ASSALAMUALAIKUM ^^
Sabtu haritu sekolah aku ada buat sambutan maulidur rasul ,
aku ada join satu pertandingan .
Pertandingan Mencipta Sajak , itula first time aku join contest mencipta sajak .
Walaupun aku dapat no3 , aku tetap bangga dengan diri aku .
Nak baca sajak yang aku cipta tak ?
Tengok bawah
12 Rabulawal tahun Gajah
Bersamaan 20 April 570 Masihi
Lahirlah seorang nabi yang terakhir
Di Kota Madinah yang suci
Muhammad bin Abdullah
Satu-satunya putera Aminah binti Wahab
Baginda dilahirkan dalam keadaan yatim
Kerana kematian bapanya di Syam
Sayyidul mursalin
Walaupun dikau pesuruh Allah
Namun dugaan tetap engkau tabah tempuhi
Walaupun dugaan yang kami tempuhi tidak sehebat dirimu
Sifat putus asa tetap menyelimuti diri ini
Al-amin gelaran yang diberi
Kerana sifatnya yang mulia
Sifatnya juga telah kami jadikan contoh
Sifatnya juga tidak pernah mengundang ke neraka
Muhammad bin Abdullah
namamu menghiasi sanubari kami
Wajahmu tidak pernah kami lihat
Namun
Jasamu tak luput dimamah zaman hingga kini
Semoga lebih berduyun yang menjadi umatmu
Semoga semua umat Islam menghargai penat lelahmu
Semoga dirimu memenuhi benak fikiran dan hati kami
Engkaulah nabi junjungan kami
Amacam , ada ciri ciri budak kelas sastera tak ?
Harap-ll next year aku tak masuk kelas tu .
Nak masuk kelas Teknikal , haha
Oke la , sampai sini je , bye bye
Assalamualaikum .
6 comments to zeeQa:
Assalamualaikum ..bagus2.. sajak yg mantap... ^^
Asalamualaikum... sajak yg mantap.. bagus2.. bleh la lwn dgn penyajak tempat 1.. hehe..lirik nasyid pun blum siap lgi ni T_T
Assalamualaikum ..bagus2.. sajak yg mantap... ^^
assalamualaikum..saya hidayah,,sajak awk mmng indah..tp boleh sya thu tajuk sjak ni x..sbb sya ingat nk ambik sjak awk..tuk pertandingan di sekolah sya...
@Khai Min hi hidayah boleh je. tajuk sajak ni rasulullah nabi junjungan
asssalamualikum akak nak ambik buat lirik ye dik lirik lagu nasyid
Post a Comment