Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

HARI TERBUKA


Hohoho, untuk pertama kalinya aku buat jualan masa hari terbuka.
Ni semua under Kelab Tunas Bistari.
Nama syarikat kiteorang Seminda Corporation.
Masa hari terbuka ni ada juga Hari Anugerah untuk tahun 2012.
Final Indahpura Idol 2013 juga diadakan.
Tak lupa juga Hari Jalinan Mesra lah sangat.
Maksudnya ambil report card, lol.

Alhamdulillah akhirnya rancangan nak jual Dunkin' Donut dengan air Strawberi Soda berjalan dengan lancar.
Jualan sampingan yang kiteorang jual perfume.
Ejen perfume tu cikgu Misri punya tapi alhamdulillah laku lah juga walaupun bukan 10 botol.
Untung yang kiteorang dapat kena bahagi la dengan cikgu arif sebab dia dahulukan duit dia beli dunkin; donut so bahagian yang kiteorang dapat pun banyak la juga
Sampai aku nak balik rumah jalan kaki pun tak berani takut kena ragut.
Aku yang pegang duit, takut kalau hilang.
Jualan punya cerita berhenti sampai sini.

Now cerita pasal Hari Anugerah.
Aku tak dapat tapi abang aku dapat.
Untung la dapat anugerah murid terbaik dalam pelajaran Sains.
Untung la pandai Sains tak macam aku, tak minat langsung subjek yang berkaitan dengan Sains belajar chemistry tu pun terpaksa.
Actually tak nak cerita pasal abang aku, nak cerita pasal someone.
Dia dapat anugerah pelajar PMR tak silap aku dapat 7A 1B.
Dengan harapan aku pergi sekolah pagi tu ingatkan dia datang lah kan sekali tu aku tengok kerusi dia kosong, kawan aku cakap dia tak datang.
Aku tau dia tengah cuti sebab selalunya budak asrama masa akhir bulan dyorang akan cuti.
Tapi tak apa la tak ada rezeki nak jumpa dia lagi kan.

Masa Final Indahpura Idol.
Yang ni kurang best sikit sebab yang dapat masuk final majoriti cina.
Melayu tak silap aku 3 orang je kot.
2 berkumpulan sorang solo.
Yang berkumpulan sorang ni ha sepatutnya dia ada partner tapi partner dia pergi stadium tengok bola.
Kesian aku tengok dia.
Yang kumpulan satu lagi dyorang bawa lagu manbai // kau ilhamku.
Bagi aku lagu tu susah sikit ah nak bawa sebab tu lagu favorite aku so aku sendiri nak nyanyi susah apatah lagi dyorang kan.
Yang sorang ni dia solo, budak form 3.
Dia bawa lagu kekasih gelapku tak silap aku la.
Aku tak tau masa dia tengah nyanyi dia terdiam maybe dia lupa lirik.
Takpe la bukan rezeki korang dapat top 3 tapi tak pe dapat pergi final tu pun jadi la.
Aku ada cakap dekat cikgu fizik aku yang next year aku nak masuk tapi haha, jangan harap aku nak masuk.
Aku ingat cikgu agama aku, Cikgu Haslinda pernah cakap dia tak mengaku kiteorang anak murid dia kalau kiteorang jadi penyanyi.
Masa dia cakap macam tu masa kiteorang form 3, masa tu zharfan belum pindah lagi.

Masuk topik ambil report card pula.
Yang ni aku tak tau bila masa ibu pergi ambil dan dia tak ajak aku pun.
Untuk pertama kalinya ibu ambil report card aku, selalunya ayah yang ambil.
Masa balik sekolah ibu ada cakap yang cikgu cakap "syahirah selalu tak ada mood dalam kelas" awat jujur beno cikgu cakap dekat ibu, lol.
Ibu pun tau aku macam mana dekat rumah so dia tak bebel sangat.
Ibu pun tau kalau aku ada mood aku belajar kalau tak ada mood ha dalam mimpi je la aku belajar.
Okay dah benda da lepas tak payah dikenang, lol.

Nak bagitau something, aku perasan semua crush aku, ex aku dengan abang aku.
Dyorang pakai baju warna yang sama.
Buat sakit hati je.
Nasib baik aku tak pakai jersi warna yang sama dengan dyorang kalau tak ha dah sama dengan dyorang semua.
Cuma aku tak sure yang ex aku baju warna apa yang pasti warna macam sama dengan abang aku and crush aku, sebab aku just tengok dia dua kali je.
Tegur dia pun tak lama.
Crush pun sama, tegur tak lama.
Aku just tegur abang aku je la.
Orang pandang pun lain macam masa aku berkepit dgn abang aku,
Aku dengan abang aku kan sweet, orang yang couple pun boleh jealous tengok kiteorang. lol 



 











TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: