Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

PESANAN RASULULLAH S.A.W




Dalam menjalani kehidupan seharian kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sejak matahari terbit sehinggalah terbenam, sama ada disedari atau tidak, entah berapa banyak kita sudah melakukan dosa dan sudah berapa banyak pula kita mengumpulkan pahala?

Sebenarnya banyak pesanan Rasulullah S.A.W yang amat berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian tetapi  kita tidak pernah ambil peduli. Sedangkan pada hakikatnya, kita wajar menjadikan sumber hadis dan al-Quran sebagai panduan arah dalam menjalani kehidupan.

Berikut merupakan perkara perkara yang wajar kita ambil perhatian 

  • Sentiasa menyebut nama Allah.
  • Apabila selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Sesungguhnya Allah akan memberi pahala yang besar bagi mereka yang melakukan perkara ini.
  • Biasakan diri berdoa antara azan dan iqamat. Doa tidak akan ditolak pada waktu itu.
  • Hamba paling dicintai Allah ialah orang yang sujud dan sambil berdoa dalam sujudnya 'Ya Allah, aku telah menzalimi diriku, Kau ampunilah aku, Sesungguhnya tidak ada siapa yang mengampuni dosaku melainkan Engkau'
  • Sembahyanglah pada tengah malam. Sesungguhnya orang yang bersembahyang pada tengah malam itu akan sentiasa dikasihi oleh Allah.
  • Sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi berada dalam kesucian dan tidak berhadas.
  • Lazimkanlah diri dengan solat secara berjemaah kerana di sisi Allah pahalanya 27kali ganda solat seorang diri. Allah S.W.T amat mencintai orang mukmin yang beristiqamah dalam melakukan solat secara berjemaah.
  • Orang yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, sabar dengan dugaan yang ditimpakan oleh Allah keatasnya dan selalu memohon keampunan Allah apabila melakukan kesalahan, maka dia akan masuk syurga melalui mana mana pintu yang dikehendakinya.
  • Sesiapa yang membaca surah al-Mulk dan surah al-Sajdah sebelum terlena, maka surah tersebut akan menjadi penemannya di dalam kubur kelak.
  • Berikan salam kepada sesiapa sahaja yang engkau temui, maka Allah akan menuliskan bagimu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, Allah akan tuliskan 40 kebajikan.
  • Banyakkan berpuasa sunat seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa pada hari hari tertentu seperti Hari Arafah, puasa enam hari pada bulan Syawal dan sebagainya. Sesungguhnya orang yang rajin berpuasa ini, Allah menjanjikan buat mereka syurga yang dinamakan al-Rayyan sebagai balasan terhadap kelaparan dan dahaga yang mereka tanggung semasa di dunia semata mata mencari redha Ilahi.
  • Rebutlah pahala pada bulan Ramadan dengan berpuasa pada siang harinya dan bersolat sunat terawih pada malam harinya dan mempergiatkan ibadat pada 10 malam terakhir ramadan. Pada masa itulah terdapat satu malam di mana ia lebih baik daripada 1000 bulan.
Antara pesanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya. Baginda sendiri tidak putus putus beribadat walaupun telah dijanjikan syurga. Marilah kita ramai ramai bertaubat kepada Allah kerana kita tidak tahu bila ajal kita. InsyaAllah Allah akan terima segala taubat korang 




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

3 comments to zeeQa:

sayang said...

nice entry...insyaallah buat...amin :)

sayang said...

nice entry...insyaallah buat...amin :)

wisata bakti alam said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)