aku, ada yang ambil dari twitter dyorang kann.












Gambar yang ni tak berapa nampak sangat, lagipun hanis tak bitau yang belakang ada cahaya.
So yang ni la budak kem patriotisme baju lengan merah tu Najiha, baju kuning tu elly, pastu baju sekolah tu aku then sebelah tu haiza, yang baju biru tu zawani. Yang lelaki sorang tu sesat by the way dia ada pergi english camp sekali dengan aku.


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

ezyra taharin said...

macam menarik je novel tu :)