Tadi Jabatan Agama Islam datang sekolah tau.
Bagi ceramah pasal jenayah syariah dan hukuman hukuman dia lah kan.
Masa kelas agama cikgu ada la bagitau, orang yang terpilih je akan pergi,
Dalam fikiran kiteorang semua mesti budak yang bermasalah yang akan pergi then muka muka yang suka bergaul bebas.
Sekali tu bila aku tanya kelas lain, memang betul la budak budak yang suka bergaul bebas je yang terpilih pergi ceramah tu.
Kelas aku 6orang je yang kena pergi termasuklah aku.
Ni khas unuk pelajar islam form 4 dengan form 5 and kelas Sains langsung tak ada.
Ini tidak adil, wkwkkwk.z
.
Tapi bila habis je ceramah ni, aku rasa tanggapan aku yang "pelajar bermasalah je yang akan pergi" tu semuanya salah dan memang betul cakap cikgu.
Kiteorang ni bukan pelajar yang bermasalah pergi ceramah ni tapi pelajar yang BERTUAH.
Macam macam benda kiteorang dapat tahu.
Sebelum ni aku tak pernah tau, selangkah je kita masuk dekat TOTO (tempat beli nombor ekor) kita tak akan kena apa apa hukuman tapi kita akan kena juga hukuman walaupun kita tak beli pun nombor ekor tu.
Denda sebanyak RM3000 atau penjara 2 tahun.
Ya Allah memang bertuah sangat kiteorang yang dapat dengar ceramah tu.
Lepastu kiteorang dapat tahu pasal persetubuhan luar nikah.
Anak tu akan jadi apa kalau lelaki tu tak nak tanggung anak tu.
Macam anak tu akan di BIN/BINTI Abdullah.
Then ibu dan keluarganya yang akan tanggung anak luar nikah tersebut bukan lelaki tu
Bila perempuan tu kahwin, anak luar nikah tersebut tak akan dapat harta langsung dari ayahnya.
Kesian anak tu, disebabkan ibunya yang terlanjur, anak jadi mangsa so korang yang dah terlanjur tu insaflah.
Kesian anak yang tidak berdosa tu.
Bak kata ustaz tadi "seronok tu sekejap je, nak menanggung derita lamanya"
So fikir la dulu dosa atau tak sebelum melakukan sesuatu.
Sentiasa ingat Allah.
Doa la biar korang tidak lalai dengan keasyikkan dunia.
Harini aku rasa best sangat.
Ye la macam macam kiteorang dapat dari ceramah tu.
Memang benarlah kiteorang ni golongan yang bertuah kerana dapat mengetahui semua tu.
Kalau tak ada ceramah macam ni aku rasa ramai yang tak tahu pun pasal ni .
So kalau ada apa apa program yang bermanfaat jangan fikir benda yang negatif, always think positive.
Then korang pergi la dengar ceramah ceramah ni semua, tak buang masa pun malah banyak benda yang korang dapat.
"Barangsiapa diantara kamu melihat sesuatu perkara mungkar, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasa), maka barangsiapa tidak berupaya hendaklah diubah dengan lidahnya (nasihat) maka jika tidak berupaya juga, hendaklah diubah dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman" - Hadis sahih
Mahukah anda melihat keluarga tersayang menanggung malu akibat pembabitan anda didalam kancah maksiat atau inginkah anda dibelenggu dosa-dosa hitam lantaran amalan hidup anda yang tidak bermoral jika tidak pastikan anda mengamalkan ajaran islam yang sebenar dan jauhilah diri dari aktiviti maksiat.
2 comments to zeeQa:
Zinwell Zat-970a Online digital To Analog Television set Converter Field For Antenna Employ
My weblog :: how to convert video to mp3
hai.. salam kenal,
follower no.893
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Post a Comment