Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

HEADACHE ╭(╯ε╰)╮




Haa tengok tajuk entry kali ni.
Okay harini zeeqa nak cerita about headache.
Sejak kebelakangan ni, zeeqa kerap mengalami sakit kepala.
Actually zeeqa start sakit kepala ni masa masuk sekolah menengah tapi bila jumpa doktor, doktor cakap tak ada apa apa.
Then jumpa lagi, doktor cakap maybe aku da pakai cermin mata then cabutkan so pening kepala.
Biasa la kan aku ni bukan suka pakai cermin mata pun, pakai time belajar je.
Bila tanggalkan cermin mata aku jadi pening.
Lagi lagi aku punya power tinggi memang susah ah kan

Aku ada juga cerita dekat ibu yang aku kerap sakit kepala then ibu cakap maybe aku ikat rambut terlalu ketat sangat.
Aku ada cerita dekat kak tiera then dia cakap maybe aku tak boleh kena cahaya matahari atau tempat yang terang dan terlalu lama mengadap laptop sebab tu aku boleh sakit kepal
Ada yang kat aku ni ada migrain.
Tapi migrain ni kan ikut keturunan and family aku mana ada migraine so tak mungkin ah kan.
Ada juga yang kata aku terlalu stress sebab tu aku sakit kepala.
Ada yang cakap zeeqa tak cukup tidur tu sebab sakit kepala.
Ada yang kata juga masa makan aku tak menentu sebab tu aku sakit kepala, apa kaitan, haha.

Aku sendiri pun tak tau yang mana satu betul tapi aku ada juga search dekat google about this and dia ada buat perbandingan antara migrain dengan sakit kepala sebab stress and aku rasa aku dua dua tu sama dengan aku.
Kalau dah dua dua tu sama dengan aku memang susah la nak detect aku ni migrain atau sakit kepala sebab stress.
Bagi aku la maybe aku sakit kepala sebab banyak benda yang aku fikir then aku stress sebab pelajaran.
Ye la da masuk form 4 subjek semua berat berat, lagi lagi aku ni ambil sains teknikal so kena la berusaha lebih nak lulus untuk subjek chemist, fizik, addmath dengan akaun.
Aku harap sakit kepala aku ni tak melarat siapa tau kan tiba tiba jadi penyakit lain pula macam  ketumbuhan dalam otak, bahaya juga semua tu.

Lepas ni ntah la zeeqa rasa nak elakkan semua benda yang boleh buat zeeqa sakit kepala.
Kalau korang ada masalah yang sama dengan zeeqa, cuba korang tengok gambar bawah ni samada korang ni sakit kepala sebab stress atau migrain.








  












TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

2 comments to zeeQa:

adarain said...

aku kalo sakit kepala pakai minyak kapak...jgn stress sangat2x..buat kerja satu2x..have fun.

Elih Japahar said...

Aku stress je buka blog, hehe..kdg2 keja pun stress apa lagi kena bos cerewet hemm