Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

BERDOALAH KEPADA ALLAH !



Assalamualaikum !
Harini zeeqa nak kasi tazkirah sikit.
Kalau taknak baca tak apa, zeeqa buat entri ni pun untuk mengingatkan diri zeeqa juga.
Semalam dah cerita pasal bola sekarang nak cerita pasal berdoa.

Surah Al Baqarah: Ayat 186
"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Korang tahu tak bila waktu yang sesuai untuk berdoa?
Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Zeeqa tau pun masa form2, tu pun dalam subjek Agama.
Waktu yang paling mustajab untuk berdoa

  • Pada bulan Ramadhan terutamanya pada malam lailatul qadar dan sepuluh hari terakhir
  • Pada hari Arafah
  • Pada hari dan malam Jumaat
  • Pada waktu diantara dua khutbah
  • Pada tengah malam
  • Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12malam)
  • Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10malam)
  • Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2malam)
  • Diantara azan dan iqamat
  • Semasa sujud yang terakhir semasa solat (baca didalam hati)
  • Pada waktu turunnya hujan

Doa tidak akan ditolak ::
  • ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t. akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t. akan berkata, “Demi kemuliaanKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi. Menurut Tirmizi, bertaraf hassan. Menurut As-Suyuthi, bertaraf hassan. Menurut Al-Albani bertaraf daif) Sabda Rasulullah; “Sesungguhnya bagi orang berpuasa ketika berbukanya doa yang tidak akan ditolak.” [Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]
Doa Yang Dimakbulkan ::
  • Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu‘anhu, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Tuhan kami Tabaraka wa Ta‘ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman: “Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya, barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya.” (Hadis riwayat Bukhari)
  • Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu berkata, telah ditanya Rasulullah s.a.w.  yang maksudnya: “Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah solat fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)
  • Malam Lailatulqadar. Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3-5 yang tafsirnya :

“Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”
  • Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda. Artinya: “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”. [Sahih Muslim, kitab Solat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]

Dan Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: “Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah waktu ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir. Kerana itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan di-sahihkan oleh At-Tirmidzi, Al-Hakim, Adz-Dzahabi, dan Al-Albani).

Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita. Kita sentiasa berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian yang diberikan. Jadi janganlah kita berhenti berdoa kepada Allah SWT insyaallah, doa itu akan dimakbulkan.



TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: