Aku Nak Berjaya ☺
Assalamualaikum ^^
*akak aku oke .
Sempena PMR yang bakal menjelang lebih kurang 8 bulan lagi ( tak silap aku la ) , aku dah terasa berdebar gila . Tapi debaran tu yang membuat aku belajar bersungguh untuk mencapai cita cita aku untuk menjadi seorang yang berjaya . Tadi aku baca buku motivasi yang bertajuk 'Pelajar Yang Cemerlang' , lepas tu aku terbaca panduan nak jadi pelajar cemerlang dan aku nak share sikit sama kamu semua . Baca la beberapa panduan yang ada kat bawah ni .
1 . Mesti Ada Target
★ Buat Target yang ingin anda capai 5A , 8A , 9A ?
2 . Tahu Apa Yang Perlu Untuk Capai Target
★ Bagaimana caranya ? Siapa yang boleh Bantu kita ?
3. Fahami Target Supaya Tidak Tersasar
★ Tumpuan kepada kelemahan diri sendiri .
4 . Hubungan Baik Dengan Guru
★ Keberkatan ilmu yang ditimba bila guru kita turut mendokan kejayaan kita .
5 . Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa
★ Restu dan Doa Ibu Bapa amat penting supaya kita dipermudahkan dan dilindungi .
6 . Menjaga Amalan
★ Amalan Dunia dan Akhirat perlu seimbang seperti solat dan tidak melakukan kemungkaran .
7 . Berdoa
★ Memohon dan meminta dari Allah .
8 . Hubungan Baik Dengan Makhluk Allah ★ Selagi kita hidup , kita janganlah melakukan kesilapan sebab kita hidup sementara sahaja oke . Sentiasa meminta maaf jika kita dah menyakitkan hati mereka .
Kalau nak berjaya buatla semua benda yang aku senaraikan kat atas tu oke . Goodluck untuk semua yang ambil periksa penting untuk tahun ni ok . Jangan lupa doakan aku sekali dapat straight A's PMR oke ☺
TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*
0 comments to zeeQa:
Post a Comment