Assalamualaikum stalker .
Tadi aku baru balik dari kem pengawas .
Serius penat gila sebab last week english camp
minggu ni kem pengawas .
Dua dua kem 2 hari 1 malam .
Tapi untuk english camp juga aku kasi 5 STAR .
Kem pengawas ni 3 STAR . Sikit kann ?
Nak tau kenapa sikit je ?
Sebab aktiviti , makan , minum semua tu tak menarik enlish camp .
Sebenarnya aku bukan pengawas , aku ni cuma pelajar biasa .
Pengawas sekolah aku tak ramai ,
so cikgu offer pelajar biasa untuk join kem ni .
Aku pun pergi je lahh .
Saja tak nak duduk rumah .
Hari Jumaat tu aku sampai pukul 3lebih sepatutnya dalam 2.30 kena sampai .
Aku lambat sebab abang aku .
Biasa la lelaki kena pergi sembahyang jumaat .
Aku tunggu punya tunggu , rupanya abang aku dengan bestie dia pergi belanja barang dapur .
Balik rumah sempat makan , mandi , kemas baju dan duduk depan laptop .
Gila kann abang aku ?
Mak aku bebel kat dia , dia just buat bodoh .
Da la pergi jalan kaki , sumpah penatt , nasib baik rumah dekat je dengan sekolah .
Sampai je sekolah , aku pergi la tandatangan untuk menunjukkan yang aku ni datang .
Lepastu dengar la bebelan fasilitator .
Dah bagi bagi kumpulan , pergi solat , makan semua tuhh .
Aktiviti time malam , menyakitkan hati .
Sebab time tu kena pergi jumpa kawan minta maaf .
Serius , aku nangis .
Pagi tadi lagi best , aktiviti dia kepit belon yang berisi air dekat leher .
Lepastu kita kena pas pas dekat kumpulan kita .
Dah macam lesbian time tuhh .
Lepas tu kiteorang kena tutup mata kecuali ketua , jalan keliling sekolah .
Sebab kiteorang kena cari abang faci tu tanpa melihat apa apa .
Aku masuk dalam longkang steady gila .
Kena simbah dengan air lagi steady .
Budak budak kumpulan aku semua jerit bagai nak rak .
Bukan kumpulan aku je , kumpulan lain pun sama .
Lepas da jumpa abang faci tu , kiteorang punya aktiviti duduk dekat padang .
Yang ni best sebab seorang dalam kumpulan tu kena duduk dekat tengah tengah padang .
Ketua yang tadi kena cari dengan keadaan yang bertutup mata .
Kumpulan aku , aku yang kena duduk kat tengah tengah padang .
Memang best la , yang ketua kumpulan aku pusing pusing mencari aku .
Lepas dah jumpa , kiteorang pergi makan lagi .
Lepas makan , dapat rehat 1jam .
Yang time rehat ni memang best lahh .
Aku cadang nak pergi lompat jauh dekat padang .
Maklum la minggu depan da start lawann .
Sampai je dekat tempat lompat jauh , pasir dia kasar , aku tak jadi lompat .
Aku suruh lah kawan aku yang lain lompat sebab aku nak lari 25 pusingan trek larian 200m .
Cuba korang kira , tempat yang aku lari tu trek dia 200m .
Kalau 25 pusingan , da 5000m .
Kawan aku da bebel bebel takut aku pengsan tapi aku buat tak tahu je .
Aku still hidup sampai sekarang . Terer tak aku ?
Actually tak terer mana pun aku ni . Setakat lari , jog , lari , jog memang lah boleh kann .
Ada budak budak yang aku memang kenal main bola , bila bola sampai kat aku , aku sepak je lahh .
Tapi tak masuk gol pon sebab terlalu kuat sangat aku sepak .
Dah lama tak main bola sekali bola da ada kat kaki , aku macam nak main je lagi .
Tapi aku lupakan niat tu dan terus berlari .
Ada budak budak yang aku memang kenal main bola , bila bola sampai kat aku , aku sepak je lahh .
Tapi tak masuk gol pon sebab terlalu kuat sangat aku sepak .
Dah lama tak main bola sekali bola da ada kat kaki , aku macam nak main je lagi .
Tapi aku lupakan niat tu dan terus berlari .
Lepas tu aku pergi mandi , kemas kain baju nak balik .
Time last tu , kiteorg pergi solat dulu pastu baru la start balik majlis penutup .
Lepas dah popet popet , sijil da kasi , hamper da kasi , kiteorg pun pergi bergambar .
Lepas tu bagi bagi isi yang ada dalam hamper dan bersurai .
Aku tau entry ni panjang , kalau yang baca sampai habis tu .TERIMA KASIH BANYAK BANYAK .Yang baca sekerat pun , TERIMA KASIH SIKIT SIKIT oke .