Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

JEREBU


Hoyaaa dah lama tak update blog.
Lately ni zeeqa tak berapa sihat.
Well duduk johor kan, jerebu teruk kan.
Harini zeeqa nak cerita serba sedikit about jerebu dekat area zeeqa duduk.
Zeeqa duduk dekat area Kulai.

Masa first day jerebu, dalam pukul 9 lebih tak silap zeeqa.
Masa tu dekat sekolah, zeeqa masuk office, duduk dalam tu lama bila keluar dari office zeeqa terbau asap then pandangan dah kabur la sikit.
Lepas rehat budak budak semua masuk office ambil mask.
Start tu zeeqa dah mula batuk batuk. Malam tu pula mata zeeqa dah berair then sesak nafas.

Second day jerebu pula pagi pagi tak nampak sangat.
Bila da pukul 8 lebih jerebu da start tebal, matahari time tu warna oren kemerah merahan gitu la.
Time hari kedua tu semua macam risau la sebab betul betul tebal berbanding hari pertama.
Sampai kelas kiteorang yang kat tingkat atas kena kosongkan.
Time tu batuk dengan sesak nafas zeeqa makin menjadi, dalam kelas akaun zeeqa tidur, tak boleh nak fokus dengan keadaan yang macam tu.
Bayangkan la, ada parents yang sanggup datang sekolah ambil anak anak dyorang.
Esok harinya kiteorang ada hari sukan tapi dibatalkan.
Semua aktiviti sukan terpaksa dibatalkan.

Hari ketiga zeeqa bangun pagi pagi ada asap jerebu dalam rumah zeeqa, ntah macam mana boleh masuk sampai ke dalam rumah.
Masa zeeqa pergi sekolah, ramai budak yang tak pergi sekolah.
Tapi alhamdulillah berkat hari Jumaat jerebu makin kurang.
Tapi zeeqa still sesak nafas, nak mendaki tangga untuk masuk kelas kayangan yang paling atas sekali tu zeeqa da semput.
Disebabkan kelas zeeqa yang datang 5 orang je so zeeqa tidur je dalam kelas.
Lepas rehat zeeqa terus call ayah zeeqa suruh ambil dekat sekolah.
Dalam pukul 11.30 tu zeeqa pergi ambil gas, da tak cukup oksigen kan.
Then kena injection sebab nak ambil darah.
Dua kali kena ambil tapi kali kedua zeeqa tak ambil sebab tak sanggup.
Injection yang first da buat zeeqa punya tangan kiri bengkak, injection yang kedua dia nak buat dekat tangan kanan, memang tak nak ah zeeqa buat.
Tak memasal kang dua dua belah tangan bengkak nanti tak boleh nak buat apa apa dah.
Zeeqa ada perasan satu buku biru yang tulis JEREBU then nurse tu rekod apa ntah dekat situ.
Zeeqa ada dengar sikit sikit doktor tu cakap dekat nurse tu yang zeeqa punya penyakit ni disebabkan jerebu.
Ntah la betul ke tak apa yang zeeqa dengar tapi zeeqa harap tak ada la benda benda yang tak elok berlaku.

Zeeqa ada baca dekat twitter yang IPU dekat kulai dah 200 macam tu tapi bila zeeqa pergi tengok dekat Department Of Environment kenapa area Kulai tak tersenarai? Seriously pelik.


Akak senior zeeqa yang dah pindah Muar pun cakap yang Muar tak seteruk Kulai. Seriously pelik -.- *actually nak cuti sekolah* ︶︿︶


Tapi yang paling buat rakyat Johor geram bila ada makhluk di twtitter yang memang patut dihumban ke Laut China Selatan.
Agak ah sikit kalau nak tweet, tengok ah peta. kiteorang punya negeri bukan jauh sangat dengan indon tu memang kiteorang kena dulu ah tempias jerebu ni.
Jerebu ni bukan kat satu tempat je woi, sekarang ni pun jerebu pun dah bergerak ke tempat lain kan.



Ni keadaan dekat sekolah zeeqa.
Selalunya kiteorang akan nampak bukit bukit yang kehijauan tu tapi sebab jerebu tak nampak pun

  Photo: Jerebu...hari ni lg teruk...spt bernafas dlm ASAP... 


Tapi alhamdulillah, jerebu dekat kulai dah semakin berkurang. Dah nampak awan awan yang berwarna biru. Hopefullly lepas ni hujan turun membasahi bumi. Amin. Korang yang duduk dekat Muar dengan Ledang tu, harap korang jaga kesihatan okay.


Tips selama keadaan jerebu ni. Minum la banyak banyak air suam. Pakai mask ke mana saja anda pergi. Sentiasa cuci muka dengan air yang bersih, Jangan bagi anak anak anda bermain di luar rumah, Banyak banyak berdoa agar jerebu semakin berkurang,


Boleh cek dekat sini kalau nak tau perkembangan semasa pasal jerebu http://www.doe.gov.my/apims/index.php





TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

Anonymous said...

jerebu ni salah satu bentuk ujian utk hamba2Nya. bukan sbb dosa ke hape.. seharusnyer kita bersyukur sbb keadaan ni boleh diconsiderkan sbg kifarah.. :)

salam perkenalan..