Get This Wan Hazel Home Wan Hazel Tutorial

IM4U - MY BEAUTIFUL MALAYSIA

*Triple H (Aku Hanis dengan Hidayah) berdiri depan sekali*

Assalamualaikum !
Harini aku nak update pasal My Beautiful Malaysia.
Dah 4hari benda ni berlalu baru harini aku nak cerita.
Anyway budak budak sekolah aku yang pergi semua dapat pahala sebab kiteorang kena bersihkan Masjid.
Ada sekolah yang kena bersihkan kubur, confirm ah tu balik je terus taubat, haha >.<

First sekali sampai je dekat Dataran Bandaraya JB, kiteorang kena exercise.
Kena buat exercise sambil iringan muzik. Apa nama ntah J-robik tak silap aku.
Aku tak buat pun cuma tengok gelagat kakak kakak abang abang dengan budak sekolah aku  buat.
Lagi lagi budak 2orang yang mulut kecoh dalam kelas aku, chioo nee dgn siew juen. Kelakar je tengok cara dyorang.

Lepas je habis Jrobik tu kena nyanyi lagu negaraku, lagu Johor, lagu 1 malaysia eh, ntah la aku tak ingat then lagu IM4U. 
Habis je nyanyi semua lagu, kiteorang dijemput duduk untuk mendengar ucapan dari siapa erk. 
Aku tak ingat tapi daia cakap dia baca ucapan tu tengok skrip, LOL ><
Panjang gila ucapan dia, bak kata kak Nazeera boleh buat karangan.
Masa tu aku bukan dengar sangat pun apa dia cakap sebab time tu aku tengah buka twitter.

Lepastu aku pergi tempat cikgu Husliza.
Time tu tak sampai 10minit aku sembang dengan cikgu tiba tiba ucapan tu dah habis, haha.
Lepastu bangun pergi ambil gambar, setiap kali triple H nampak je dyorg nak tangkap gambar kiteorang mesti menyelit sekali.
Then ambil makanan untuk makan tengahhari.
Aku ni dengan perut yang kebulur, naik je bas terus makan.
Tak sarapan pagi, tu yang jadi macam tu, haha.

Dekat atas aku dah nyatakan yang sekolah aku kena bersihkan Masjid.
Sekolah kiteorang dapat bersihkan Masjid Abu Bakar.
masjid dia wow cantik sangat, sampaikan ada budak sekolah aku yang ambil gambar dalam toilet. haha.
Sampai je masjid, kiteorang dibahagikan kepada 5 kumpulan tak silap aku.
Kumpulan non muslim bersihkan kawasan luar masjid and yang muslim bersihkan dalam masjid and kumpulan aku telah dicampakkan ke astaka yang terletak di luar.

Masa bersihkan astaka tu, kiteorang main air then basah satu badan. haha.
Bak kata Amirul masa pergi Gunung Panti tu " Sambil menyelam minum air"
Best gila kot, lepas da  bersihkan yang sebelah kanan kiteorang bersihkan yang sebelah kiri. 
Yang tu aku tak buat sebab aku punya tangan da macam tak boleh pegang apa apa so aku bagi la mop yang aku pegang dekat hafizul.

Lepas tu, aku ambil la phone Hanis, tangkap gambar.
Lepas dah penat tangkap gambar aku pun lari ar tempat lain pergi bergossip then aku ternampak abang abang form 5 ni makan aiskrim.
Terus ambil beg beli aiskrim, bayangkan lah aku makan sampai dua aiskrim mas tu.
Tu pun semua sebab di hasut oleh kawan kawan aku.
Nasib baik masa Fatiha hasut aku beli aiskrim untuk kali ketiga, aku tak nak.
Kalau tak, habis harapan aku nak diet, haha ><

Lepastu cikgu panggil sebab da pukul 12 masa untuk balik.
Sebelum balik kiteorang tangkap gambar depan masjid.
Serius aku rasa macam tak nak balik je sebab best kot buat kerja amal ni walaupun penat.
Kalau ada lagi kerja amal macam tu, aku nak mengeJoinkan diri aku.
Sebenarnya untuk entry ni aku nak taruk gambar tapi kebanyakkan gambar ada dekat phone hanis, dia tak bagi lagi dekat aku sebab dia da berapa hari tak datang sekolah sebab tak nak pergi sukantara.
Maybe esok atau lusa aku akan tayangkan gambar tu okay.
Byeeeeeee




TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRY KITA :*

1 comments to zeeQa:

MAMA AINUL said...

wow !! bestnya join im4u, :D
kita x dpt join, hujan :3