Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

GAS 2013

Cover Photo

Hai, Assalamualaikum.
25 - 27 May 2013 aku join GAS ni dekat UTM Skudai.
Actually zeeqa taknak banyak bercerita pasal ni tapi zeeqa akan ringkaskan cerita.
Macam nak buat ringkasan pula, lol.
Kalau korang join GAS ni memang banyak faedah korang akan dapat la.
Disebabkan OC dengan facilitator bukan berasal dari Malaysia so kena lah speaking.
Tapi aku bernasib baik sikit la, sikit je tak banyak.
Faci group aku tu dari Dubai tapi dia pernah duduk Indon so faham lah sikit sikit apa yang kiteorang cakap.
Nama faci aku Ozi Banuryadi dan alhamdulillah dia Islam.
Actually aku nak cakap "ada peluang nak try, lol"

Aktiviti dyorang not bad la sebab kiteorang tak ada langsung masuk bilik, duduk dewan kuliah sepanjang hari so kiteorang mandi 12 malam, tidur pukul 1 pagi bangun pukul 5 lebih.
Makan 3kali je pun, kebulur aku tau tak.
Nasib baik aku ni hantu gula gula so aku memang ada bawa kopiko satu paket.
Bila aku lapar, aku telan gula gula je lah ~

Masa first day tu duduk sahaja dalam "Dewan" tu dan dengar la apa yang dyirang bebel kan dan aku mula menguap.
Da la masa tu aku tak tau kan duduk satu hari dekat dewan tu so aku pun tak bawa spec mata, masa tu aku just mengecilkan mata bila tengok slide yang dyorang tunjuk.
Masa malam pertama tu kan, pusing dekat UTM main expolrace kena cari klu then ada 3orang group aku hilang, merata mencari da la aku penat time tu.
Da la aktiviti tu malam sampai 11.30 tak silap aku, penat sangat.

Hari esok pula kiteorang kena pergi satu tempat then tangkap gambar, memang tak best sebab sekolah aku just 2orang je kan, sekolah lain ramai so kiteorang macam "TAK ADA SEMANGAT NAK BERGAMBAR"
Then ada la satu aktiviti untuk luluskan program untuk selamatkan bumi macam tu la kan.
Actually aktiviti tu dah buat dekat sekolah aku and faham faham je la kalau group dah ada ramai cina, leader pun cina, yang melayu pun terpinggir sebab dyorang cakap bahasa dyorang kan.
Then malam tu ada Global Village, kiteorang diwajibkan pakai baju tradisional.
Gila siot pakai baju kurung dengan sport shoes macam tak lawak pula kan, grr

Masa last day tu kiteorang pergi melawat satu tempat dekat Skudai, aku dah lupa apa nama tempat tu.
Tempat tu dia ada buat cendawan ah kan then ada aktiviti apa ntah kita kena hafal ayat tu then cakap dekat orang depan sampai la orang yang duduk depan sekali.
Masa tu dalam hati aku "cepat la pukul 6, nak balik, nak buka twitter" haha.
Da la aku pergi sana bawa phone tapi tak ada sim card, bangang kann?
Lepas melawat tempat tu, kiteorang pulang semula ke UTM dan kumpu; dekat tempat lain, tempat yang dekat dengan bilik kiteorang lah kan.
Time tu seriously aku punya perut dah lapar sangat sangat, rasa nak makan orang je, nasib baik la aku bawa air.
Sebelum pukul 6 kiteorang punya aktiviti hanya tangkap gambar untuk buat kenangan so tengok la gambar yang aku simpan.


    
      

    

        

      

     

    

      

     

      

     

    

      

    

      

      

    

      

    



Ni group aku. Group 5. Dekat gambar atas ni ada 11 orang tak termasuk aku tapi bawah ni ada 9 je sebab lagi 2orang tu ntah hilang ke mana.

      

   

      



With Ozi and he is a facilitator of group 5


Actually banyak lagi gambar yang ada dalam phone tapi aku malas nak masukkan.
So sampai sini je la.
Bye, Assalamualaikum :*





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

0 comments to zeeQa: