Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

ZEEQA UCAPKAN TAKZIAH DEKAT KAMU SEKELUARGA !



Asslamualaikum !
Harini dah 30.12.2012 merupakan ahad terakhir untuk tahun 2012.
Jadi berakhirlah segmen yang aku buat.
Thank youu dekat korang yang dah join okay !
If korang tak join jangan risau next year aku akan buat lagi, setiap bulan aku akan buat.
Harini aku tak dapat update siapa pemenangnya sebab aku ada dekat kampung.
InsyaAllah esok aku akan bagitau siapa yang menang.

Aku nak ucapkan TAKZIAH dekat kawan lama aku yang dekat Ipoh.
Ayah Annura baru meninggal pagi tadi.
Itupun sebab sheera dengan fariesya yang inform dekat aku masa aku buka twitter.
Fariesya cakap ayah dia kena serangan jantung.
Kalau aku masih stay dekat Ipoh confirm aku akan melawat dia.
Aku dekat Johor ni hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dari jauh untuk ayah dia.
Aku harap annura sekeluarga tabah untuk hadapi semuanya.
Last aku jumpa ayah dia masa darjah 6, tak silap aku masa tu aku raya rumah dia.
Masa tu ayah dia sihat lagi.

Haritu pun kawan lama aku ayah dia meninggal juga.
Aku dengan Firdaus tak ngam sangat sebab dia lain kelas masa sekolah rendah dulu.
Itu pun aku tahu sebab terbaca amirun punya tweet.

Hari jumaat baru ni pada malamnya pula, anak kesayangan ayah aku mati.
Nama dia Fifi, ayah aku bela masa dia kecik lagi.
Bela tak sampai sebulan rasanya, daripada dia tak pandai makan sendiri terus pandai makan sendiri.
Tak apa lah dah ajal burung terkukur tu, nak buat macam mana kan.

Jadi kita yang masih hidup ni, kalau rasa rasa diri tu tak terjamin masuk syurga.
Beribadah la kamu sebelum ajal kamu sampai.
Ini juga untuk peringatan untuk diri aku sendiri.


TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: