Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

kenapa semuanya berubah ?



Hye korangg . Sihat ? Ceh baru nak tanya .
Padahal ni da masuk entry ke 3 untuk harinie .
Aku macam tak percaya je .
Dah nak masuk bulan 6 , aku rasa macam baru sebulan sekolah .
9.10.2012 , aku akan menempuhi sebuah cabaran bersama sama semua pelajar tingkatan 3 .

Lagi 4 bulan kott nak PMR .
Aku sendiri pun tak tau apa yang aku study .
Exam baru ni pun aku rasa tak dapat A kot .
Aku kadang kadang terfikir juga , mana perginya semangat aku yang dulu .
Ye la masa awal tahun aku berazam dengan penuh semangat nak 8A .
Tapi hakikatnya , semangat tu dah hilang .

Teringat masa darjah 6 , tiap tiap hari balik lambat sebab ada kelas tambahan .
Tapi bila aku form 3 , kelas tambahan pun tak ada .
Itu sebab semangat aku hilang .
Awal tahun haritu , aku ingatkan cikgu nak buat kelas tambahan lepas sebulan sekolah tapi tak .
Sekarang masa aku penuh dengan masa tidur je .

Masa darjah 6 , aku balik pukul 3 ,
balik  dari sekolah terus siap siap pergi sekolah agama .
Kalau bas tak ambil aku mengayuh basikal pergi rumah kawan yang agak jauh dari rumah aku semata mata nak belajar .
Malam siap siap pergi tusyen kat sekolah .
Masa cuti sekolah je aku memang puas tidur .
Tapi sekarang semua berubah .
Tak ada sikit masa pun aku luangkan untuk belajar .
Masa aku penuh dengan tidur tidur tidur .

Alangkah bagusnya kalau sekolah aku buat kelas tambahan confirm masa aku penuh dengan belajar .
Aku nak buat study group tapi tak ada kawan yang nak belajar sama sama dengan aku .
Dulu semua kawan sekolah rendah aku jenis yang nak belajar .
Walaupun diorang kena ikut family ke diorang sanggup tinggalkan semua tu .
Tapi kawan aku yang ni macam susah nak ajak belajar .
Yang sorang aku ajak , nak kena tolong mak .
Yang sorang , entah la nak cakap macam mana pun aku tak tahu .

Kadang kadang aku nak salahkan bapa aku juga .
Kenapa pindah Johor , kenapa tak stay je dekat Perak .
Aku tengok kawan kawan aku dekat Perak diorang punya pelajaran makin lama makin baik .
Aku pulak makin lama makin low .
Walaupun aku kelas first tak bermakna aku punya result oke .
Bagi aku , orang yang layak stay dekat kelas first hanya orang yang dapat A atau B .
Bukan yang ada C atau D macam aku nie .

Mulai hari nie aku berazam ..
Walaupun tak ada kawan nak ikut aku pergi study , aku akan study sorang sorang .
Aku akan penuhkan masa aku untuk belajar .
Mulai hari nie juga ,
 no more facebook , no more blogger , no more twitter , no more myspace , no more tumblr , no more internet .
Aku boleh ngadap semua tu seminggu sekali je .
Sama ada sabtu atau ahad .


Aku mesty study hard kalau aku nak 8A dalam PMR  . Doakan aku oke :D





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

Ah Long said...

Semoga berjaya wk , Semoga dapat 8A . GoGo ! :D